motivasi | 1. keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan: sikap dan ~ terhadap pembelajaran sesuatu bahasa me-rupakan faktor penting yg menentukan ke-jayaan seseorang pelajar yg mempelajari sesuatu bahasa; 2. sesuatu yg membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dgn penuh minat: dlm temu duga juga, kaunselor dikehendaki memberikan ~ supaya klien bekerjasama dengannya; bermotivasi mempunyai motivasi, ada motivasinya: kebanyakan remaja begitu ~ utk mengikuti latihan; memotivasikan memberikan dorongan, galakan, semangat, dsb utk melakukan sesuatu, mendorongkan, membangkitkan, menggalakkan: setiap orang mestilah ada ran-cangan utk ~ diri sendiri demi kecemerlangan hidup; salah satu usahanya ialah ~ para pekerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermotivasi | mempunyai motivasi, ada motivasinya: kebanyakan remaja begitu ~ utk mengikuti latihan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keterujaan | keadaan atau rasa teruja: Motivasi yg diberikan dpt menimbulkan ~ pd para peserta utk terus berusaha. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pluralisme | 1. keadaan yg majmuk, kemajmukan: motivasi ini kuat bagi faham ~nya tentang ruang dan waktu; 2. keadaan masyarakat yg terdiri drpd pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama, dsb: ~ dan kepelbagaian budaya masyarakat antarabangsa perlu dihormati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
afektif | (aféktif) berkaitan dgn perasaan dan emosi (dan bukannya fikiran atau daya berfikir): utk memperkembang minat dan motivasi membaca, alam ~ kanak-kanak haruslah berkembang serentak dgn alam-alam kognitif mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gimik | sesuatu (tindakan, objek, alat) yg luar biasa yg tidak semestinya penting, yg digunakan utk menarik perhatian umum (lazimnya dlm bidang ekonomi dan politik): dia sudah cukup melindungi suasana motivasi dgn ~nya yg tersendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyerapan | 1. proses (perbuatan dsb) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; 2. pengambilan dan pemasukan ke dlm (sesuatu sistem, fikiran, dll), penerimaan (dan penyebatian): ~ budaya yg begitu cepat di kalangan orang Jepun adalah disebabkan faktor motivasi; ini adalah satu strategi bahasa Melayu sendiri dlm ~ bunyi-bunyi ini; ~ ilmu pengetahuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengorientasikan | menyesuaikan (menyelaraskan dsb) kpd sesuatu atau utk mencapai sesuatu: diperlukan latihan semula atau latihan dlm perkhidmatan utk ~ semula pemikiran dan pengetahuan mereka; keseluruhan sistem pendidikan mestilah diorientasikan utk menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat motivasi dan disiplin di kalangan para pelajar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
uja | ; menguja 1 membangkitkan semangat (ayam sabungan dll) supaya melawan. 2 ki membangkitkan kemarahan dll seseorang; menghasut. teruja timbul minat, keinginan dsb yg kuat terhadap sesuatu; naik semangat: Sindrom itu menyebabkan kanak-kanak tidak boleh duduk diam dan mudah ~. keterujaan keadaan atau rasa teruja: Motivasi yg diberikan dpt menimbulkan ~ pd para peserta utk terus berusaha. pengujaan perihal atau perbuatan menguja. penguja 1 orang yg menguja. 2 alat yg digunakan utk menguja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
orientasi | (oriéntasi) 1. arah aliran yg diikuti atau yg menjadi spt landasan bagi sesuatu pergerakan (perkembangan dll): sikap atau ~ intelektual tidak dapat dicapai hanya melalui latihan yg berdasarkan ilmu-ilmu kepakaran tertentu; 2. kegiatan (peninjauan dsb) yg menjadikan seseorang faham akan atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan baru (matlamat tertentu dll): pd hemat saya, tidak perlu memberikan ~ baru kpd pelajar-pelajar kita supaya tanggapan dan niat mereka belajar di universiti memenuhi harapan yg kita letakkan pd mereka; berorientasi melihat-lihat atau meninjau-ninjau dsb (agar lebih kenal, lebih mesra, lebih tahu atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan dll); berorientasikan mempunyai sbg orientasi, berasaskan sesuatu orientasi: industri-industri yg ~ eksport; sistem pendidikan yg ~ peperiksaan; sebuah karya Melayu yg ~ tradisi Arab; strategi ekonomi yg ~ pertumbuhan; mengorientasikan menyesuaikan (menyelaraskan dsb) kpd sesuatu atau utk mencapai sesuatu: diperlukan latihan semula atau latihan dlm perkhidmatan utk ~ semula pemikiran dan pengetahuan mereka; keseluruhan sistem pendidikan mestilah diorientasikan utk menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat motivasi dan disiplin di kalangan para pelajar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |