Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.sib] | نصيب

Definisi : sesuatu yg menimpa diri seseorang (dgn kehendak Allah), takdir, untung: ia teringat­kan ~nya sendiri yg hampir sama dgn ~ Mak Konah ini; senasib serupa nasibnya, sama penderi­ta­annya: kalau begitu ~lah kita ini; nasib-nasiban dgn mengadu nasib sahaja, untung-untungan; bernasib beruntung; ~ baik mendapat ke­untungan (nasib yg baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.sib] | نصيب

Definisi : sesuatu yg menimpa diri seseorang dgn kehendak Allah; takdir; untung: ~nya sungguh malang. ~ baik beruntung. ~ buruk malang; celaka. bernasib menerima nasib: ~ baik mendapat keuntungan. senasib sama (serupa) nasibnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nasib
Rujuk :takdir

Puisi
 

Sudah nasib pisang jeranang,
     Berjantung ada berbuah tidak;
Sudah nasib apa dikenang,
     Orang dikenang teringat tidak.


Lihat selanjutnya...(53)
Peribahasa

Mujur tiada berbunyi,
     malang tiada berbau.

Bermaksud :

Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih).

 

Lihat selanjutnya...(35)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
untung-untunganjika untung baik dan jika nasib malang binasa, jika untung baik dan jika tidak untung apa boleh buat, terserah (berserah) kpd nasib, nasib-nasiban: ~ mengerjakan pekerjaan yg besar bahayanya; “Kasihanilah kami, bawalah kami ke kampung abang,” Kamal bersuara ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
untung nasibnasib seseorang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
untung nasibnasib badan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tenung; ilmu ~ ilmu tilik-menilik atau ilmu meramalkan nasib seseorang. tukang ~, = juru~ orang yg kerjanya meramalkan nasib orang; tukang ramal. bertenung meminta orang yg mempunyai ilmu tenung meramalkan nasib: ~ kpd ahli nujum. menenung menilik (nasib dsb); meramalkan: ~ nasib dilarang oleh agama Islam. tenungan hasil menenung; ramalan; tilikan. pe­nenungan hal atau perbuatan mene­­nung. penenung orang yg menenung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ramalsesuatu yg dijadikan pegangan utk melihat nasib atau utk mengetahui sesuatu yg akan berlaku: membaca ~ menilik nasib orang; tukang ~ orang yg kerjanya menilik nasib orang; jurutenung. meramalkan 1 menilik nasib orang dgn membuka kitab nujum; menenung: Ia hanya ~ nasib orang, ia sendiri berpanjangan di kaki lima. 2 memberitahukan sesuatu yg akan berlaku; menelah: Banyak orang yg ~ bahawa cukai pendapatan akan dinaikkan lagi. ramalan sesuatu yg diramalkan: ~nya tidak tepat. kitab ~ kitab nujum.Kamus Pelajar Edisi Kedua
serah I; berserah 1. bergantung nasib diri kpd, memulangkan nasib kpd: sudah takdir, apa hendak dikatakan, ~ sahaja; 2. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa spt kpd polis (orang salah dll); menyerah 1. menggantungkan nasib kpd, bertawakal kpd, berserah: jangan lekas ~ kpd takdir; 2. = ~ kalah tidak melawan atau menentang lagi, mengaku kalah: biarlah darahnya dihirup drpd ~ kalah; 3. = ~ diri memberikan diri kpd yg berkuasa (orang salah, orang yg ditewaskan dlm peperangan, dll): beberapa orang pengganas telah ditembak mati atau ~ diri; 4. tidak membantah atau menentang, menurut (mengikut) sahaja: akhirnya ia ~ kpd kehendak Raden Menteri; menyerahi memberikan (mengamanahkan) sesuatu kpd: beliau telah diserahi tugas yg serupa; menyerahkan 1. memberikan (melepaskan, menyampaikan, dsb) sesuatu kpd: ayahnya telah ~ wang yg diminta itu; tempat ini dan orangnya sudah diserahkan oleh Raja Kelantan kpd sahaya; ~ kehormatan mem-biarkan diri dinodai (dicabuli); 2. mem-percayakan (kpd), mengamanahkan sesuatu (kpd): mana pekerjaan yg diserahkannya kerjakan olehmu; 3. = ~ diri menyerah diri: ia ~ dirinya kpd aku; 4. = ~ diri meng-gantungkan (mempertaruhkan) nasib dll kpd, bertawakal kpd: hendaklah engkau sangat-sangat ~ dirinya ke hadrat Allah Taala; terserah 1. diserahkan (diberikan) kpd: dan lagi ada pula kuasa yg besar ~ ke dlm tangannya; 2. bergantung kpd, terpulang kpd (pertimbangan, pemikiran, dll): bagi men-tafsirkan undang-undang itu sudah tentu ~ kpd aliran fikiran orang yg mentafsirkan itu; serahan apa-apa yg diserahkan: anakku, aku serahkan ke dlm tanganmu, ~ yg bulat-mulat; penyerahan perbuatan menyerahkan (mem­-percayakan, mengamanahkan, dll): ke­kalahan China diikuti oleh ~ Hong Kong kpd British; penyerah orang atau pihak yg menyerahkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
untung1. apa yg telah ditentukan (oleh Yang Maha Kuasa) akan berlaku ke atas seseorang, nasib: bukan sebab keberanian dan ke-gagahanku maka aku beroleh hadiah dan pangkat itu, hanya semata-mata kerana ~; 2. tidak sial (celaka), bernasib baik, mujur: ~ jugalah ada abang bawa kad pengenalan, kalau tidak tentu kena tahan oleh polis; 3. = keuntungan hasil pendapatan atau perolehan drpd sesuatu kegiatan (spt perusahaan, per-niagaan, dll) yg melebihi modal dan segala perbelanjaan yg berkaitan, laba: berdagang dgn tidak mendapat ~; 4. faedah, guna, manfaat: cuba kaufikir, apa ~nya mengasihi orang yg tidak mengasihi kita; ~ atas kertas (Eko) untung yg belum nyata yg diperoleh pelabur disebabkan kenaikan har­ga asal saham yg dimilikinya, dan ke­­un­tung­an sebenar akan hanya diperoleh apabila saham tersebut dijual; ~ baik (buruk) nasib baik (buruk); ~ batu ki nasib yg buruk (sial); ~ bersih laba yg diperoleh setelah ditolak segala bayaran (perbelanjaan, cukai, dll); ~ besar laba yg banyak; ~ kasar laba sebelum ditolak segala perbelanjaan (cukai dll); ~ malang a) nasib yg buruk (sial, celaka); b) nasib; ~ modal (Eko) laba modal; ~ nasib nasib badan; ~ rugi a) laba atau rugi; b) manfaat atau mudarat; ~ sabut ki nasib yg selalunya baik (mujur); ~ sebelum cukai (Eko) keuntungan yg diper-oleh oleh syarikat sebelum ditolak cukai yg berkaitan; ~ ada, tuah tidak prb a) pulang pokok sahaja; b) seseorang yg mendapat sesuatu perolehan atau kelabaan tetapi dgn segera juga balik men-jadi rugi dan hilang pendapatannya; ~ melam-bung, malang menimpa prb seseorang yg mengalami kemalangan dan hilang peng-harapan serta beroleh kesusahan pula; ~ sabut timbul, ~ batu tenggelam prb jika bernasib baik, selamat, jika bernasib malang, binasalah; ~ sepanjang jalan, malang sekejap mata prb kemalangan itu datangnya dgn tiba-tiba sahaja (sebab itu orang harus selalu berhati-hati); ~ tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak prb nasib seseorang itu tidak dapat diubah; harapan si ~ menggamit, kain di badan didedahkan prb kerana mengharap-kan laba yg besar tetapi belum tentu dapat, lalu laba yg kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan; untung-untung 1. barangkali (akan), kalau mujur, kalau-kalau: cubalah kakak ceritakan, ~ adik kakak yg buruk ini dapat melegakan fikiran kakak; 2. ada juga baiknya (barang-kali) kerana, nasib baik barangkali kerana, mudah-mudahan: biarlah dia menipu aku, ~ terbuka mataku; untung-untungan jika untung baik dan jika nasib malang binasa, jika untung baik dan jika tidak untung apa boleh buat, terserah (berserah) kpd nasib, nasib-nasiban: ~ mengerjakan pekerjaan yg besar bahayanya; “Kasihanilah kami, bawalah kami ke kampung abang,” Kamal bersuara ~; beruntung 1. memperoleh untung, mendapat laba: bukan dia sahaja yg ~ begitu, banyak lagi orang kita yg lain-lain; 2. bernasib baik, bahagia, mujur: siapa ~, dialah menang; 3. berjaya, berhasil; menguntungkan 1. mendatangkan untung (laba), memberi untung (kpd): perniagaan secara bersendirian ialah perniagaan yg paling ~ atau merugikan; 2. menyebabkan beruntung (berbahagia, mujur), mendatangkan bahagia, memanfaatkan: kalau orang itu pandai serta rajin, dia akan ~ masyarakat; 3. memberi faedah, berguna, bermanfaat: keadaan dalam negeri telah memberikan kemungkinan yg lebih ~ utk mengadakan revolusi; keuntungan 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujur-an: tidak ada apa-apa lagi yg menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri; 2. laba, untung: takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~; 3. (sesuatu) yg mendatangkan untung, manfaat: dgn itu, berakhirlah istiadat yg telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yg tidak memberi apa-apa ~; peruntungan untung nasib (diri seseorang), nasib, untung malang: menitik air matanya mengenang-ngenang ~ saudaranya; seperuntungan sama peruntungan, senasib: Cik Yon yg telah dipandangnya sbg belahan dirinya, yg dianggapnya sbg kongsi ~, akan bercerai daripadanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
ramalsesuatu yg dijadikan pegangan utk melihat nasib atau utk mengetahui sesuatu yg akan berlaku: membaca ~ menilik nasib orang; tukang ~ orang yg kerjanya menilik nasib orang; jurutenung. meramalkan 1 menilik nasib orang dgn membuka kitab nujum; menenung: Ia hanya ! nasib orang, ia sendiri berpanjangan di kaki lima. 2 Memberitahukan sesuatu yg akan berlaku; menelah: Banyak orang yg ~ bahawa cukai pendapatan akan dinaikkan lagi. ramalan sesuatu yg diramalkan: ~ nya tidak tepat, kitab ~ kitab nujum.Kamus Pelajar
ramal IAr 1. pasir; negeri ~ negeri Arab; 2. pasir utk menengok nasib, sesuatu yg diguna­kan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yg akan berlaku dll (kitab nujum dll); mem­baca (membilang, membuka) ~ melihat nasib orang dll (dgn menengok kitab nujum dll); meramal menengok nasib, menelah: profesor ini mungkin punya bola kristal utk ~; meramalkan 1. menengok nasib orang dll dgn membuka kitab nujum (pustaka), me­nenung, menelah: ia hanya dapat ~ nasib orang lain, tetapi tidak nasibnya sendiri; 2. memberitahukan (mengatakan, mencerita­kan) sesuatu yg akan berlaku, menerka, menduga, menelah: banyak orang ~ cukai pen­dapatan akan dinaikkan lagi; ia men­jeling ke muka orang itu, menduga, dan ~ apa yg difikirkannya; teramal dapat diramalkan: kehidupan yg tidak ~ dan tidak terkawal; keteramalan perihal dapat diramalkan; ramalan sesuatu yg diramalkan, dugaan, telah­an, tekaan: Karl Marx telah membuat suatu ~ yg meleset; ingatlah, rancangan-rancangan bukan dibuat mengikut ~, tetapi berasaskan hakikat; kitab ~ kitab nujum, pustaka; peramalan perbuatan meramal (meramal­kan); peramal orang yg meramal atau meramal­kan sesuatu: sbg seorang ~ yg selalu tepat, Orwell yakin semua tulisannya akan menjadi kenyataan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pinta1. minta, mohon: mengapa itu yg datuk ~?; ~lah yg lain; 2. permintaan, permohonan: perkenankan olehmu akan ~ hambamu; 3. nasib, untung malang; buruk ~ nasib yg buruk; singkat ~nya cepat sampai maut(nya); meminta 1. menentukan nasib, mentakdir­kan; 2. memohon, menghendaki: maka ia ~karangkan suatu kitab dlm bahasa Melayu; Tinah selalu ~ Encik Ramli menceritakan apa yg difikirkannya; ~ izin memohon supaya diizinkan; ~ tangguh memohon supaya ditangguhkan; terpinta sudah ditakdirkan atau ditentukan; pintaan permintaan, permohonan, pinta; peminta nasib, untung malang, pinta; ®minta.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas