mirip | menyerupai benar; hampir sama (bkn rupa dll): Wajahnya ~ wajah ibunya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mirip | menyerupai benar; hampir sama (bkn rupa dll): Wajahnya ~ wajah ibunya. | Kamus Pelajar |
mirip | hampir sama atau serupa (dgn), menyerupai benar: mukanya ~ ke wajah ayah-nya; kemiripan perihal atau keadaan mirip (dgn). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iras II | Mn; seiras, iras-iras hampir serupa (dgn), hampir semacam atau sama (dgn): mukanya iras-iras Mussolini; mereka mempunyai bahasa sendiri iras-iras bahasa Melayu; ada iras-iras dgn hampir serupa dgn, mirip kpd; mengiras-iras menyerupai, mirip; mengiras-irasi menyama-nyamakan, membanding-bandingkan rupa orang (muka dll); keirasan sifat (ciri-ciri dsb) yg hampir serupa dgn atau mirip kpd sesuatu: ada ~ dgn konsep heroisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akan-akan | mirip benar, hampir ada persamaan (pd rupa, sifat, dll): wajahnya ~ wajah arwah datuk saya; barangkali dia bukan anak raja, tidak ada ~ langsung dgn Seri Negeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengiras-iras | menyerupai, mirip; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merupai | menyerupai (mengarah-arahi, mirip dgn): rajah itu tidak ~ bulatan tetapi lebih mendekati segi empat bujur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyerupai | 1. serupa dgn, mirip dgn, hampir menyamai, mengarah-arahi: hulunya diperbuat drpd kayu, bengkok di hujungnya dan ~ bentuk hulu pistol; 2. sama dgn, menyamai: Tuhan bersifat sedia dan kekal, mustahil Ia ~ benda-benda yg baharu; sungguhpun ia bergelar Presiden tetapi ia tidaklah ~ kedudukan Presiden Amerika; 3. Jk meniru(-niru), menyama-nyamai: lakunya ~ orang tuanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemiripan | perihal atau keadaan mirip (dgn). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Ada | Bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang mirip bahasa Pascal tetapi mempunyai ciri bermodul, dengan ketahanan dan penyelenggaraan yang lebih tinggi. Bahasa ini dicipta oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada penghujung dekad 1970-an dan diberi nama Ada mengambil sempena nama Ada Agusta Lovelace, orang yang dianggap oleh kebanyakan penyelidik komputer sebagai pengatur cara pertama. | Kamus Komputer |