minyak pelincir | minyak utk melicinkan atau melancarkan pergerakan bahagian-bahagian enjin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahap | peringkat, tingkat: pemikirannya sudah sampai ke ~ yg begitu tinggi; sekarang mereka bolehlah dilatih mengarang ke ~ yg lebih tinggi; minyak pelincir yg membawa prestasi enjin ke ~ yg tinggi; bertahap ada tahapnya, berperingkat, bertingkat; bertahap-tahap (dgn) beberapa tahap, tahap demi tahap, berperingkat-peringkat: projek itu akan dilaksanakan secara ~ dlm tempoh tiga tahun; menahapkan membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap; penahapan perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb) membahagikan sesuatu kpd beberapa tahap: penggolongan dan ~ sastera dlm tulisan beliau. tahapan (Sunda) tingkatan, pangkat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minyak semir | sj minyak utk melincir-kan (melicinkan) mesin dll, minyak pelincir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sehenti | mempunyai atau menyediakan pelbagai perkhidmatan atau barangan yg berkaitan di satu tempat: kedai ~ itu menjual pelbagai jenis bot tempatan dan luar negara, aksesori, enjin dan minyak pelincir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
henti | ; tidak ~-~nya tidak putus-putus, terus-menerus; sehenti mempunyai atau menyediakan pelbagai perkhidmatan atau barangan yg berkaitan di satu tempat: kedai ~ itu menjual pelbagai jenis bot tempatan dan luar negara, aksesori, enjin dan minyak pelincir; berhenti 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; berhenti-henti tidak terus-menerus, terputus-putus; memberhentikan 1. menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti: ia ~ basikalnya; orang itu ~ percakapannya; 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan: ~ peperangan; lagu-lagu piring hitam diberhentikan; 3. memecat, melepaskan seseorang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan; keberhentian perihal berhenti: ~nya itu mungkin atas sebab-sebab yg sama; pemberhentian perihal atau perbuatan memberhentikan (diberhentikan), pemecatan: ~ abangku itu diketahui melalui akhbar; menghentikan, memperhentikan memberhentikan; terhenti tertahan, tidak berjalan lagi, terputus, tersangkut: percakapannya ~ hingga itu sahaja; terhenti tertahan, tidak berjalan lagi, terputus, tersangkut: percakapannya ~ hingga itu sahaja; hentian 1. tempat berhenti (kenderaan dll), perhentian: H~ Pudu Raya; 2. hasil berhenti; 3. (Lin) bunyi bahasa yg dihasilkan drpd penutupan sepenuhnya pd titik artikulasi tertentu dlm saluran suara: ~ glotis; ~ implosif; ~ glotis (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba; ~ implosif (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn menghalang aliran udara di glotis yg bergerak masuk ke dalam saluran udara; ~ sebelah tempat kenderaan boleh atau dibenarkan berhenti di tepi jalan raya atau lebuh raya; penghentian hal atau perbuatan menghentikan: ~ beberapa percubaan utk mendirikan tanah jajahan; perhentian tempat berhenti (bas, teksi, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semir | IB 1. = ~ sepatu sj bahan (lemak, minyak) utk mengilatkan kulit atau kasut kulit; 2. = minyak ~ sj minyak utk melincir-kan (melicinkan) mesin dll, minyak pelincir; 3. Id, bp wang suap; menyemir 1. mengilatkan dgn semir; 2. membubuh minyak supaya lincir atau licin (mesin); 3. bp memberi suap, menyogok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelincir | sesuatu yg digunakan utk melicinkan (perjalanan mesin dll): minyak jarak digunakan juga sbg minyak ~; minyak ~ unggul utk enjin yg berteknologi tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minyak | ~ ikan minyak drpd lemak ikan. ~ jarak (kelapa, zaitun) minyak yg didapat drpd buah jarak (kelapa, zaitun). ~ parafin minyak tanah. ~ pelicin (pelincir) minyak utk melicinkan perjalanan mesin, jentera dll. ~ petrol minyak utk menjalankan enjin. ~ rambut minyak utk melicinkan rambut. ~ sapi minyak yg dibuat drpd susu lembu. | Kamus Pelajar |
minyak pelicin (pelincir) | minyak utk melicinkan perjalanan mesin, jentera dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
minyak | cairan yg diperoleh drpd lemak binatang, tumbuh-tumbuhan, lombong dll dan tidak akan bercampur dgn air; lemak yg cair. ~ angin minyak utk menyembuhkan pening kepala, sakit perut dll. ~ babi cairan lemak babi. ~ benzin minyak utk menjalankan jentera. ~ cenduai minyak guna-guna utk memikat hati orang. ~ diesel minyak yg digunakan utk enjin diesel. ~ galian minyak yg diperoleh dr bumi. ~ gas (tanah) minyak yg mudah terbakar dan digunakan utk lampu dll. ~ goreng minyak yg digunakan utk menggoreng. ~ hitam a. minyak yg agak pekat utk melicinkan perjalanan enjin. b. = ~ tar minyak yg diperoleh drpd arang batu dan digunakan utk membuat jalan. ~ ikan minyak drpd lemak ikan. ~ jarak (kelapa, zaitun) minyak yg didapat drpd buah jarak (kelapa, zaitun). ~ mineral minyak yg diperoleh drpd penyulingan petroleum, yg digunakan sbg pelincir, pelembab dan dlm bidang perubatan. ~ parafin minyak tanah. ~ pati minyak yg dikeluarkan (diperah dsb) dr tumbuhan, yg mempunyai bau atau perisa tumbuhan tsb, biasanya digunakan dlm membuat minyak wangi, sbg perisa dsb. ~ pelicin (pelincir) minyak utk melicinkan perjalanan mesin, jentera dll. ~ petrol minyak utk menjalankan enjin. ~ rambut minyak utk melicinkan rambut. ~ sapi minyak yg dibuat drpd susu lembu. ~ sayur minyak yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan dan digunakan utk memasak, membuat marjerin dsb. berminyak 1 ada minyak pdnya; mengeluarkan minyak; berlemak: Ikan terubuk yg dipanggang itu ~. 2 memakai minyak: Rambutnya sentiasa ~. meminyaki menyapu atau melumuri dgn minyak; memberi berminyak: Minyak itu dicampurkan dgn petrol utk ~ bahagian enjin yg bergerak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |