mundur | 1 bergerak atau berjalan ke belakang; surut; undur: Ia ~ beberapa langkah apabila ternampak akan musuh di hadapannya. 2 tidak maju; tertinggal: Sejak sakit ini, ia ~ dlm pelajarannya. 3 menjadi kurang (bkn hasil pendapatan dll); merosot (bkn perniagaan dll): Perusahaan kain batik itu sudah mula ~. memundurkan menjadikan mundur; merosotkan. kemunduran keadaan mundur; kemerosotan: ~ kita dlm lapangan sains dan teknologi perlu diatasi segera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mundur teratur | a) berundur dgn teratur (pasukan peperangan); b) mengundurkan diri dgn diam-diam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mundur maju | ki tidak tetap hati, ragu-ragu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mundur | 1 bergerak atau berjalan ke belakang; surut; undur: Ia ~ beberapa langkah apabila ternampak akan musuh di hadapannya. 2 tidak maju; tertinggal: Sejak ia sakit ini ia ~ dlm pelajarannya. 3 menjadi kurang (bkn hasil pendapatan dll); merosot (bkn hasil penda | Kamus Pelajar |
memukul mundur | menyerang (musuh) hingga mundur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menarik mundur | menarik kembali, memanggil supaya mundur (tentera dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maju mundur | bertambah baik ataupun buruk, maju atau mundur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meleset I | /melését/ serba merosot (bkn perniagaan dll); jatuh; mundur. zaman ~ zaman serba kekurangan atau serba mundur (bkn kegiatan ekonomi). kemelesetan keadaan meleset: ~ ekonomi telah mendatangkan kesan buruk kpd pembangunan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ganjur II | Mn tarik, hela, mundur; berganjur mengundurkan diri: pegawai itu ~ diri utk mengelakkan perkelahian; berganjur-ganjur surut ki bersikap maju mundur; mengganjur menarik, merenggut (tali wau dll), menarik diri, mengundurkan: dia akan menyuruh Rohani ~ langkah surut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surut | 1. kembali (ke asal dll), balik (ke belakang), mundur: kemudian mereka ~ ke belakang beberapa langkah; ~ kpd bekas isterinya telah rujuk; berlaku ~ dr dihitung kembali dr; pantang ~ pantang mundur; 2. menjadi berkurang, reda (kemarahan dll), susut: marahnya yg memuncak-muncak tadi telah ~ dlm sekejap mata; kian larut malam, kian ~ pula pertempuran itu; 3. = air ~ = pasang ~ air turun (selepas pasang atau naik): mereka berjalan-jalan di tepi sungai yg kebetulan sedang ~; akan ~ airlah gedang, akan lalu jalanlah semak prb sesuatu perkara yg serba susah (akan diteruskan susah dan akan ditarik kembali pun susah); menyuruti 1. menjadikan berkurang, mengurangi, menyusuti; 2. rujuk dgn isteri (yg telah diceraikan), memulangi; menyurutkan 1. menjadikan surut, menarik kembali, memundurkan, mengembalikan, mengundurkan: pinang akan disurutkan ke tampuk, sirih akan dipulangkan ke gagang; 2. menjadikan berkurang, mengurangkan, menyusutkan: hendaklah disurutkan airnya dahulu barulah boleh dirapah; 3. mengurangkan (nyala api dll), meredakan (marah, nafsu, dll): air yg dijerangkannya tadi sudah menggelegak, lantas disurutkan apinya; ~ darah menenangkan fikiran (hati, perasaan); tersurut berbalik ke belakang, mundur (undur) ke belakang: sebentar itu juga ia ~ kebelakang lalu jatuh; ~ fikiran melepaskan niat; ~ hati tawar hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |