lintap | 1 longgok atau kumpulan yg tersusun berlapis-lapis. 2 lapisan bumi yg terdiri drpd batu-batan dll yg berlapis-lapis. ~ lendut lintap yg melengkung ke atas (terletak di antara dua lintap mungkum). ~ mungkum lintap yg melengkung ke bawah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mungkum | 1 lengkung pd permukaan sesuatu benda. 2 dalam (spt mangkuk, kuali); jeluk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mungkum | 1. lengkung atau cembung (permukaan): hujung matanya dicanai ~ sedikit supaya penjurunya tidak sumbing atau sompek; 2. jeluk (mangkuk dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mungkum | 1 lengkung pd permukaan sesuatu benda. 2 dalam (spt mangkuk, kuali dll); jeluk. | Kamus Pelajar |
tekap I | penudung yg pipih atau mungkum (spt tapak tangan pd mulut, sapu tangan pd muka, dll); ~ sampan papan (kayu) penutup pd sebahagian drpd haluan dan buritan perahu; kertas ~ kertas tipis yg diletakkan di atas lukisan dll utk menirunya; bertekap bertudung dgn sesuatu yg pipih atau mungkum: mukanya ~ dgn sapu tangan; ~ mulut menutup mulut dgn tangan;menekap 1. = menekapi menutup dgn sesuatu yg pipih atau mungkum: ada lagi yg akan diucapkan oleh Hasan, tetapi tiba-tiba Rohani telah ~ mulutnya; 2. meniru peta dll dgn menggunakan kertas tekap; menekapkan menutupkan (melingkupi) sesuatu pd: perlahan-lahan dr belakang ia ~ tangannya pd kedua-dua mata Osman; tekapan penutup yg mungkum; tekup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tekap | penudung yg pipih atau mungkum (spt tapak tangan pd mulut). bertekap bertudung atau bertutup dgn sesuatu yg pipih atau mungkum: ~ mulut menutup mulut dgn tapak tangan. menekap 1 menudung atau menutup dgn sesuatu yg pipih atau mungkum: Dia ~ mulut anaknya yg sedang menangis. 2 meniru peta dll dgn menggunakan kertas yg tipis (spt kertas surih). menekapkan 1 menutupkan sesuatu pd: Dia ~ sapu tangan pd mukanya. 2 meniru peta dll (dgn menggunakan kertas tipis) utk: Dia ~ adiknya peta Malaysia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lintap mungkum | lintap yg melengkung ke bawah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lungkum | lengkung; ®mungkum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
longkom | lengkung; ®mungkum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tekapan | penutup yg mungkum; tekup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |