murka | bd marah; meradang. memurkai marah akan; memarahi. memurkakan menyebabkan jadi marah; memarahkan. kemurkaan keadaan murka; hal murka; kemarahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemurkaan | keadaan murka; hal murka; kemarahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemurkaan | keadaan murka; hal murka; kemarahan. | Kamus Pelajar |
murka | bd marah; meradang. memurkai marah akan; memarahi. memurkakan menyebabkan jadi marah; memarahkan. kemurkaan keadaan murka; hal murka; kemarahan. | Kamus Pelajar |
murka II | ; angkara ~ mementingkan diri sendiri, loba, tamak; kemurkaan sifat kelobaan (ketamakan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
murka I | bd marah, meradang: maka sultan pun terlalu ~ akan Hang Tuah, disuruh bunuh pd Seri Nara Diraja; memurkai marah kpd (akan), memarahi: jangan tuanku segan ~ anakanda; memurkakanmenyebabkan jadi marah, memarahkan: ~ raja; termurkai sl dimurkai (dimarahi): Laksa-mana pd ketika itu ~, tiada bekerja lagi; kemurkaan perihal murka, kemarahan: dia ialah sahabat yg pemurah dan sangat takut akan ~ Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkara murka | mementingkan diri sendiri, loba, tamak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemurkaan | perihal murka, kemarahan: dia ialah sahabat yg pemurah dan sangat takut akan ~ Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
marah I | berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka: ayah dan ibunya ~ kepadanya; per-kataan yg akhir itu ditekannya mengeluarkan suara ~ sedikit; ~ku kpd orang-orang Jepun yg mengebom padang kapal terbang Sungai Petani belum lagi hilang; kena ~ diberangi (digusari); naik (bangkit, timbul) ~ menjadi marah; kemarah-marahan sangat marah; memarahi marah kpd, memberangi, menggusari: dia sendiri terasa salah kerana ~ adik-nya; budak-budak yg bergayut itu telah dima-rahi oleh konduktor bas tersebut; memarahkan 1. (naik) marah kerana sesuatu: dia cuba hendak mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya; 2. menyebabkan jadi (naik) marah: perbuatan Wak Salleh menge-mis setiap minggu itu ~nya benar; marahan Jk enggan (tidak mahu) bercampur dgn orang lain kerana marah; kemarahan perihal marah, keberangan, kegusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota; pemarah 1. orang yg cepat atau lekas marah: apakah suaminya ~ dan pencemburu? 2. bersifat atau lekas marah; amarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkara | 1. perbuatan yg jahat (bengis, buas, ganas): berbuat ~ kpd sesama manusia; 2. buas, ganas: binatang yg ~; 3. = ~ murka mementingkan diri sendiri, serakah, tamak: selama ada orang yg ~, tidak aman harta benda orang; 4. sl perbuatan kurang ajar (terhadap isteri orang dll), cabul: berbuat ~ akan anak gadis orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |