nada | 1 bunyi dlm muzik atau dlm nyanyian yg tentu tinggi rendahnya. 2 lagu suara (ketika bercakap dll): Anak itu merayu dgn ~ yg hiba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tala | 1 bunyi nada muzik yg bersesuaian. 2 bunyi yg berbalik; gema. ~ bunyi ist alat spt garpu yg bercabang dua dan dibuat drpd logam utk menyesuaikan bunyi (nada). menala 1 menentukan bunyi (alat muzik dsb) dgn nada yg bersesuaian. 2 melaraskan pergerakan enjin (motor dsb) supaya berjalan dgn lancar. penala alat utk menala bunyi; tala bunyi. setala selaras bunyinya; sama bunyinya. menyetalakan menyelaraskan atau menyamakan bunyi (nada). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keluh | 1. kata-kata dsb yg melahirkan rasa sedih (kerana menderita sesuatu), rintihan; 2. = berkeluh-kesah melahirkan rasa sedih atau susah hati (dgn kata-kata rintihan atau suara merintih), mengeluarkan rasa hati (yg berkaitan dgn kesusahan atau penderitaan yg dialami); 3. = berkeluh-kesah tidak tenteram fikiran (kerana kesedihan, penderitaan, kebimbangan, dsb), gelisah: maka Tuanku Malim Deman tiadalah matanya beradu, ~-kesah seorang dirinya; keadaan kemarau yg berterusan itu membuat kaum petani di daerah itu berkeluh-kesah; ~-kesah sayu keluh-kesah yg menunjukkan kesedihan (dgn kata-kata yg sayu); ~(-kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran prb, Mn kemewahan (kemuliaan) tidak sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan; berkeluh = mengeluh; mengeluh melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dsb), berkeluh-kesah, merintih: kenaikan harga barang menyebabkan orang-orang kampung ~; dia termenung panjang lalu ~; mengeluhkan mengeluh tentang sesuatu perkara (keadaan dsb) yg mendukacitakan, merintihkan: ia ~ kepincangan-kepincangan dlm masyarakatnya; keluhan 1. kata-kata mengeluh, keluh-kesah, rintihan: ~ dan sungutan ini memang perkara biasa, tidak menghairankan lagi; 2. tarikan serta hembusan nafas yg panjang (sbg menandakan kesedihan, kekesalan atau penderitaan): yg terdengar hanya ~nya; kekeluhan perihal mengeluh: nada ~; pengeluh 1. orang yg suka (kerap) mengeluh; 2. bersifat suka mengeluh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenor | (ténor) (Muz) 1. nada suara yg tertinggi bagi lelaki dewasa; 2. nyanyian dgn nada suara yg tertinggi bagi lelaki dewasa; 3. penyanyi lelaki yg menyanyi dgn nada suara lelaki yg tertinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alto | (Muz) 1. nada suara nyanyian yg paling tinggi bagi lelaki dewasa atau yg paling rendah bagi wanita; 2. penyanyi dgn suara nyanyiannya paling tinggi bagi lelaki dewasa atau yg paling rendah bagi wanita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laras I | 1. nada (muzik, nyanyian, dll), tala; ~ bahasa variasi bahasa berdasarkan penggunaannya (mis sbg bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains, dll), ragam bahasa; 2. = keselarasan, kelarasan; selaras sama haluan, secocok, sepadan, sesuai: tawanan perang mestilah dijaga ~ dgn kandungan Perjanjian Geneva; menyelaraskan memadankan, mencocokkan, menyamakan, menyesuaikan: pd masa ini, beberapa percubaan dilakukan utk ~ demokrasi dan sosialisme; keselarasan, kelarasan perihal sama (sesuai, setimbal, dll), kepadanan, kesamaan, kesesuaian: ~ idea antara pereka tarian dan pereka pakaian perlu wujud; kelarasan antara kata dan hal yg diceritakan terdapat pd syair itu; ketidakselarasan keadaan tidak selaras; penyelarasan perihal (tindakan, kerja) menyelaraskan, penyesuaian: ~ kerja; penyelaras orang yg kerjanya (ditugaskan utk) menyelaraskan sesuatu (spt rancangan, projek, dsb), koordinator; melaraskan 1. menyamakan (nada, tala, dll); 2. menyesuaikan, memadankan: salah satu drpd tugas buah pinggang ialah ~ kepekatan atau banyaknya garam dlm darah; terlaras sudah dilaraskan: sistem pengiraan cukai yg ~; pelarasan perihal melaraskan, penyamaan, penyesuaian; ~ nilai penyesuaian harga sesuatu benda; pelaras 1. alat utk melaraskan (memadankan, menyesuaikan): skru ~; suis ~; 2. (Eko) orang yg menaksir, menyelaraskan dan menentukan tahap liabiliti sesebuah syarikat insurans terhadap sesuatu kerosakan (kerugian) apabila tuntutan diterima. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tala I | tala I 1. kesesuaian nada, laras; ~ bunyi = garpu ~ Id alat berbentuk U yg dibuat drpd besi dan digunakan utk melaraskan bunyi (nada, suara, dll); 2. gema, talun: ting, bunyi loceng di rumah pasung besar, maka ~nya itu bergema dan dapat didengari nyata dr seluruh bandar; dihempuk lunas itu bahannya bunyi tujuh gok sembilan ~; setala selaras bunyinya, sama bunyinya; menyetalakan menyelaraskan bunyi, menyamakan nada: ~ bunyi alat muzik; bertala-tala sl bersambut-sambutan (bunyi), berselang-selangan, bertingkah-tingkah: kedua-dua belah pihak ~; menala 1. menentukan bunyi (alat muzik, gamelan, dll) dgn nada yg betul, membetulkan bunyi (alat muzik); 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dsb) supaya berjalan dgn lancar dan efisien; penalaan perihal (perbuatan) menala; penala tala bunyi, garpu tala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nada | I 1. bunyi yg tertentu tinggi rendahnya (dlm nyanyian, muzik, dll): ahli-ahli pancaragam telah membetulkan semula alat muzik utk membaiki tinggi rendah ~; ~ utama nada dasar; tangga ~ Id tingkatan bunyi (dlm muzik dll); titi ~ Id tanda bunyi pd baluk, not; 2. ki bunyi suara (yg melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan atau sikap), lagu atau rentak suara (sewaktu bercakap dll): “Kenapa tak ikut sama?”, isterinya menyambut dgn ~ kasih; 3. aliran dan rentak (ucapan, sajak, dll); senada padan atau sesuai (dgn): warna di bilik anak-anak ~ dgn ruang tamu; bernada mempunyai (membawa, menunjukkan) nada: sajak itu ~ romantis dan mengandungi unsur mistik; penggunaan bahasa yg ~ ilmiah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bip(beep) | 1. Bunyi satu nada yang dijanakan oleh komputer, biasanya sebagai tanda amaran. 2. Suruhan pada beberapa bahasa pengaturcaraan untuk menyuruh komputer mengeluarkan bunyi satu nada. | Kamus Komputer |
melaraskan | 1. menyamakan (nada, tala, dll); 2. menyesuaikan, memadankan: salah satu drpd tugas buah pinggang ialah ~ kepekatan atau banyaknya garam dlm darah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |