Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.kah.ni.ka.han] | نکاح-نکاحن

Definisi : bp selalu bernikah, suka bernikah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nikah-nikahan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nikah-nikahanbp selalu bernikah, suka bernikah;Kamus Dewan Edisi Keempat
nikahakad (perjanjian) yg mengandungi lafaz ijab dan kabul yg menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan, perkahwinan: telah sudah ~, maka nasi adap-adapan pun dikeluarkan orang; akad ~ perjanjian perkahwinan; wakil ~ wakil pengantin lelaki dlm upacara nikah; ~ batin perkahwinan Orang Laut yg tidak menurut agama Islam; ~ gantung per­kah­winan yg sudah sah tetapi belum dirasmikan dgn perayaan (suami isteri belum tinggal serumah); ~ taklik nikah dgn syarat-syarat (apabila tidak dipenuhi, gugur talaknya dll); ~ turun malim nikah utk menutup malu sahaja (selepas nikah bercerai pula); ~ zahir per­kahwinan Orang Laut menurut agama Islam; ~ maharaja Boma (bumi) prb orang yg kerap kali berkahwin atau orang yg berkahwin dgn tidak mengeluarkan belanja apa-apa; masam bagai ~ tak suka prb tidak bersenang hati spt orang yg dipaksa kahwin; bernikah mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan perkahwinan: maka ~lah Tengku Kamariah itu dgn Raja Kecil; menikah berkahwin, bernikah: maka ~lah Jaliah dgn Basir; menikahi berkahwin dgn, mengahwini: ia tentu tak mahu ~nya dan mengambilnya jadi isteri; menikahkan menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: maka kadi pun tampillah ~ si Luncai dgn Tuan Puteri itu; nikah-nikahan bp selalu bernikah, suka bernikah; pernikahan perbuatan atau hal bernikah, perkahwinan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kahwin1. perikatan yg sah antara lelaki dgn perempuan menjadi suami isteri, nikah; 2. = berkahwin mempunyai isteri (suami), ber­isteri atau bersuami: hal itu sangat melukakan hatinya hingga ia memutuskan tak akan mahu ~; dia sudah ~ dan sekarang tinggal di Kuala Lumpur bersama suaminya; 3. = berkahwin bernikah: dia mahu ~ dgn gadis pilihannya sendiri; 4. bp bersetubuh, ber­jimak; ~ andar kahwin dgn tidak memberi apa-apa (membawa badan sahaja); ~ campuran kahwin antara dua orang yg berlainan bangsa (agama); ~ gantung nikah gantung; ~ kantor Id per­nikahan yg dijalankan di pejabat pendaftaran, pernikahan awam (tidak di hadapan kadi atau gereja dsb); ~ lari perkahwinan (pernikahan) pasangan lelaki dgn wanita (biasanya suka sama suka) yg dilakukan di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui oleh kaum keluarga: alasannya, pernikahan Hazilimah dgn Mohd. Jidi itu kerana ~ lari dgn meninggalkan wali akrab serta bernikah di Selatan Thailand; ~-mawin a) segala urusan kahwin; b) pertalian keluarga kerana pernikahan; ~ paksa kahwin (perikatan suami isteri) yg berlaku atas pak­saan atau desakan orang lain (tidak dgn se­penuh kerelaan pengantin lelaki atau perem­puan); mengahwini 1. berkahwin dgn, menjadikan isteri (suami): Doris sendiri akan ~ dia, seorang pemuda Timur; kerana kecantikannya inilah, maka datuk saya ~nya; 2. berjimak (bersetubuh) dgn; mengahwinkan 1. menjadikan beristeri (bersuami), menikahkan, memperisterikan (mempersuamikan): akhir tahun ini, ia hendak ~ anaknya; 2. menggabungkan (men­cantumkan, menyatukan) dua unsur dll yg berlainan: beliau cuba ~ Barat dgn Islam dlm satu sistem; perkahwinan 1. perihal berkahwin, perni­kahan: ~ itu berlangsung dgn selamat; 2. pergabungan (perpaduan dsb) antara dua unsur dll yg berlainan: gaya penulisan kewartawanan baru yg merupakan semacam ~ antara dunia fiksyen dgn bukan fiksyen.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas