Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.ka.muka] | موک٢

Definisi : ; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.ka.muka] | موک٢

Definisi : ; dgn ~ tidak ikhlas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata muka-muka

Puisi
 

Sirih kuning di muka pintu,
     Gajah bersila di dalam mangkuk;
Putih kuning di muka pintu,
     Buat ubat mata mengantuk.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Muka berpandangan,
     budi kedapatan,
kasih bagai selama juga.

Bermaksud :

Tiada menghiraukan perbuatan jahat, sikapnya seperti dulu juga.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
muka-muka; dgn ~ tidak ikhlas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
muka-muka; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
dgn muka-mukatidak ikhlas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dgn muka-mukatidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
rosyomKd = muka ~ muka masam (kerana marah, sombong, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
wajah1. air muka, muka paras, roman muka: ~ ibunya di rumah mula terbayang; ~nya sungguh-sungguh menyenangkan; 2. keada­an luaran (spt pemandangan dll), rupa atau keadaan (sesuatu) sebagaimana yg dapat dilihat: ~ kampung itu sudah berubah sekarang; sekiranya itu dapat memberikan nafas serta ~ baru, ia pasti menggembirakan; berwajah 1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mem­punyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru; berwajahkan menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: masyarakat gempar apabila menjumpai ikan yg ~ manusia; mewajahi memberikan keadaan atau rupa luaran kpd: begitulah sastera hipermodenisme yg akan ~ sastera dunia.Kamus Dewan Edisi Keempat
wajahair muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dsb): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: “Apakah benar kalian berani kerana benar?” tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kpd: Pemandangan alam semula jadi yg indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yg menarik telah dirancang utk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kpd sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dlm mereka bentuk kulit majalah tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersaf-safsadin ki berpura-pura tidak tahu; ber­sikap acuh tak acuh: Gadis itu ~ saja apabila disapa. muka ~ muka selamba.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terdiri1. (telah sedia) berdiri atau didirikan, (tiba-tiba, masih) berdiri: perempuan muda yg sedang menaiki tangga itu terhenti dan ~ apabila namanya dipanggil; berhambuslah segera, aku benci melihat muka-muka pengecut ~ di hadapanku; 2. telah didirikan (dibina, dibangunkan), terbina, terbangun: di kiri kanan lorong sempit itu, ~ beberapa buah rumah; 3. sl dapat bertahan: maka segala rakyat Indera Puri Negara dgn hulubalang empat itu lalu pecah tiada ~ lagi lalu larilah datang kpd Sardal dan Kamdakata; ~ drpd terbentuk (terjadi, ter­jalin) drpd: mereka yg menyerang dan merompak itu ~ drpd pe­muda-pemuda yg telah rosak akhlak; penaja perkumpulan ini hanya ~ drpd dua orang sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
hadap1. bahagian sebelah muka, muka, depan: wang tembaga zaman dahulu sama sahaja ~ belakangnya; seratus penjajap di kanan, seratus penjajap di kiri, seratus penjajap di ~, seratus penjajap di belakang; 2. arah atau hala tujuan; hidupnya sekarang satu ~ sahaja hidupnya menuju satu tujuan (jurusan) sahaja; tak tentu ~ a) tak tentu arah tujuan; b) tidak berbuat sesuatu apa pun; semua pendapat mereka satu ~ sahaja satu sahaja arah maksudnya; berhadapan 1. = ~ dgn bertentangan (dgn), bersemuka (bertemu muka) dgn: maka ~lah kedua-dua pihak rakyat itu lalu berperang; dia duduk ~ dgn saya; ~ manis mulutnya bila bertemu muka; manis mulutnya; ~ muka bertemu muka; 2. = berhadap-hadapan ber­ten­tangan hadap satu sama lain, berdekatan dan bertentangan: mereka duduk dua baris ~; memuji atau mengeji biarlah dibuat ~; menghadap 1. (bahagian muka atau depan­nya) menghala ke: orang Islam sembahyang ~ kiblat; rumah peranginan itu ~ ke laut; ~ surut melihat ke belakang; 2. datang menemui (raja atau orang besar-besar), menjelang, ada atau sedang berhadapan dgn raja (orang besar-besar): ~ ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; pd ketika itu baginda sedang di­hadap orang banyak; 3. datang ke (mah­kamah, pejabat, dll): ia diperintahkan ~ ke mahkamah utk memberi keterangan; 4. ditujukan kpd (perbahasan dlm surat kiriman drpd yg muda terhadap yg tua), dialamatkan kpd: ~ ke hadapan ayahanda; menghadapi 1. berada bertentangan (ber­hadapan) dgn, duduk dll dgn muka ke hala sesuatu: di dlm kedai itu duduklah mereka ~ sebuah meja; mereka berdiri beramai-ramai ~ runtuhan rumah yg ditimpa pohon kelapa itu; 2. berjumpa (berhadapan) dgn, bersemuka (dgn): nampak benar takutnya waktu ~ orang banyak itu; 3. menemui atau menem­puh (bencana, bahaya, kesukaran, dll), di­timpa (diancam) oleh, menanggung; ~ per­soalan yg rumit; ~ kesulitan; ~ tuduhan membunuh; ~ maut; 4. melawan, bertanding dgn, menentang: ~ musuh; ~ pasukan lawan; menghadapkan 1. menghalakan, meng­arah­­­kan (sesuatu ke): maka meriam pun di­hadapkan orang arah ke laut; 2. menujukan (pertanyaan, tuduhan, dll): hampir semua yg hadir ~ pertanyaan kpd ahli forum yg kedua sahaja; tuduhan yg dihadapkan ke­pada­nya sangat berat; 3. membawa ke muka (pengadilan, orang yg bertang­gung­jawab, dll), membawa utk dipertemukan dgn: ia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh; 4. memperlawankan, memper­tanding­kan, mempertentangkan: dlm pusing­an pertama, pasukan Malaysia akan di­ hadap­kan dgn pasukan bola sepak dr Negeri Thai; memperhadapkan 1. menjadikan ber­ha­dap-­hadapan, mempertemukan, menye­mu­ka­­kan; 2. mengemukakan (membentang­kan, me­majukan) perkara dll: ~ beberapa ca­dangan kpd ahli-ahli jawatankuasa utk dibahaskan; terhadap 1. berkenaan, mengenai, tentang: pandangannya ~ gadis itu tidak berubah, bagaimana dahulu begitulah sekarang; 2. kepada, akan: cintanya ~ gadis pilihannya sendiri tetap bersemarak dlm dadanya; ia mempunyai rasa perikemanusiaan drpd seorang manusia ~ manusia juga; 3. dihadapkan (ditujukan, dihalakan), tertumpu: hatinya sudah ~ ke Lampung, angan-angannya sudah ke galas; hadapan 1. bahagian sebelah muka, depan (lwn belakang): dia berdiri di ~ saya; pintu ~ rumah itu sentiasa terbuka; ke ~ a) ke depan, ke muka; b) (pd permulaan surat bererti) kepada: ke ~ sahabatku yg diingati; 2. yg akan datang; masa (zaman) ~ masa (zaman) yg akan datang; hadap-hadapan; nasi ~ sajian nasi pulut yg dihidangkan di muka pelamin waktu pe­ngantin sedang bersanding; penghadapan tempat menghadap (raja): Betara Majapahit pun duduk di ~ dihadap orang banyak; balai ~ ruang tempat mengha­dap raja di dlm istana atau di tempat raja bersemayam.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas