multinasional | 1 (bkn syarikat besar) beroperasi di beberapa buah negara: Syarikat ~ yg banyak terdapat di negara ini lebih suka menggunakan perkhidmatan antarabangsa. 2 (bkn penyertaan rakyat, pasukan, dsb) drpd berbagai-bagai negara: pasukan tentera ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
multinasional | 1. beroperasi di beberapa buah negara (bkn sesebuah syarikat besar): syarikat ~ besar yg banyak terdapat di negara ini lebih suka menggunakan perkhidmatan antara-bangsa; 2. berkaitan dgn, terdiri drpd atau melibatkan penyertaan (rakyat, pasukan, dsb) drpd berbagai-bagai negara: pasukan tentera pengaman ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syarikat multinasional | syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
syarikat multinasional | syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melesenkan | memberi lesen kpd: syarikat multinasional ~ syarikat asing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
multi- | awalan asing banyak dan pelbagai, mis multinasional dan multidisiplin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syarikat | 1 apa-apa yg menjadi teman atau sekutu kpd yg lain; kawan; rakan: Allah hanya satu, tiada ~ bagi-Nya. 2 badan perniagaan yg dimiliki oleh beberapa orang; firma: Ahmad bekerja sbg Pegawai Pemasaran di sebuah ~ tempatan. ~ berhad badan perniagaan yg tanggungan pemiliknya terhad kpd jumlah modal yg dimilikinya saja. ~ kerjasama badan yg mengusahakan sesuatu utk kepentingan ahli-ahlinya. ~ multinasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara. bersyarikat 1 ada syarikatnya; bersekutu. 2 bersama-sama mengerjakan sesuatu; bersatu. mensyarikatkan 1 mengadakan sekutu pd: Berdosa jika ~ Allah. 2 menubuhkan syarikat; menjadikan sbg syarikat. persyarikatan perbuatan atau hal bersyarikat; persatuan. pensyarikatan perbuatan atau hal mensyarikatkan; penubuhan syarikat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lesen | (lésén) sijil atau dokumen rasmi yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa yg memberikan kebenaran kpd seseorang atau sesuatu pihak melakukan atau menggunakan sesuatu: kerajaan negeri itu didesak supaya memberi ~ beca roda tiga kpd orang Melayu sahaja; kedai ~ bp kedai kecil (drpd papan) tempat menjaja, biasanya barang-barang makanan, di tepi jalan; berlesen mempunyai lesen, berkebenaran mengerjakan sesuatu (berniaga, melombong, dll); melesenkan memberi lesen kpd: syarikat multinasional ~ syarikat asing; pelesenan urusan memberi lesen atau meluluskan permohonan lesen: lembaga ~; pelesen; pegawai ~ pegawai yg mengeluarkan lesen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |