Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.dul] | مودول

Definisi : 1. unit atau bahagian tersendiri yg leng­kap dgn komponennya yg melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dgn unit-unit lain dlm sesuatu yg lebih besar; 2. kursus, pelajaran (latihan dsb) yg dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata modul


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
aliran data(data flow)Laluan yang diambil oleh data menerusi modul-modul sistem sewaktu berlangsungnya pemprosesan.Kamus Komputer
peranti input-output(input-output device)Peranti yang mempunyai gabungan modul input dan modul output. Modul input berfungsi untuk menerima isyarat atau data input yang kemudian disalurkan kepada unit pemprosesan utama, sedangkan modul output menerima hasil pemprosesan daripada unit pemprosesan utama untuk disalurkan keluar.Kamus Komputer
pembangunan bawah ke atas(bottom-up development)Teknik pelaksanaan atur cara berstruktur yang bermula dengan modul yang paling rendah dikarang dan diuji. Selepas modul tersebut siap, modul aras rendah kedua pula dikarang dan diuji. Ini dilakukan sehingga semua modul siap.Kamus Komputer
pembangunan atas ke bawah(top-down development)Teknik pelaksanaan atur cara berstruktur yang bermula dengan modul yang paling tinggi dikarang secara kasar terlebih dahulu. Selepas modul tersebut siap, modul aras bawah pula dikarang. Ini dilakukan sehingga semua modul siap dan diuji.Kamus Komputer
modul semu(dummy module)1. Modul atur cara yang mempunyai pintu masuk dan pintu keluar, tetapi tidak melakukan sebarang pemprosesan berfaedah. Modul ini digunakan dalam pengaturcaraan bermodul sebagai ganti modul yang akan disiapkan kemudian. 2. Perkakasan yang tidak memainkan sebarang peranan dalam pemprosesan yang sedang dilakukan tetapi diletakkan bersama dengan perkakasan lain untuk mendapatkan nilai senia atau sebagai sebahagian sebagai reka bentuk kosmetik.Kamus Komputer
penghantar-terima faks(fax transceiver)Peranti yang mempunyai modul penghantar dan modul penerima yang boleh menghantar dan menerima faksimile.Kamus Komputer
teknik bawah ke atas(bottom-up technique)Teknik pelaksanaan yang bermula dengan modul atau primitif yang paling rendah dan kemudian bergerak ke atas untuk memproses modul yang lebih tinggi sehingga semua modul dapat diproses.Kamus Komputer
teknik atas ke bawah(top-down technique)Teknik pelaksanaan yang bermula dengan modul atau primitif yang paling tinggi dahulu dan kemudian bergerak ke bawah untuk memproses modul yang lebih rendah sehingga semua modul dapat diproses.Kamus Komputer
modul1. unit atau bahagian tersendiri yg leng­kap dgn komponennya yg melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dgn unit-unit lain dlm sesuatu yg lebih besar; 2. kursus, pelajaran (latihan dsb) yg dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran.Kamus Dewan Edisi Keempat
modul output(output module)1. Bahagian dalam bungkusan perisian yang bertindak untuk mengelolakan pengeluaran hasil pemprosesan. 2. Peranti dalam peralatan yang mengendalikan pengeluaran.Kamus Komputer
123

Kembali ke atas