nanah | cecair pekat berwarna putih kekuningan yg keluar dr bisul, luka yg terkena infeksi, dsb; bernanah mengandungi nanah, mengeluarkan nanah: luka yg ~; menanah menjadi nanah; lain bengkak lain ~ prb lain orang yg bersalah lain pula orang yg dihukum; pernanahan keadaan bernanah: jangkitan kuman boleh mengakibatkan ~ pd luka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nanah | benda pekat berwarna kekuning-kuningan serta busuk baunya yg keluar dr bisul atau dr kudis. bernanah berisi nanah: Lukanya ~. menanah menjadi nanah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sarang nanah | tempat nanah dlm bisul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bernanah | mengandungi nanah, mengeluarkan nanah: luka yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nanah | benda pekat berwarna kekuning-kuningan serta busuk baunya yg keluar dr bisul atau dr kudis. bernanah berisi nanah: Lukanya ~. menanah menjadi nanah. | Kamus Pelajar |
cacar nanah | cacar yg mengandungi nanah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kencing nanah | sj penyakit jantina yg menyebabkan keluar nanah dr kemaluan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacar I | sj penyakit virus yg mudah berjangkit yg berbintik-bintik dan meninggalkan kesan atau parut pd kulit, ketumbuhan; ~ air cacar yg mengandungi air, cengkering, jeluntung; ~ ayam sj penyakit ayam; ~ betul = ~ nanah cacar yg mengandungi nanah; ~ lembu sj penyakit virus yg mudah berjangkit yg menjangkiti bahagian puting tetek lembu (boleh juga menular kpd manusia); ~ monyet sj cacar yg kecil-kecil; ~ palsu campak; bercacar ditanam benih cacar (utk mencegah penyakit cacar), bercungkil; mencacar menanam benih cacar dlm tubuh, mencungkil; pencacaran perihal mencacar, pencungkilan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sarang I | 1. tempat diam burung dll (tempat berteduh, bertelur, memelihara anak, dll): ~ tempua; ~ lebah; ~ tikus; 2. ki tempat per-sembunyian (lanun, perompak, samseng, dll): di sini juga banyak ~ pengganas; ~ buaya a) tempat kediaman (banyak) buaya; b) blok kayu atau tembaga utk mengecap kain batik; ~ gagak tempat melihat (pd tiang seri kapal layar); ~ nanah tempat nanah dlm bisul; ~ pipit a) sarang burung pipit; b) lesung pipit; umpama orang memelihara dirinya dlm ~ lebah prb mempertahankan diri di tengah-tengah musuh; bersarang 1. membuat sarang (burung, serangga, binatang kecil, dll), mempunyai sarang: burung tiung ~ di hujung terap; 2. bertempat utk bersembunyi (perompak, penyamun, dll): perompak-perompak itu ~ di dlm sebuah gua; 3. ki mengambil tempat di, menetap di: penyakit malaria sudah ~ dlm tubuhnya; dia tidak berani membiarkan perasaan yg buruk-buruk itu ~ dlm kepalanya; 4. ki duduk dgn senang di: ia ~ dgn leganya di atas sebuah kerusi; 5. kena (pukulan dll), masuk (tikaman, peluru, dll), tembus, lut: kerisnya ~ dlm dada musuh yg menyerangnya; 6. Id masuk gol (dlm permainan bola sepak); 7. = bersarang-sarang berlubang-lubang, banyak lubangnya: saya tengok ~ tengkoraknya bekas peluru; betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak ~ prb anak bujang yg bebas berjalan ke mana-mana; bersarang-sarang 1. banyak sarangnya; 2. berlubang-lubang (ditembusi peluru dll), ber-kerawang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daun esek nanah | sj tumbuhan (pokok memanjat), akar pisang-pisang jantan, Uvaria purpurea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |