mumbang | putik kelapa yg masih kecil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mumbang | putik kelapa (yg masih kecil); ~ jatuh, kelapa jatuh prb tiap-tiap yg bernyawa akan mati juga; cuba-cuba menanam ~, jika hidup turus negeri prb tetap meneruskan sesuatu pekerjaan mungkin akan mendatangkan hasil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mumbang | putik kelapa yg masih kecil. | Kamus Pelajar |
bungsil | ark putik nyiur, mumbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beluluk | Jw 1. putik buah kelapa, mumbang; 2. buah enau, belolok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyiur | sj tumbuhan (palma dan buahnya), kelapa, Cocos nucifera; ~ bawang = ~ manis kelapa yg boleh dimakan dgn sabut-sabutnya; ~ bisu Kl orang tua yg pendiam tetapi berakal; ~ cungkilan = ~ sungkuran buah kelapa yg isinya baru hendak keras; ~ dara pohon kelapa yg belum berbuah; ~ gading a) pohon kelapa yg agak kekuning-kuningan warna pelepah dan buahnya (biasanya ditanam sbg perhiasan), Cocos plumosa; b) Kl anak gadis yg comel-comel (kesayangan ibu bapa); ~ ingusan buah kelapa yg baru hendak berisi; ~ kapal Kl nyiur yg berbatang kecil dan rendah; ~ koman Kl, ki orang yg tidak berguna kpd masyarakat; ~ masam Kl a) nyiur yg busuk kerana rosak; b) perempuan yg tidak berguna; apabila patah tumbuh ~ itu, tumbuh ~ juga akan gantinya prb ganti yg hilang itu mestilah yg sama pula; laksana ~, mumbang dibuat pincuk hendak menghilangkan kelat prb tidak boleh orang yg bukan bangsawan itu disuruh mengatur kedudukan orang besar-besar dlm sesuatu majlis; orang yg bertanam pokok ~, terkadang-kadang tiada makan buahnya prb orang yg menghimpun harta atau berbuat sesuatu itu adakalanya tidak mendapat faedah daripadanya; umpama memerah ~, santan diambil hampas dibuang prb mendengar perkataan orang hendaklah dipilih mana-mana yg baik dan benar, dan yg buruk dibuang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |