menyisakan | menjadikan bersisa, membiarkan berlebih sedikit, meninggalkan sedikit: isteri hulubalang yg mengidam nangka itu telah ~ nangka baginda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nangka | nama sj pokok atau buahnya (buahnya berulas-ulas dan boleh dimakan), Artocarpus heterophyllus (integer). ~ belanda buah nona | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nangka II | ; burung ~ sj burung, burung kepudang, Oriolus maculatus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nangka pipit | sj tumbuhan (pokok), Artocarpus scortechinii; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nangka belanda | buah nona; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nangka I | sj tumbuhan (pokok) yg buahnya berulas-ulas dan boleh dimakan, a) Artocarpus heterophyllus; b) Artocarpus integer; orang makan ~, awak kena getah prb orang lain yg berbuat salah, kita yg mendapat kesusahan (menanggung akibatnya); siapa makan ~ maka kena getahnya prb siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung hukuman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nangka | nama sj pokok atau buahnya (buahnya berulas-ulas dan boleh dimakan), Artocarpus heterophyllus (integer). | Kamus Pelajar |
butir nangka | a) sj ikan laut, biji nangka, Lutianus nematophorus, Parupereus luteus, Pseudopeneus luteus, Upeneus spp.; b) Kl sj kuih berkuah (dibuat drpd beras pulut). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
butir II | ; ~ nangka a) sj ikan laut, biji nangka, Lutianus nematophorus, Parupereus luteus, Pseudopeneus luteus, Upeneus spp.; b) Kl sj kuih berkuah (dibuat drpd beras pulut). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cempedak | sj tumbuhan (pokok yg buahnya spt nangka), Artocarpus champeden; ~ air sj tumbuhan (pokok), Artocarpus kemando; bagai bunyi ~ jatuh prb kuat bunyinya (biasanya dikiaskan pd orang yg gemuk jatuh); drpd ~ baiklah nangka prb a) drpd tidak ada langsung, sedikit pun cukuplah; b) kalau tidak ada yg baik, yg kurang baik pun berguna juga; seorang makan ~, semua kena getahnya prb seseorang berbuat salah, semuanya dikatakan berbuat salah juga; tanam ~ tumbuh nangka prb apa yg diperoleh lebih drpd apa yg diharapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |