asal | 1 yg mula-mula (sekali): Warna ~ kereta itu putih. Tempat ~ orang-orang Negro di Amerika ialah Afrika. 2 pangkal permulaan; tempat yg mula-mula: Dr manakah ~ orang itu? ~ mula yg mula-mula (sekali); ~ usul asal keturunan; susur galur. 3 sebab atau keadaan yg mula-mula: ~ kapas menjadi benang, ~ benang menjadi kain. 4 biar: Buatlah kerja dgn sungguh-sungguh, jangan ~ ada saja. 5 = ~ saja, = asalkan dgn syarat; hanya apabila ...; kalau: Engkau boleh pergi ~ kerjamu sudah selesai. 6 = ~ saja, = asalkan supaya: Biar lambat ~ selamat. berasal 1 bertempat asal; datang drpd: Agama Hindu ~ drpd India. 2 berketurunan drpd: Mereka mengaku ~ drpd Raja Iskandar Zulkarnain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
julung-julung | mula-mula, pertama-tama; buah ~ buah yg mula-mula; ~ kali = ~ sekali ark pertama sekali, mula-mula sekali, buat pertama kali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asal | 1. yg mula-mula (sekali): Warna ~ kereta itu putih. Tempat ~ orang-orang Negro di Amerika ialah Afrika. 2. pangkal permulaan; tempat yg mula-mula: Dr manakah ~ orang itu?. ~ mula yg mula-mula (sekali); ~ usul asal keturunan; susur galur. 3. sebab atau keadaan yg mula-mula: ~ kapas menjadi benang, ~ benang menjadi kain. 4. biar: Buatlah kerja dgn sungguh-sungguh, jangan ~ ada saja. 5. =~ saja, = asalkan dgn syarat; hanya apabila ...; kalau: Engkau boleh pergi ~ kerjamu sudah selesai. 6. = ~ saja, = asalkan supaya: Biar lambat ~ selamat. berasal 1. bertempat asal; datang dr: Agama Hindu ~ dr India. 2. berketurunan dr: Mereka mengaku ~ dr Raja Iskandar Zulkarnain. | Kamus Pelajar |
ganda | jumlah atau banyaknya sbg tambahan yg sama besar dgn jumlah yg mula-mula: ~ dua hasil drpd mendarabkan sesuatu angka dgn angka itu sendiri;~ dua angka 7 ialah 49. dua (tiga, empat) kali ~ dua (tiga, empat) kali sebanyak yg mula-mula. berganda bertambah sekali drpd jumlah yg mula-mula. berganda-ganda menjadi banyak berkali-kali drpd jumlah yg mula-mula. Pd bulan lalu syarikat itu telah mendapat keuntungan yg ~. menggandakan menjadikan banyak satu kali drpd jumlah yg mula-mula; menjadikan berganda: Sekarang kita perlu bekerja keras supaya kita dpt ~ hasil tanaman kita. mempergandakan menggandakan sesuatu yg telah digandakan; menjadikan berganda-ganda: Mereka dpt ~ hasil tanaman dgn menggunakan jentera itu. gandaan 1. hasil menggandakan sesuatu nombor: Empat ialah ~ dua. 2. yg digandakan atau yg diulang sebutannya: kata ~ kata yg diulang sebutannya (spt kupu-kupu; cepat-cepat dll). pergandaan 1. hal berganda atau berganda-ganda:~ hasil tanaman itu adalah berkat usaha gigih para petani. 2. hasil drpd mempergandakan. penggandaan perbuatan atau hal menggandakan: ~ barang-barang keperluan itu adalah utk memenuhi permintaan pengguna. pengganda angka utk menggandakan sesuatu angka lain. | Kamus Pelajar |
julung-julung | pertama sekali; mula-mula: buah ~ buah yg mula-mula sekali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ganda | 1 jumlah atau banyaknya sbg tambahan yg sama besar dgn jumlah yg mula-mula: ~ dua hasil drpd mendarabkan sesuatu angka dgn angka itu sendiri; ~ dua angka 7 ialah 49. dua (tiga, empat) kali ~ dua (tiga, empat) kali sebanyak yg mula-mula. 2 yg diulang sebutannya: kata ~ kata yg diulang sebutannya (spt kupu-kupu, cepat-cepat). berganda bertambah sekali drpd jumlah yg mula-mula. berganda-ganda menjadi banyak berkali-kali drpd jumlah yg mula-mula. Pd bulan lalu syarikat itu telah mendapat keuntungan yg ~. menggandakan menjadikan banyak satu kali drpd jumlah yg mula-mula; menjadikan berganda: Sekarang kita perlu bekerja keras supaya kita dpt ~ hasil tanaman kita. mempergandakan menggandakan sesuatu yg telah digandakan; menjadikan berganda-ganda: Mereka dpt ~ hasil tanaman dgn menggunakan jentera itu. gandaan hasil menggandakan sesuatu nombor: Empat ialah ~ dua. pergandaan 1 hal berganda atau berganda-ganda: ~ hasil tanaman itu adalah berkat usaha gigih para petani. 2 hasil drpd mempergandakan. penggandaan perbuatan atau hal menggandakan: ~ barang-barang keperluan itu adalah utk memenuhi permintaan pengguna. pengganda angka utk menggandakan sesuatu angka lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bergori | 1. membeli mula-mula sekali (sebelum pembeli-pembeli lain); 2. menjual mula-mula sekali (kpd pembeli pertama). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
julung-julung | pertama sekali; mula-mula: buah ~ buah yg mula-mula sekali. | Kamus Pelajar |
awal | 1. sebelum waktu yg biasa (yg dijangkakan, ditetapkan, dsb), terlebih dahulu (drpd yg lain): dia datang ke pejabat ~; kereta api tiba ~ sedikit drpd jadualnya hari ini; 2. bahagian yg mula-mula (cerita dll), lwn akhir: ceritakan dari ~ hingga akhir; 3. permulaan (sesuatu jangka waktu): pd ~ tahun ini; ~ mula mula-mula sekali; ~ bermula ... pd permulaannya ...;berawalkan bermula dgn, mempunyai (sesuatu) sbg unsur yg mula-mula: bentuk-bentuk dasar kata yg ~ konsonan; mengawalkan membawa ke waktu atau tarikh yg lebih awal, mempercepat;terawal 1. lebih awal (dahulu) drpd yg dijangkakan (ditetapkan dsb); 2. paling awal; awalan imbuhan di depan kata dasar (spt me, ber, ke, per, ter);berawalan mempunyai awalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gori II | Kl; bergori 1. membeli mula-mula sekali (sebelum pembeli-pembeli lain); 2. menjual mula-mula sekali (kpd pembeli pertama). | Kamus Dewan Edisi Keempat |