Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak tebal, tipis; menipis menjadi nipis; menipiskan menjadikan nipis; kenipisan keadaan atau sifat nipis: ~ cakera brek boleh mengeluarkan bunyi bingit; penipisan proses atau perbuatan menipis atau menipiskan: ~ ozon yg disebabkan oleh pembakaran plastik secara terbuka adalah membahayakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nipis
Rujuk :tipis

Puisi
 

Kalau tuan meragi kain,
     Biar nipis jangan jarang;
Kalau tuan mencari lain,
     Biar lebih daripada terkurang.


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sayat Ipotong nipis-nipis, hiris; dua ~ dua potong (kerat); kurang se~ sebelanga prb sesuatu yg hanya sedikit sahaja kurangnya; menyayat memotong nipis-nipis, menghiris, meracik: ~ daging; ~ hati = ~ jantung menyakitkan hati, melukai hati, menyedih-kan hati; tersayat terhiris, terkoyak, terpotong: ~ hujung jarinya; ~ hati tersinggung perasaan, berasa sakit hati, berasa sedih; siat I.Kamus Dewan Edisi Keempat
hiris(se)potong nipis; se~ daging; menghiris memotong nipis-nipis: mereka sedang ~ daun pandan utk dibuat bunga rampai; ~ hati memilukan (menyakitkan) hati; bagai dihiris dgn sembilu sangat pedih rasa hati; menghiriskan memotong dgn (pisau dll), memotong utk: tolonglah kekanda hiriskan adinda limau; terhiris 1. menghiris atau dihiris dgn tidak sengaja: sewaktu memotong bawang tadi, dia ~ jarinya; 2. ki berasa tersinggung oleh kata-kata atau perbuatan seseorang: hatinya ~ oleh cemuhan kawan-kawannya itu; 3. ki berasa sedih atau dukacita: hatinya ~ melihat keadaan kanak-kanak itu; hirisan sesuatu yg telah dihiris, hasil meng­hiris: ~ bawang itu ditumis; penghiris 1. orang yg menghiris; 2. alat utk menghiris sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
nipis Itidak tebal, tipis; menipis menjadi nipis; menipiskan menjadikan nipis; kenipisan keadaan atau sifat nipis: ~ cakera brek boleh mengeluarkan bunyi bingit; penipisan proses atau perbuatan menipis atau menipiskan: ~ ozon yg disebabkan oleh pembakaran plastik secara terbuka adalah membahayakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
daun I1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg biasanya leper dan nipis, berwarna hijau, dan tumbuh di dahan; 2. benda yg berhelai-helai (berkeping-keping nipis-nipis): ~ rokok; ~ terup; 3. bahagian sesuatu yg lebar lagi nipis: ~ kipas; ~ pintu; ~ ceding Kl pelengkap (penguat) sesuatu; ~ dayung bahagian yg lebar di hujung dayung (pengayuh); ~ kaki Kl taraf yg paling rendah; ~ kipas bahagian kipas angin yg berkeping-keping; ~ kentut-kentut sj tumbuhan (herba) yg daunnya dijadikan ubat, akar sekentut, Paederia foetida; ~ meja papan di atas meja; ~ neraca (dacing) piring neraca (dacing); ~ padi sj pisau kecil; ~ parsli sejenis tumbuhan kecil (daunnya kerinting) yg digunakan sbg perisa atau hiasan dlm masakan, Petroselinum crispum; ~ pintu papan pintu yg boleh dibuka tutup; ~ rampas Kl a) daun yg dipungut kali yg terakhir; b) kaum yg dikuasai orang lain; ~ sari salut ranggi dan kelopak bunga dikira sekali; ~ sisik tumbuhan kecil (pd pokok) yg melindungi tunas; ~ tapak anjing Kl daun tumbuh-tumbuhan yg mula-mula bercambah; ~ telinga bahagian telinga yg di luar; ~ tingkap papan tingkap yg boleh dibuka tutup; makan se~ sl makan bersama-sama di sesuatu tempat (sebelum masuk perang dll sbg tanda seia sekata); ~ dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga prb tidak sama kasih kpd anak sendiri dgn kasih kpd anak orang; ~ nipah dikatakan ~ labu prb salah faham yg terbit kerana malas bertanya; ~nya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga prb akan ketahuan juga kekurangan seseorang walaupun tinggi pengetahuannya, yg berguna tinggal dan yg tidak berguna terbuang; bagai kucing main ~ prb peri kehebatan seseorang; berdaun mempunyai daun, tumbuh (ber­cambah) daunnya; mendaun menjadi spt daun; ~ kayu ki banyak spt daun kayu; ~ kunyit ki tidak berguna.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyubangmemotong nipis-nipis dan bulat; ~ tebu mengerat-ngerat tebu.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyayatmemotong nipis-nipis, menghiris, meracik: ~ daging; ~ hati = ~ jantung menyakitkan hati, melukai hati, menyedih-kan hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
melayangmenghiris nipis-nipis (buah mangga dll); pipi bagai pauh dilayang ki pipi yg penuh (gebu).Kamus Dewan Edisi Keempat
menghirismemotong nipis-nipis: mereka sedang ~ daun pandan utk dibuat bunga rampai;Kamus Dewan Edisi Keempat
layang IV; melayang menghiris nipis-nipis (buah mangga dll); pipi bagai pauh dilayang ki pipi yg penuh (gebu).Kamus Dewan Edisi Keempat
dadar telurmeng­goreng nipis-nipis telur yg sudah dipukul.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas