mutlak | 1 mengenai semuanya; tidak ada kecualinya; tidak bersyarat lagi: hak ~ hak mempunyai sesuatu dgn sepenuhnya; syarat ~ syarat yg mesti ada; wakil ~wakil penuh 2 suci: air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll). | Kamus Pelajar |
mutlak | 1 mengenai semuanya; tidak ada kecualinya; tidak bersyarat lagi: hak ~ hak memiliki sesuatu dgn sepenuhnya; syarat ~ syarat yg mesti ada; wakil ~ wakil penuh. 2 suci: air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan). memutlakkan menyebabkan sesuatu menjadi tidak ada kecualinya atau tidak bersyarat lagi; menjadikan sesuatu sbg yg mutlak. kemutlakan 1 keadaan atau sifat mutlak: Ada pihak yg melobi sokongan negara anggota utk menggagalkan ~ Malaysia sbg negara tuan rumah mesyuarat tsb. 2 sesuatu yg mutlak; yg tidak ada kecualinya: Walaupun sesetengah pihak menganggap Kaabah sbg sesuatu yg hanya sebuah bangunan, tetapi pdnya kita dpt merasakan suatu ~. pemutlakan perihal atau perbuatan memutlakkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pergerakan kursor mutlak(absolute cursor movement) | Pergerakan kursor komputer ke suatu kedudukan pada skrin yang ditentukan secara mutlak oleh pengguna. | Kamus Komputer |
kemutlakan | 1 keadaan atau sifat mutlak: Ada pihak yg melobi sokongan negara anggota utk menggagalkan ~ Malaysia sbg negara tuan rumah mesyuarat tsb. 2 sesuatu yg mutlak; yg tidak ada kecualinya: Walaupun sesetengah pihak menganggap Kaabah sbg sesuatu yg hanya sebuah bangunan, tetapi pdnya kita dpt merasakan suatu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
asalan(origin) | 1. Alamat ingatan mutlak bagi menempatkan kedudukan pertama sesuatu atur cara atau ruas atur cara dalam ingatan sebenar. 2. Kedudukan (0,0,0) yang dijadikan rujukan permulaan dalam sistem pemetaan berkoordinat. 3. Alamat mutlak yang dijadikan sumber rujukan alamat kedudukan lain dalam kawasan ingatan, bagi pengekodan relatif. | Kamus Komputer |
mutlak | 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap ke-daulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll); memutlakkan menyebabkan sesuatu menjadi mutlak: jangan sampai ada orang yg menyangka bahawa Plato telah ~ undang-undang; kemutlakan perihal mutlak; pemutlakan perihal (proses atau perbuatan) memutlakkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diktator | pemerintah mutlak, terutamanya yg merampas kuasa tanpa mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim: rakyat negara yg diperintah oleh seorang ~ jarang-jarang mempunyai kebebasan asasi; kediktatoran 1. pemerintahan oleh diktator: pemerintahan ini mengambil rupa bentuk kerajaan satu parti atau ~ tentera; 2. kuasa mutlak atau tertinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nisbi | bergantung pd bandingan dgn yg lain, tidak mutlak, relatif: kalau orang mengatakan rumah itu besar, itu ~ sahaja, kerana membandingkannya dgn rumah yg lebih kecil, kalau dibandingkan dgn rumah yg lebih besar, rumah tersebut kecil; kenisbian perihal (sifat dsb) tidak mutlak, sifat relatif: ~ nilai-nilai moral. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengalamatan bersimbol(symbolic addressing) | 1. Penggunaan label untuk menyatakan alamat sesuatu kata, data, atau peranti tanpa menyatakan alamat mutlak kedudukan sebenar ingatan atau peranti. 2. Penggunaan huruf atau angka-abjad sebagai alamat untuk menyatakan kedudukan simpanan di dalam atur cara. Alamat bersimbol ini akan ditukarkan kepada alamat mutlak semasa penghimpunan. | Kamus Komputer |
air mutlak | air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |