kaul II | niat yg disertai janji akan melakukan sesuatu apabila cita-citanya tercapai; nazar: membayar ~ melepaskan nazar. berkaul berniat akan melakukan sesuatu apabila cita-citanya tercapai; bernazar: Dia ~ hendak berpuasa tiga hari jika anaknya lulus ujian tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nazar | Ar janji utk berbuat sesuatu apabila tercapai hajat, kaul, niat; membayar (melepaskan, menunaikan) ~ membuat atau menunaikan apa yg telah dijanjikan; bernazar berjanji akan membuat sesuatu (apabila tercapai hajat), berkaul, berniat: ia ~, jika ia lulus dlm peperiksaannya nanti ia akan berpuasa tiga hari; menazarkan menjanjikan utk berbuat sesuatu (jika hajat tercapai), mengaulkan, meniatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melepaskan niat (nazar, kaul) | membayar atau menunaikan niat (nazar, kaul); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaul II | niat yg disertai janji akan melakukan sesuatu apabila cita-citanya tercapai; nazar: membayar ~ melepaskan nazar. berkaul berniat akan melakukan sesuatu apabila cita-citanya tercapai; bernazar:Dia ~ hendak berpuasa tiga hari jika anaknya lulus ujian tsb. | Kamus Pelajar |
nazar | janji hendak berbuat sesuatu apabila telah tercapai sesuatu hajat; niat; kaul. membayar (menunaikan) ~ menunaikan apa-apa yg telah dijanjikan. bernazar berjanji akan membuat sesuatu apabila tercapai sesuatu hajat; berkaul; berniat: Dia ~ bahawa kalau anaknya sembuh, dia akan bersedekah kpd fakir miskin. menazarkan menjadikan sesuatu sbg nazar; meniatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nazar | janji hendak berbuat sesuatu apabila telah tercapai sesuatu hajat; niat; kaul. membayar (menunaikan) ~ menunaikan apa-apa yg telah dijanjikan. bernazar berjanji akan membuat sesuatu apabila tercapai sesuatu hajat; berkaul; berniat: Dia ~ bahawa kalau anaknya sembuh dia akan bersedekah kpd fakir miskin. menazarkan menjadikan sesuatu sbg nazar; meniatkan. | Kamus Pelajar |
niat | 1. maksud atau tujuan sesuatu perbuatan: mematikan orang sakit dgn ~ hendak menamatkan penderitaannya ialah suatu kesalahan; 2. ingatan (dlm hati): ~ kita hendak ke Kampar; ~ baik maksud yg baik; ~ hati tujuan (kehendak) hati; 3. janji (dlm hati) utk melakukan sesuatu jika terkabul sesuatu yg dihajati, kaul, nazar; melepas ~ membayar nazar; berniat 1. bertujuan (akan), bermaksud (akan): aku pun tidak ~ lagi hendak pulang ke rumahmu; 2. berjanji (akan), berkaul, bernazar: beta ini laki isteri hendak pergi berkaul dan ~ di lautan Tanjung Jati; berniat-niat berharap-harap supaya, mengharapkan benar; meniatkan 1. mengharapkan, memaksudkan: niat itu hendaklah diniatkan dlm hati; 2. menjanjikan utk melakukan sesuatu (setelah sampai hajat dll), mengaulkan, menazarkan; 3. Mn berdoa utk memohon sesuatu, mengharapkan; terniat telah diniatkan, datang niat, termaksud: Nahidah tidak ~ hendak mengkhabarkannya; niatan niat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membayar nazar | melepaskan (menunaikan) hajat (kaul dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membayar (menunaikan) nazar | menunaikan apa-apa yg telah dijanjikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membayar kaul | melepaskan nazar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |