atuk | bp datuk; ~ moyang ark datuk nenek, nenek moyang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kakek | (kakék) Id 1. datuk; ~ moyang nenek moyang; 2. = kakek-kakek a) orang lelaki yg tersangat tua: kelihatan seorang ~ datang tergopoh-gapah; b) sudah tua benar (bkn orang lelaki): suaminya sudah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
poyang II | 1. = datuk ~ ark nenek moyang,leluhur; 2. Mn ayah atau ibu kpd nenek, moyang; 3. sl bomoh, dukun, pawang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nenek moyang | keturunan kita yg dahulu-dahulu, orang-orang dahulu yg menurunkan kita, leluhur; bernenekmoyangkan mempunyai seseorang (keturunan atau golongan tertentu) sbg nenek moyang: terdapat kahwin campur antara etnik yg ~ rumpun Melayu dr Kepulauan Melayu dgn etnik India. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
datuk I | 1. bapa kpd ayah atau ibu seseorang; 2. panggilan oleh seseorang terhadap bapa kpd ayahnya (ibunya) atau terhadap seseorang lain yg sedemikian tuanya, aki, kakek; ~ nenek nenek moyang, leluhur; 3. ark panggilan orang ramai kpd anggota polis atau panggilan mata-mata kpd pegawai atasannya; 4. Mn penghulu adat; 5. hantu (puaka, penunggu) sesuatu tempat: ~ di pokok itu kononnya selalu mengganggu orang-orang yg lalu di situ; 6. topekong, berhala, atau dewa (kpd orang Cina yg mempunyai kepercayaan tertentu); rumah ~ rumah berhala; 7. bp sebutan bagi harimau; ~ betina sl ketua dayang-dayang dlm istana; ~ kayu ark pegawai dan kakitangan jabatan hutan; mendatukkan menjadikan (memanggil) datuk: Tok Embong dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak dan didatukkan oleh peringkat cucunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nenek | (nénék) 1. orang tua kpd emak atau ayah (umumnya emak kpd ibu atau bapa); datuk ~ nenek moyang; saudara se~ saudara sepupu; 2. = nenek-nenek panggilan umum kpd perempuan yg sudah tua: ~ kebayan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nenek moyang | = datuk ~ leluhur kita yg terdahulu sebelum kita dilahirkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nenek moyang | datuk-datuk sebelum kita; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nenek moyang | datuk-datuk sebelum kita, leluhur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adat nenek moyang | adat istiadat yg turun-temurun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |