Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
naib (kata nama)
1. Bersinonim dengan pengganti: wakil

2. Bersinonim dengan timbalan: penolong.



Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
naib1 penolong kpd ketua; timbalan: ~ Yang Dipertua. 2 wakil; pengganti: ~ raja. ~ johan pemenang yg kedua (dlm pertandingan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
naib1. pengganti, wakil: ~ raja; ~ kadi wakil kadi di sesuatu tempat (utk menjalankan tugasnya); 2. penolong kpd, timbalan, ... muda; ~ yg dipertua penolong (timbalan) yg dipertua; ~ laksamana ark laksamana muda; 3. Id kadi; ~ johan pemenang kedua (dlm pertandingan).Kamus Dewan Edisi Keempat
naib1 penolong kpd ketua; timbalan: ~ Yang Dipertua. 2 wakil; pengganti: ~ raja. ~ johan pemenang yg kedua (dlm pertandingan).Kamus Pelajar
timbalan1. penolong ketua dll, naib: ~ ketua pengarang; T~ Perdana Menteri; 2. imbang­an, bandingan, tara, padanan;Kamus Dewan Edisi Keempat
laksamana I1. sl gelaran yg tertinggi dlm angkatan tentera laut, raja laut: Datuk Benda­hara memerintah negeri, ~ memerintah ten­tera laut; L~ Tun Tuah; 2. pangkat dlm ang­katan tentera laut; naib ~ timbalan panglima angkatan tentera laut; ~ muda a) pangkat (dlm angkatan tentera laut) di bawah naib laksamana; b) Id pangkat di bawah laksamana.Kamus Dewan Edisi Keempat
canselor1. ketua kehormat sesebuah univer­siti; naib ~ ketua eksekutif atau ketua pen­tadbir sesebuah universiti; 2. ketua kerajaan di beberapa buah negara Eropah (spt Jerman, Austria, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
leftenan/léftenan/ 1 (pangkat) pegawai tentera bertauliah yg rendah sedikit drpd kapten: ~ jeneral (pangkat) pegawai tentera di bawah jeneral; ~ kolonel (pangkat) pegawai tentera yg tinggi sedikit drpd mejar; ~ muda (pangkat) pegawai tentera bertauliah yg paling rendah. 2 (pangkat) pegawai tentera laut yg tinggi sedikit drpd naib leftenan. ~ komander pegawai kanan bertauliah dlm Tentera Laut di bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm Tentera Darat dan Tentera Udara).Kamus Pelajar Edisi Kedua
timbal; bertimbal kedua-dua belah pihak sama (darjatnya, tarafnya dll); berimbang; berpadanan. menimbal menjadikan seimbang (sama banyak, sama berat dll); menyeimbangkan. tim­balan penolong kpd; naib: ~ Perdana Menteri; ~ Yg Dipertua. penimbal 1 sesuatu yg digunakan utk menimbal; pengimbang. 2 ist peranti yg digunakan utk menyimpan data secara sementara sebelum dipindahkan ke peranti lain. setimbal sama berat, sama besar, sama kuat dll; seimbang; sepadan: Gaji yg diterimanya ~ dgn kelulusannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wakil1. orang yg diberi kuasa menggantikan atau bertindak bagi pihak orang lain, peng­ganti, sulih: ia dihantar sbg ~ ayahnya utk menyelesaikan hutang-piutang itu; 2. orang yg dilantik sbg utusan atau utk bertindak dsb bagi pihak (kerajaan, persatuan sekerja, rakyat, dll), utusan: beliau dihantar sbg ~ Malaysia ke persidangan BB; 3. orang (syarikat dll) yg menjalankan urusan perniagaan dsb utk orang atau pihak lain, ejen: syarikat itu telah dilantik sbg ~ General Motors di negeri ini; 4. Id jawatan yg kedua tingginya (di bawah jawatan yg disebutkan berikutnya), naib, penolong, timbalan: ~ kedua; ~ presiden; ~ dagang orang yg dilantik utk mengurus perdagangan; ~ mutlak wakil yg diberi kuasa (hak dll) yg penuh; ~ nikah orang yg menjadi wakil pengantin dlm pernikahan; ~ (pejabat) pos pejabat pos kecil (yg biasanya menjadi wakil urusan pos di kampung-kampung dan tidak mempunyai bangunan yg khas); ~ rakyat seseorang yg telah dipilih dlm pilihan raya utk menjadi wakil penduduk di kawasan pilihan rayanya (dlm parlimen dsb), ahli parlimen, ahli majlis undangan negeri; ~ tetap orang dll yg dilantik menjadi wakil utk waktu yg berpanjangan; ~ tunggal wakil perdagangan yg satu-satunya (tidak ada wakil yg lain); berwakil mempunyai (memakai) wakil, me­lantik (memberi kuasa dsb kpd) seseorang utk berlaku sbg wakil: masalahnya, dia sendiri tidak hadir dan tidak pula ~; berwakilkan menggunakan (melantik dll) sbg wakil: pelabur-pelabur yg ~ pejabat pos akan menerima surat akuan penerimaan dr Ibu Pejabat ASNB; mewakili menjadi wakil kpd, bertindak sbg wakil atau pengganti kpd atau bagi pihak (seseorang dll), menyulihi: peguam yg telah disahkan oleh mahkamah tertinggi boleh hadir di mana-mana mahkamah utk ~ orang; mewakilkan 1. memberi kuasa kpd sese-orang utk menjadi wakil, menunjuk (melantik) seseorang lain utk mewakili: semua ahli mesti hadir sendiri, tidak boleh ~ orang lain; 2. menyerahkan kpd orang yg dipercayai utk diurus dsb, mempercayakan (mengamanah­kan) kpd: perahu besar itu tinggal di pangkalan Saleh, diwakilkannya kpd orang di situ; perwakilan 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakil­wakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi dutaduta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
timbaltimbang, banding, imbang; ~ balik a) pd kedua-dua bahagian (belah, pihak, dll); b) drpd kedua-dua pihak, saling mempengaruhi (menuntut, mencintai, dll), balas-membalas (tindakan, kesan, dll): cara hidup dan keper­luan hidup manusia mempunyai perhubung­an ~ balik antara satu sama lain; c) ark terbalik-balik, tunggang balik, terjungkir: babi menggelupur ~ balik; setimbal setimpal, seimbang, sepadan: mereka akan sedia berkhidmat kalau diberi pembayaran yg ~ dgn kebolehan mereka; kesetimbalan perihal (sifat atau keadaan) setimbal,keseimbangan, kesepaduan: perlu ada ~ antara beban kerja dgn upah yg di-terima oleh pekerja; bertimbal 1. berpadanan (sama tarafnya dll), berimbang; 2. pd kedua-dua belah (bahagian, pihak, sisi); ~ balik timbal balik; ~ jalan di kiri kanan jalan (bkn pokok dll); ~ rengka duduk di sebelah kiri dan kanan rengka supaya imbang; bertimbalan 1. berimbangan (dgn), berpa­dan­an (sama taraf atau kedudukannya dgn), beriringan: maka Raja Melaka pun naik ke atas gajah berengka emas, ~ dgn Raja Muda; 2. = bertimbal-timbalan balas-membalas (pantun dll), bersambutan; menimbal, menimbali membuat supaya seimbang (sepadan dll), mengimbangi, mem-banding-bandingi; timbalan 1. penolong ketua dll, naib: ~ ketua pengarang; T~ Perdana Menteri; 2. imbang­an, bandingan, tara, padanan; penimbal pengimbang; cadangan ~ (Eko) cadangan (himpunan) bahan mentah utk mengimbangkan (menstabilkan) harga bahan tersebut.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas