mutakhir | terbaru atau paling akhir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mutakhir | terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahun-tahun ~ ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mutakhir | terbaru atau paling akhir. | Kamus Pelajar |
kekinian | 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
moden | dr masa sekarang, berkaitan dgn masa kini, yg terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir: bahasa ~; senjata ~; alat kelengkapan ~; memodenkan menjadikan moden, membuat supaya jadi moden, membarui: Mustafa Kamal telah mengadakan perubahan dan mencuba sungguh-sungguh ~ negerinya; kemodenan perihal moden (baru), sifat (ciri dsb) moden: baik kaunseling dlm bentuknya sekarang yg banyak diselubungi ~, mahupun pd zaman awalnya yg lebih merupakan bimbingan akhlak semata-mata; pemodenan perihal (kegiatan, usaha, dsb) memodenkan, perihal menjadi moden, pembaruan: kerajaan Jepun berusaha dgn lebih bersungguh-sungguh utk mempercepat ~ negeri itu; penyempurnaan dan ~ bahasa dlm menghadapi cabaran semasa perlu ber-laku di negara-negara membangun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kini | sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warna-warni | 1. berbagai-bagai warna(nya) (spt biru berserta merah dan warna-warna lain): bangunan yg dihiasi bendera ~; 2. berbagai-bagai ragam atau corak, aneka ragam: ~ dlm puisi Malaysia mutakhir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |