Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penyangsi(orang yg) selalu sangsi, (orang yg) tidak mudah percaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sangsi I= bersangsi (berperasaan) ragu-ragu, syak: mereka berasa ~ adakah perubatan itu akan mendatangkan kebaikan atau sebaliknya; menyangsikan menaruh syak akan, meragu-ragui: mengapa pula kita mesti ~ per-hubungan mereka? kesangsian perihal sangsi, keragu-raguan: tindakan masih belum tegas, masih penuh diselubungi ~; penyangsi (orang yg) selalu sangsi, (orang yg) tidak mudah percaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
madu I1. cecair manis yg terdapat dlm sarang lebah dan bunga, manisan: ~ lebah; ~ bunga; gula dan ~ disangka manis, manis lagi se-nyummu tuan; 2. ki manis benar (senyuman dll); senyum ~ senyuman yg manis benar; ~ satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun ~ juga prb jika baik asalnya, keturunannya pun baik juga; dlm ~ berisi hempedu prb jangan mudah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg jahat; di luar bagai ~, di dlm bagai hem-pedu prb tipu muslihat biasanya dilakukan dgn perkataan yg lemak manis; laut ~ berpantaikan sakar prb perkataan manis yg keluar drpd mulut orang yg elok rupanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
syakperasaan kurang percaya; waswas; curiga: tidak ~ lagi yakin benar; percaya benar. mengesyaki 1 menaruh syak terhadap; berasa sangsi ttg: Jangan saudara mudah ~ sesuatu. 2 menyangka; menduga: Saya tidak ~ kamu yg melakukannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
imanAr 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam; beriman mempunyai iman, patuh kpd larangan dan suruhan Allah, berpegang kuat kpd ajaran agama: jangan lupa ~ kpd Allah kerana kita ini semua hamba-Nya; berimankan percaya kpd: Upu Lamdusalat inilah awal Raja Bugis yg mula-mula masuk agama Islam yg ~ nabi kita Muhammad; mengimani yakin dan percaya pd; keimanan keteguhan iman, keyakinan, ketetapan hati: ada sesuatu sekarang yg hilang drpd diriku, ~ barangkali.Kamus Dewan Edisi Keempat
ikut1. turut serta, turut sama, bersama-sama: kalau diundang pun dia tidak akan ~ hadir; dia tidak percaya adiknya telah ~ melakukan kejahatan itu; 2. bp dengan (kenderaan): awak nak ke sana pergi ~ apa? ~ angin = ~ arus mengikut pendapat orang ramai; ~ banyak (Eko) (bkn upah) dihitung menurut banyaknya hasil yg diperolehi; ~ masa (Eko) (bkn upah) dihitung menurut lamanya bekerja; ~ suka ikut kehendak sendiri; ~ telunjuk mengikut segala perintah orang (tidak berani membantah); ~ hati mati, ~ rasa binasa, ~ mata leta prb orang yg mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa; ~ hukum memiat daging, sakit di awak sakitlah di orang prb hendaklah berlaku adil apabila menjalankan sesuatu perintah; ikut-ikut 1. mencontohi (perbuatan orang dll), meniru; 2. turut campur; ikut-ikutan mengikut-ikut (fikiran, perbuatan, dll) orang lain, tidak mempunyai pendirian sendiri: seni lahir drpd jiwa raga sendiri dan bukan drpd ~ atau tiru-tiruan; berikut 1. berserta, beriring: kebebasan mestilah digunakan dgn berhemat-hemat dan tidak ~ dgn niat jahat; 2. yg tersebut di bawah ini, (yg) datang selepas ini, seterusnya: buku-buku yg mustahak dibeli segera adalah spt ~; sambungan cerita tersebut akan disiarkan dlm majalah ini keluaran yg ~; 3. bersama dgn: meja itu dijual ~ kerusinya; berikut-ikut berturut-turut, yg satu selepas yg lain: mereka bersaing-saing, ~ dan berdahulu kemudian; berikutan ekoran drpd, akibat drpd, kemudian dr, sesudah: ~ itu ia meneruskan pengembaraannya; rombongan itu dikirim ke mari ~ pertemuan Perdana Menteri dgn Presiden Johnson; kota itu menjadi sunyi sepi ~ mogok; mengikut 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat); mengikut-ikut meniru-niru: negara-negara ini mengejar kepentingan kebangsaan masing-masing yg ~ kepentingan orang lain; mengikuti 1. turut di belakang orang, menurut apa yg telah terjadi atau ada: ia ~ aku keluar; sidang di Pulau Pinang tahun 1960 diikuti oleh sidang di KL tahun 1961; 2. turut sbg yg telah dilakukan orang, mencontohi apa yg dibuat orang sebelumnya: inilah jalan yg diikuti oleh umat Islam; 3. turut hadir (dlm pelajaran, kursus, kuliah, latihan, dll): dia pernah ~ kuliah Hamka mengenai tasawuf; 4. memerhatikan (mendengarkan, membaca, melihat, dll) dgn bersungguh-sungguh: telah lama aku ~ perkembangan politik negeri ini; dgn matanya, dia ~ suaminya meninggalkan rumah; mengikutkan, memperikutkan menjadikan berikut, menyertakan, menyaingkan; memperikut ark mengejar, mengikut: orang-orang Siam itu diperikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura; terikut-ikut mengikut (sesuatu) dgn tidak begitu disedari (kerana terlalu terpengaruh olehnya dll): terdapat juga penutur-penutur bahasa Melayu yg ~ dgn struktur tatabahasa lain; ikutan 1. contoh, teladan: kerajinannya bekerja menjadi ~ kpd pegawai-pegawai di pejabatnya; 2. sesuatu yg diikuti: segala perbuatan guru agama itu menjadi ~ penduduk kampung; 3. yg mengikut; pengikut 1. penganut: ~ agama Buddha tidak berapa ramai di negeri ini; 2. pengiring, peserta: beberapa orang ~nya mati tertembak.Kamus Dewan Edisi Keempat
iman1 pegangan teguh di hati terhadap adanya Allah dan mematuhi segala hukum-Nya: membawa ~ memeluk agama Islam. 2 pegangan teguh di hati utk menjauhkan diri drpd sebarang kejahatan; ketetapan hati; kekuatan batin: Dia berdoa supaya Allah menetapkan ~nya dlm masa menghadapi sebarang godaan syaitan. kurang ~ tidak teguh pendiriannya; mudah terpengaruh. beriman patuh pd larangan dan suruhan Allah; berpegang pd ajaran agama; mempunyai iman: Orang-orang yg ~ akan selamat di dunia dan di akhirat. mengimani yakin dan percaya pd: ~ Allah dgn sungguh-sungguh. keimanan keteguhan hati; keyakinan: ~ adalah penting dlm menghadapi cabaran hidup ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
iman1. pegangan teguh di hati terhadap adanya Allah dan mematuhi segala hukum-Nya:membawa ~ memeluk agama Islam. 2. Pegangan teguh di hati utk menjauhkan diri drpd sebarang kejahatan; ketetapan hati; kekuatan batin:Dia berdoa supaya Allah menetapkan ~nya dlm masa menghadapi sebarang godaan syaitan. kurang ~ tidak teguh pendiriannya; mudah terpengaruh. beriman patuh pd larangan dan suruhan Allah; berpegang pd ajaran agama; mempunyai iman: Orang-orang yg ~ akan selamat di dunia dan di akhirat. mengimani yakin dan percaya pd:~ Allah dgn sungguh-sungguh. keimanan keteguhan hati; keyakinan: ~ adalah penting dlm menghadapi cabaran hidup ini.Kamus Pelajar
hapus1 tidak kelihatan lagi; hilang (bkn tulisan, parut dll) kerana digosok dsb: Tanda hitam pd pakaiannya tidak akan ~ walaupun dicuci berkali-kali. 2 hilang; lenyap: Sekaliannya akan ~ dr muka bumi ini. 3 telah dimaafkan (bkn dosa dll): ~lah dosa jika Allah menerima taubat kita. menghapuskan 1 menjadikan hapus; menghilangkan dgn menggosok dll: ~ conteng di dinding. 2 menjadikan tiada; meniadakan; menghilangkan; melenyapkan; membasmi (penyakit): Mereka berunding dan mencari ikhtiar utk menghalau dan ~ semua tikus itu. 3 memberi ampun; memaafkan; meng­ampunkan: Mudah-mudahan Allah akan ~ dosanya. terhapus telah dihapuskan; telah lenyap: Mereka percaya bahawa dgn berbuat demikian, dosa mereka akan ~. penghapusan perbuatan, usaha dsb menghapuskan: ~ rumpai dpt dilakukan secara menyemburnya dgn racun rumpai. penghapus 1 orang yg menghapuskan. 2 alat utk menghapuskan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hapus1. tidak kelihatan lagi; hilang (bkn tulisan, parut dll) kerana digosok dsb: Tanda hitam pd pakaiannya tidak akan ~ walaupun dicuci berkali-kali. 2. hilang; lenyap: Sekaliannya akan ~ dr muka bumi ini. 3. telah dimaafkan (bkn dosa dll): ~lah dosa jika Allah menerima taubat kita. menghapuskan 1. menjadikan hapus; menghilangkan dgn menggosok dll: ~ conteng di dinding. 2. menjadikan tiada; meniadakan; menghilangkan; melenyapkan; membasmi (penyakit): Mereka berunding dan mencari ikhtiar utk menghalau dan ~ semua tikus itu. 3. memberi ampun; memaafkan; mengampunkan: Mudah-mudahan Allah akan ~ dosanya. terhapus telah dihapuskan; telah lenyap: Mereka percaya bahawa dgn berbuat demikian, dosa mereka akan ~. penghapusan perbuatan, usaha dsb menghapuskan: ~ rumpai dpt dilakukan secara menyemburnya dgn racun rumpai. penghapus 1. orang yg menghapuskan. 2. alat utk menghapuskan.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas