nada utama | nada dasar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tangga nada | susunan nada yg meningkat naik bunyinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenor | (ténor) (Muz) 1. nada suara yg tertinggi bagi lelaki dewasa; 2. nyanyian dgn nada suara yg tertinggi bagi lelaki dewasa; 3. penyanyi lelaki yg menyanyi dgn nada suara lelaki yg tertinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tala | 1 bunyi nada muzik yg bersesuaian. 2 bunyi yg berbalik; gema. ~ bunyi ist alat spt garpu yg bercabang dua dan dibuat drpd logam utk menyesuaikan bunyi (nada). menala 1 menentukan bunyi (alat muzik dsb) dgn nada yg bersesuaian. 2 melaraskan pergerakan enjin (motor dsb) supaya berjalan dgn lancar. penala alat utk menala bunyi; tala bunyi. setala selaras bunyinya; sama bunyinya. menyetalakan menyelaraskan atau menyamakan bunyi (nada). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nada | 1 bunyi dlm muzik atau dlm nyanyian yg tentu tinggi rendahnya. 2 lagu suara (ketika bercakap dll): Anak itu merayu dgn ~ yg hiba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nada II | Kl sj alat utk menangkap ikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nada | 1 >bunyi dlm muzik atau dlm nyanyian yg tentu tinggi rendahnya. 2 lagu suara (ketika bercakap dll): Anak itu merayu dgn ~ yg hiba. | Kamus Pelajar |
tala I | tala I 1. kesesuaian nada, laras; ~ bunyi = garpu ~ Id alat berbentuk U yg dibuat drpd besi dan digunakan utk melaraskan bunyi (nada, suara, dll); 2. gema, talun: ting, bunyi loceng di rumah pasung besar, maka ~nya itu bergema dan dapat didengari nyata dr seluruh bandar; dihempuk lunas itu bahannya bunyi tujuh gok sembilan ~; setala selaras bunyinya, sama bunyinya; menyetalakan menyelaraskan bunyi, menyamakan nada: ~ bunyi alat muzik; bertala-tala sl bersambut-sambutan (bunyi), berselang-selangan, bertingkah-tingkah: kedua-dua belah pihak ~; menala 1. menentukan bunyi (alat muzik, gamelan, dll) dgn nada yg betul, membetulkan bunyi (alat muzik); 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dsb) supaya berjalan dgn lancar dan efisien; penalaan perihal (perbuatan) menala; penala tala bunyi, garpu tala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papan nada | (Muz) alat yg mempunyai set kekunci yg mengeluarkan nada berbeza apabila ditekan, mis pd piano, organ dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nada | I 1. bunyi yg tertentu tinggi rendahnya (dlm nyanyian, muzik, dll): ahli-ahli pancaragam telah membetulkan semula alat muzik utk membaiki tinggi rendah ~; ~ utama nada dasar; tangga ~ Id tingkatan bunyi (dlm muzik dll); titi ~ Id tanda bunyi pd baluk, not; 2. ki bunyi suara (yg melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan atau sikap), lagu atau rentak suara (sewaktu bercakap dll): “Kenapa tak ikut sama?”, isterinya menyambut dgn ~ kasih; 3. aliran dan rentak (ucapan, sajak, dll); senada padan atau sesuai (dgn): warna di bilik anak-anak ~ dgn ruang tamu; bernada mempunyai (membawa, menunjukkan) nada: sajak itu ~ romantis dan mengandungi unsur mistik; penggunaan bahasa yg ~ ilmiah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |