Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.no.po.li] | مونوڤولي

Definisi : 1. penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan, dsb dlm pasaran tertentu oleh seseorang, sesebuah firma, atau sekumpulan orang atau firma: ~ asing dlm perdagangan telah dapat dipatahkan oleh ahli-ahli perniagaan anak negeri; 2. pemikiran atau penguasaan sesuatu yg tidak boleh dikongsi dgn orang atau pihak lain: Islam bukan ~ orang Arab; memonopoli 1. menguasai sesuatu (perda­gangan, perkhidmatan, dsb) dgn bebas tanpa menghadapi saingan: Portugis dan Belanda datang ke alam Melayu ini bertujuan utk ~ perdagangan; 2. mempunyai, mengawal, atau menggunakan sesuatu (peluang dll) se­penuhnya; pemonopolian perbuatan (proses) memono­poli; pemonopoli orang atau pihak yg memono­poli sesuatu (perniagaan, perkhidmatan dsb): undang-undang ini bertujuan mengelakkan ~ drpd mengaut keuntungan yg berlebihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.no.po.li] | مونوڤولي

Definisi : 1 hak berdagang sendiri dan orang lain dilarang ikut serta: Perusahaan petroleum menjadi ~ kerajaan di beberapa buah negara. 2 sesuatu yg dipunyai oleh seorang atau segolongan saja. memonopoli mempunyai kuasa atau hak berdagang yg bebas drpd sebarang saingan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata monopoli


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
monopoli1 hak berdagang sendiri dan orang lain dilarang ikut serta: Perusahaan petroleum menjadi ~ kerajaan di beberapa buah negara. 2 sesuatu yg dipunyai oleh seorang atau segolongan saja. memonopoli mempunyai kuasa atau hak berdagang yg bebas drpd sebarang saingan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
monopoli1. penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan, dsb dlm pasaran tertentu oleh seseorang, sesebuah firma, atau sekumpulan orang atau firma: ~ asing dlm perdagangan telah dapat dipatahkan oleh ahli-ahli perniagaan anak negeri; 2. pemikiran atau penguasaan sesuatu yg tidak boleh dikongsi dgn orang atau pihak lain: Islam bukan ~ orang Arab; memonopoli 1. menguasai sesuatu (perda­gangan, perkhidmatan, dsb) dgn bebas tanpa menghadapi saingan: Portugis dan Belanda datang ke alam Melayu ini bertujuan utk ~ perdagangan; 2. mempunyai, mengawal, atau menggunakan sesuatu (peluang dll) se­penuhnya; pemonopolian perbuatan (proses) memono­poli; pemonopoli orang atau pihak yg memono­poli sesuatu (perniagaan, perkhidmatan dsb): undang-undang ini bertujuan mengelakkan ~ drpd mengaut keuntungan yg berlebihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
monopoli1 hak berdagang sendiri dan orang lain dilarang ikut serta: Perusahaan petroleum menjadi ~ kerajaan di beberapa buah negara. 2 sesuatu yg dipunyai oleh seorang atau segolongan saja. memonopoli mempunyai kuasa atau hak berdagang yg bebas drpd sebarang sainKamus Pelajar
regiIB (pengurus) perusahaan monopoli pe­merintah: ~ candu; ~ garam.Kamus Dewan Edisi Keempat
raksasa-raksasaanbanyak raksasa, secara besar-besaran: kini tinggal badan-badan monopoli sahaja, ~ yg maha besar ber­hadap­an satu dgn lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
merakyattersebar luas kpd rakyat: budaya ilmu dan tradisi pengajian telah meluas dan ~, lalu dgn itu pecahlah monopoli pujangga istana sbg elit ilmuwan;Kamus Dewan Edisi Keempat
raksasa1. sj makhluk spt manusia yg sangat besar dan tinggi badannya (dlm cerita-cerita), bota, gergasi; 2. ki tersangat besar, besar sekali; ke­kuatan ~ kekuatan yg besar sekali; kemajuan ~ kemajuan yg tersangat besar; rancangan ~ rancangan yg besar sekali; rapat ~ rapat umum yg besar (biasanya di tanah lapang); raksasa-raksasaan banyak raksasa, secara besar-besaran: kini tinggal badan-badan monopoli sahaja, ~ yg maha besar ber­hadap­an satu dgn lain; keraksasaan (Bio) 1. keadaan tubuh yg terlalu besar akibat perembesan hormon pertumbuh­an yg berlebihan sehingga penderita menjadi sangat tinggi (dgn kemampuan mental dan seks yg sangat rendah); 2. pertumbuhan yg berlebihan pd tumbuhan akibat perembesan hormon pertumbuhan yg berlebihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
rakyat1. seluruh penduduk sesebuah negara (sbg syarat mendirikan sesuatu pemerintahan): ~ Malaysia terdiri drpd berbagai-bagai kaum; dewan ~ dewan yg mewakili suara rakyat dlm sistem pemerintahan demokrasi; wakil ~ ahli dewan rakyat; 2. anak buah, orang-orang sebawahan: setahun sekali peng­hulu menjamu ~nya; 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa: padang permainan utk ~; ia keturunan ~, bukan keturunan raja; cerita ~ cerita yg diceritakan utk orang biasa; 4. pasukan perang, bala tentera: maka bagin­da pun berangkat diiringi oleh seluruh ~ lengkap dgn senjatanya; 5. Ph, bp orang asli; ~ jelata (jembel, marhaen, murba) orang kebanyakan (bukan golongan bangsa­wan); merakyat tersebar luas kpd rakyat: budaya ilmu dan tradisi pengajian telah meluas dan ~, lalu dgn itu pecahlah monopoli pujangga istana sbg elit ilmuwan; merakyatkan menyebarluaskan ilmu, amal­an dsb kpd rakyat: ilmu kebudayaan harus dirakyatkan agar ilmu itu tidak menjadi urusan sarjana, kaum elit dan golongan cendekiawan semata-mata; kerakyatan 1. perihal rakyat; 2. demokrasi; 3. ark kewarganegaraan: ~ akan diberikan kpd orang dagang di negeri ini.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas