selera /seléra/ | 1 kemahuan atau keinginan hendak makan; nafsu makan: Dia telah memakan hidangan itu dgn penuh ~. | Kamus Pelajar |
selera | /seléra/ 1 kemahuan atau keinginan hendak makan; nafsu makan: Dia telah memakan hidangan itu dgn penuh ~. 2 apa-apa yg disukai orang; kemahuan terhadap sesuatu: Siaran radio tidak dpt memenuhi ~ semua pendengar. berselera 1 mempunyai selera: Dia tidak sihat dan tidak ~ utk menjamah makanan. 2 penuh keinginan hendak makan: Adiknya ~ sekali menikmati makanan kegemarannya. menyelerakan menaikkan atau menimbulkan selera: Bau masakan ibunya amat ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selera I | (seléra) 1. keinginan utk makan, nafsu makan: mi yg tersaji di hadapannya itu disudunya dgn penuh ~; membuka ~ = membangkitkan ~ menimbulkan nafsu makan; patah ~ hilang selera; 2. kegemaran, pilihan, kehendak, cita rasa: siaran Radio terpaksa mengimbangi ~ para pendengar; 3. nafsu, keinginan: rupanya gadis berwajah menarik dan sedang mekar dewasa telah menarik ~ lelaki tersebut; ~ tajam sangat ingin hendak makan; ~ bagai cetus api prb orang yg sangat rakus (tamak); ~ bagai taji, tulang bagai kanji prb orang yg bodoh dan malas bekerja tetapi kuat makan; berselera ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (utk makan dll): ia tidak ~ utk makan lagi; menyelerakan memberikan (mendatangkan) selera (utk makan dll): ketika itu kami sedang menghadapi hidangan makanan yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nafsu makan | keinginan hendak makan; selera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nafsu makan | keinginan utk makan, selera: fikiran yg tenang itu biasanya tidak mengganggu ~ makan | Kamus Dewan Edisi Keempat |
patah nafsu (selera) | hilang nafsu (selera) makan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nafsu | Ar 1. keinginan yg keras, kehendak hati yg kuat, kemahuan yg kuat, dorongan hati: ~ belajarnya tidak padam-padam; terburu ~ = keburu ~ Id berbuat sesuatu dgn tergesa-gesa kerana nafsu (dgn tidak berfikir panjang); 2. = hawa ~ kehendak hati yg kuat utk melakukan sesuatu yg melampau atau kurang baik (spt berseronok antara laki-laki dgn perempuan dll): perempuan tidak boleh melakukan sesuatu yg boleh membangkitkan ~ dan perasaan laki-laki; 3. = ~ makan keinginan utk makan, selera: fikiran yg tenang itu biasanya tidak mengganggu ~ makan; patah ~ hilang selera; ~ amarah a) dorongan hati utk melakukan sesuatu yg kurang baik; b) kepanasan hati, kemarahan; ~ kuda hawa nafsu yg melampau; ~-nafsi berbagai-bagai jenis nafsu, pelbagai nafsu; ~ tabiat ark kemahuan semula jadi, naluri; ~-nafsi, raja di mata, sultan di hati prb melakukan sesuatu dgn sesuka hati sendiri; bernafsu dgn penuh nafsu, ada (mengandungi, menunjukkan) nafsu: mereka tidak begitu ~ utk memakan kuih itu; matanya penuh ke muka Nahidah, pandangannya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
genyi | Pr tertahan nafsu utk makan (kerana kotor, melihat najis, dll), jijik, mual. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nafsu | 1 keinginan yg kuat (keras); dorongan hati. 2 = hawa ~ kehendak hati yg kuat utk melakukan sesuatu yg kurang baik (spt berseronok-seronok antara lelaki dgn perempuan secara haram). 3 = ~ makan keinginan hendak makan; selera. bernafsu dgn penuh nafsu; ada nafsunya: Saya tidak ~ hendak makan kuih itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berselera | ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (utk makan dll): ia tidak ~ utk makan lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |