niskala | tidak berwujud (berbenda), abstrak; meniskalakan menyebabkan sesuatu menjadi tidak berwujud: unit pengetahuan tidak boleh ~ perkara tersebut drpd pembawanya; keniskalaan perihal (keadaan) tidak berwujud, keabstrakan: dia memberi perincian ini pd suatu ketentuan atas ~; peniskalaan perihal, proses atau perbuatan meniskalakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
niskala bertunjuk(indicative abstract) | Ringkasan kandungan dokumen yang mengandungi maklumat yang lebih mementingkan kandungan dokumen berbanding dengan kesimpulan, makna, hasilan, atau perkaedahan yang terkandung dalam dokumen. | Kamus Komputer |
niskala bermaklumat(informative abstract) | Ringkasan kandungan dokumen yang mengandungi maklumat yang lebih mementingkan kesimpulan, makna, hasil, atau perkaedahan dalam dokumen berbanding dengan ringkasan kandungan teks asal. | Kamus Komputer |
mesin niskala(abstract machine) | Mesin khayalan yang dibina dengan mentakrifkan sumber yang dimiliki mesin ini dan cara hubung kait antara mesin tersebut. Mesin niskala sangat berguna untuk membuktikan ciri sesuatu atur cara tanpa memberikan butir-butir terperinci atur cara tersebut. | Kamus Komputer |
jenis data niskala(abstract data type) | Jenis data yang hanya mentakrifkan pengerjaan data tersebut terhadap objek, tanpa menyatakan bagaimana nilai objek tersebut perlu dilambangkan. | Kamus Komputer |
kesetaraan mesin(machine equivalence) | Ciri dua mesin niskala yang boleh menyelaku antara satu sama lain. Mesin pertama boleh menyelaku mesin kedua dan mesin kedua boleh juga menyelaku mesin pertama. | Kamus Komputer |
bahasa formal(formal language) | Bahasa yang menggunakan objek matematik niskala untuk memodelkan sintaksis bahasa pengaturcaraan, seperti C atau COBOL, ataupun untuk memodelkan bahasa tabii manusia, seperti bahasa Melayu | Kamus Komputer |
abstrak | tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad: kesetiaan adalah sesuatu yg ~; mengabstrakkan menjadikan sesuatu abstrak; keabstrakan perihal atau sifat abstrak: kematangan seseorang pelukis boleh dilihat dlm ciri-ciri ~ lukisannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peniskalaan(abstraction) | Pengabaian perkara yang tidak berkaitan dengan perkara yang sedang dikaji untuk membolehkan tumpuan dikhususkan terhadap perkara pokok pada tahap yang lebih niskala. | Kamus Komputer |