namun | 1 sungguhpun; meskipun; walaupun: Banyak bahagian Hong Kong yg berbukit bukau, ~ demikian, lebih 3.7 juta orang tinggal di tanah jajahan yg kecil itu. 2 tetapi: Walaupun Laksamana Hang Tuah telah lama meninggalkan kita, ~ nama dan semangat kepahlawanannya tetap hidup dlm ingatan seluruh bangsa. 3 asalkan; sekadar: Apa kehendakmu kuberikan, ~ jangan juga aku kaubunuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
namun | 1. asalkan (sahaja), kalau, sekadar: apa kehendakmu akan kuberikan, ~ jangan juga aku engkau bunuh; 2. akan (hal), berhubung dgn, berkenaan, tentang; 3. biarpun, meskipun, sungguhpun, walaupun: ~ begitu, cerita yg berbeza-beza itu mempunyai dasar yg sama; 4. tetapi: walaupun begitu ~ ia masih perlu mengetahui sebab-musabab anak muridnya itu menangis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
namun | 1 sungguhpun; meskipun; walaupun: Banyak bahagian Hong Kong yg berbukit-bukau, ~ demikian lebih 3.7 juta orang tinggal di tanah jajahan yg kecil itu. 2 tetapi: Walaupun Laksamana Hang Tuah telah lama meninggalkan kita, ~ nama dan semangat kepahlawanannya tetap hidup dlm ingatan seluruh bangsa. 3 asalkan; sekadar: Apa kehendakmu kuberikan, ~ jangan juga aku kaubunuh. | Kamus Pelajar |
kemartabatan | perihal martabat: namun Ali Aziz tidaklah sempat menjatuhkan ~ tuan sbg satu-satunya wira sepanjang zaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tetapi | 2 namun: Sungguhpun dia tua ~ masih kuat bekerja. | Kamus Pelajar |
lagikan | ark sl sedangkan, salangkan, namun: saya yg lebih rapat dengannya ~ tidak mengetahui rahsianya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerambil | kelapa, nyiur; biarpun setandan bagai ~, namun untung berlain-lain prb walaupun bersaudara kandung, keadaan masing-masing masih berlainan; memagar ~ condong, buahnya jatuh ke ladang orang prb kita yg memelihara (bersusah payah), orang lain yg mendapat faedah atau hasilnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertaklid | berpegang pd pendapat ahli hukum yg muktabar: namun bagi golongan awam, mereka memang perlu ~ kpd para ulama atau mereka yg lebih mengetahui | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jasmaniah | Ar kejasmanian: walaupun secara ~ manusia itu terikat, namun secara rohaniah ia bebas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sentapan | hasil atau tindakan menyentap: mata terasa amat pedih kerana mengantuk, namun ~ demi ~ ikan baung pd mata kailnya menjernihkan semula mata yg layu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |