mungkir | 1 tidak menepati (janji dll); menolak perjanjian; tidak setia: Sesiapa yg ~ akan janjinya tidak akan saya percayai janjinya lagi. 2 tidak mengakui; tidak mengiakan: Ia tetap ~ akan kesalahan-kesalahannya itu. 3 salah; keliru: tak ~ tak salah; tak keliru. memungkiri 1 tidak menepati (janji dll); tidak berpegang teguh (pd janji dll): Dia tidak berani ~ janjinya. 2 tidak mengiakan; menyangkal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mungkir | 1 tidak menepati (janji dll); menolak perjanjian; tidak setia: Sesiapa yg ~ akan janjinya tidak akan saya percayai janjinya lagi. 2 tidak mengakui; tidak mengiakan: Ia tetap ~ akan kesalahan-kesalahannya itu. 3 salah; keliru: tak ~ tak salah; tak keliru. | Kamus Pelajar |
mungkir | 1. tidak mengakui, tidak mengiakan, menafikan, menyangkal, ingkar: ia tidak dapat ~ kerana perbuatannya diketahui orang; 2. tidak setia, tidak patuh, tidak taat: ia tidak ~ dan tidak ingkar perintah Mem-pawah; 3. tidak menepati (janji dll), menolak perjanjian: sekali kita ~ janji maka orang tidak akan mudah mempercayai kita lagi; 4. salah, keliru; tidak ~ a) tidak salah, tidak keliru; b) manjur (ubat dll), mujarab; memungkiri 1. tidak mengiakan, menyangkal, mengingkari: kalau saya ~nya maka saya akan menerima kutukan daripadanya; 2. tidak mematuhi, tidak mentaati: maka ter-ingat olehnya titah permaisuri, maka takut ia ~nya; 3. tidak menepati (janji dll): kalau roboh kota Melaka barulah aku ~ janji; 4. menjauhkan diri drpd (perbuatan yg keji dll); kemungkiran perihal (perbuatan) mungkir: ~ dlm menunaikan janji-janjinya; pemungkiran perihal atau perbuatan memungkiri; pemungkir orang yg memungkiri janji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ingkar | Ar 1. = ~ akan tidak membenarkan (mengaku), menafikan, menyangkal, mungkir: jika mereka ~ akan apa yg tersebut itu maka terserahlah kpd Allah; 2. enggan, tidak menurut, tidak mahu: ada orang yg ~ menderma; 3. penafian, penyangkalan, perihal memungkiri; mengingkari memungkiri, menafikan, tidak mengakui (mentaati, menuruti, dll), menderhakai: banyak askar yg lari, yg menjadi lanun dan dgn berterang-terang ~ perintah-perintah waizuri; keingkaran 1. perihal ingkar (menafikan dll); 2. keengganan; pengingkaran perihal mengingkari (menafikan, menyangkal, mungkir), penafian, penyangkalan, pemungkiran; pengingkar orang atau pihak yg ingkar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tak mungkir | tak salah; tak keliru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tidak mungkir | a) tidak salah, tidak keliru; b) manjur (ubat dll), mujarab; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mukir | mungkir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diungkiri | dinafikan, dimungkiri; ® mungkir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemungkiran | perihal (perbuatan) mungkir: ~ dlm menunaikan janji-janjinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cedera III | 1. mungkir janji, tidak setia, berkhianat; 2. pembunuhan (penyerangan dll) dgn tidak berterang-terangan (tipu daya); mencedera, mencederakan 1. mengkhianati; 2. membunuh (menyerang dll) dgn diam-diam (tipu daya); kecederaan khianat, keadaan tidak setia; pencederaan perihal (perbuatan) mencedera(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |