senyampang | 1. kebetulan, untunglah, mujurlah: ~ hari masih pagi, jika tidak, tidak dapat kita kembali; 2. kalau-kalau, jika sekiranya: ~ balik esok, jemputlah singgah; 3. selagi, sementara: ~ ada peluang tuan ziarahi kubur; 4. mentang-mentang, masakan: ~ dia ber-pangkat, bukan main sombong lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syukur | 1. terima kasih: kalau abang dapat sembahyang sahaja, aku mengucapkan ~ kpd Tuhan; 2. sr untunglah, mujurlah; 3. beruntung, mujur, bertuah: saya berasa ~ dapat berjumpa dgn datuk; bersyukur berasa syukur, berterima kasih: sekarang telah nampak kejayaan, ~ aku kpd Tuhan; perempuan dan laki-laki tidak pernah berasa puas dgn apa yg ada, tidak pernah ~; mensyukuri mengucapkan syukur (terima kasih) kpd, melakukan sesuatu (berkenduri dll) sbg tanda bersyukur: orang sudah sibuk di rumah Engku Besar memasak-masak utk kenduri, kerana ~ pernikahannya; kesyukuran rasa syukur: tidak dapat digamĀbarkan lagi kesukaan dan ~ mereka pd ketika itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerah l | 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Kamus Dewan Edisi Keempat |