mengotorkan | 1. menyebabkan menjadi kotor (tidak bersih), membuat menjadi kotor: dia dimarahi kerana ~ rumah; 2. mencemarkan (nama baik), menodai, memburukkan: dunia sebenarnya suci tetapi manusia yg mengisi seluruhnyalah yg ~nya; engkau bukan mendatangkan nama baik tetapi ~ nama baik keluargamu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reputasi | (réputasi) 1. nama baik: aku mempunyai pengikut, aku mempunyai ~, aku sudah menjadi tokoh politik; 2. perbuatan dll yg menyebabkan nama baik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menodai | 1. menjadikan bernoda, mengotori: kelihatan bahagian bawah baju gaunnya sudah dinodai lumpur; 2. memburukkan nama baik dll, mengaibkan, mengejikan: ~ nama baik keluarganya; 3. mencabuli, memperkosai: kehormatan Normah telah dinodai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menodai | 1 membubuh atau memberi noda pd; mengotori. 2 memburukkan nama baik dll; mengeji; mengaibkan: Perbuatannya yg curang itu ~ nama baik keluarganya. 3 merosakkan kehormatan orang perempuan; mencabul. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
integriti | (intégriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk penyelewengan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menodai | 1 membubuh atau memberi noda pd; mengotori. 2 memburukkan nama baik dll; mengeji; mengaibkan: Perbuatannya yg curang itu ~ nama baik keluarganya. 3 merosakkan kehormatan orang perempuan; mencabul. | Kamus Pelajar |
nama baik | kehormatan; maruah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nama baik | kehormatan, maruah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membuang baka | merosakkan nama baik keluarga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membuang baka | mencemarkan nama baik keluarga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |