motivasi | 1. keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan: sikap dan ~ terhadap pembelajaran sesuatu bahasa me-rupakan faktor penting yg menentukan ke-jayaan seseorang pelajar yg mempelajari sesuatu bahasa; 2. sesuatu yg membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dgn penuh minat: dlm temu duga juga, kaunselor dikehendaki memberikan ~ supaya klien bekerjasama dengannya; bermotivasi mempunyai motivasi, ada motivasinya: kebanyakan remaja begitu ~ utk mengikuti latihan; memotivasikan memberikan dorongan, galakan, semangat, dsb utk melakukan sesuatu, mendorongkan, membangkitkan, menggalakkan: setiap orang mestilah ada ran-cangan utk ~ diri sendiri demi kecemerlangan hidup; salah satu usahanya ialah ~ para pekerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pluralisme | 1. keadaan yg majmuk, kemajmukan: motivasi ini kuat bagi faham ~nya tentang ruang dan waktu; 2. keadaan masyarakat yg terdiri drpd pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama, dsb: ~ dan kepelbagaian budaya masyarakat antarabangsa perlu dihormati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyerapan | 1. proses (perbuatan dsb) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; 2. pengambilan dan pemasukan ke dlm (sesuatu sistem, fikiran, dll), penerimaan (dan penyebatian): ~ budaya yg begitu cepat di kalangan orang Jepun adalah disebabkan faktor motivasi; ini adalah satu strategi bahasa Melayu sendiri dlm ~ bunyi-bunyi ini; ~ ilmu pengetahuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
uja | ; menguja 1 membangkitkan semangat (ayam sabungan dll) supaya melawan. 2 ki membangkitkan kemarahan dll seseorang; menghasut. teruja timbul minat, keinginan dsb yg kuat terhadap sesuatu; naik semangat: Sindrom itu menyebabkan kanak-kanak tidak boleh duduk diam dan mudah ~. keterujaan keadaan atau rasa teruja: Motivasi yg diberikan dpt menimbulkan ~ pd para peserta utk terus berusaha. pengujaan perihal atau perbuatan menguja. penguja 1 orang yg menguja. 2 alat yg digunakan utk menguja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
orientasi | (oriéntasi) 1. arah aliran yg diikuti atau yg menjadi spt landasan bagi sesuatu pergerakan (perkembangan dll): sikap atau ~ intelektual tidak dapat dicapai hanya melalui latihan yg berdasarkan ilmu-ilmu kepakaran tertentu; 2. kegiatan (peninjauan dsb) yg menjadikan seseorang faham akan atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan baru (matlamat tertentu dll): pd hemat saya, tidak perlu memberikan ~ baru kpd pelajar-pelajar kita supaya tanggapan dan niat mereka belajar di universiti memenuhi harapan yg kita letakkan pd mereka; berorientasi melihat-lihat atau meninjau-ninjau dsb (agar lebih kenal, lebih mesra, lebih tahu atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan dll); berorientasikan mempunyai sbg orientasi, berasaskan sesuatu orientasi: industri-industri yg ~ eksport; sistem pendidikan yg ~ peperiksaan; sebuah karya Melayu yg ~ tradisi Arab; strategi ekonomi yg ~ pertumbuhan; mengorientasikan menyesuaikan (menyelaraskan dsb) kpd sesuatu atau utk mencapai sesuatu: diperlukan latihan semula atau latihan dlm perkhidmatan utk ~ semula pemikiran dan pengetahuan mereka; keseluruhan sistem pendidikan mestilah diorientasikan utk menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat motivasi dan disiplin di kalangan para pelajar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serap | masuk melalui liang-liang kecil; ~ mesra mesra atau mendalam benar (perasaan); makan ~ menumpang hidup (makan) pd orang lain; menyerap 1. masuk ke dlm melalui liang-liang kecil (benda-benda cair spt air dll), meresap: makanan yg telah hadam itu bersebati dgn air dan ~ masuk ke dlm saluran darah; 2. ki meresap benar (ke dlm badan, hati, dll), menjadi mesra sekali (perasaan): kemesraan itu sudah ~ pd kedua-dua orang itu; 3. ki merasuk (orang halus, hantu, dll), masuk mengganggu (roh yg jahat); 4. menghisap benda-benda cair (kain, kertas, dll): batu kapur dan kapur sangat kuat ~ air; 5. mengambil dan memasukkan ke dlm sesuatu, menerima (sehingga menjadi sebaha-gian drpd sesuatu): kata-kata yg sudah diserap ke dlm sistem fonologi dan morfologi Melayu; menyerapi meresapi: sistem pendidikan Islam jalan terakhir ~ kehidupan dan pemikiran-nya; menyerapkan menyebabkan atau menjadikan terserap: anggota persatuan telah diserapkan ke dlm badan sukarela itu; kebanyakannya mengambil kesempatan ber-kahwin dan ~ diri sbg anggota masyarakat pribumi itu; terserap 1. telah (boleh, dapat) menyerap atau diserapkan: pembukaan kawasan yg pesat menyebabkan jumlah air yg ~ ke bumi berkurang; 2. diterima sbg sebahagian drpd sesuatu, sebati: fungsi negeri bertambah luas dan menjadi ~ dlm kehidupan rakyat; serapan 1. hasil menyerap, (sesuatu) yg diserap; 2. lubang (yg biasanya ditutup dgn ijuk dll) tempat air yg kotor; 3. alat utk menyerap, alat penyerap (sesuatu); keterserapan keadaan atau sifat boleh di-serapkan: penggolongan kata pinjaman dapat dilakukan berdasarkan darjah ~ kata tersebut dlm bahasa Melayu; penyerapan 1. proses (perbuatan dsb) menyerap, penghisapan melalui liang-liang kecil; 2. pengambilan dan pemasukan ke dlm (sesuatu sistem, fikiran, dll), penerimaan (dan penyebatian): ~ budaya yg begitu cepat di kalangan orang Jepun adalah disebabkan faktor motivasi; ini adalah satu strategi bahasa Melayu sendiri dlm ~ bunyi-bunyi ini; ~ ilmu pengetahuan; penyerap sesuatu yg menyerap (menghisap dll) benda yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |