Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[no.bat] | نوبت

Definisi : 1. sl sj gendang besar: maka berbunyilah ~ nafiri, bersambutan pula dgn bunyi-bunyi­an sekalian; 2. sj pancaragam Melayu yg ber­­main ketika raja ditabalkan dll: setelah sujud tiga kali, maka ~ tabal pun ber­henti­lah; 3. sl duduk di penghadapan, dihadap orang (bkn raja): maka tujuh hari baginda tiada ~ sebab bercintakan Bendahara; naik ~ a) ditabalkan menjadi raja; b) Mn menjadi pengantin (kahwin); menobatkan menaikkan ke atas takhta ke­rajaan, menjadikan raja, memahkotai, me­nabalkan: oleh Sultan Alauddin anakanda baginda itu dirajakan baginda di Kampar, dinobatkan dahulu di Melaka; penobatan perihal atau perbuatan me­nobat­kan, penabalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[no.bat] | نوبت

Definisi : 1 sj gendang besar yg biasanya dibunyikan ketika menabalkan raja. 2 sj pancaragam Melayu yg biasanya bermain ketika raja ditabalkan dll. menobatkan menjadikan raja; mena­balkan. penobatan perbuatan atau hal menabalkan raja; penabalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nobat


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nobat1 sj gendang besar yg biasanya dibunyikan ketika menabalkan raja. 2 sj pancaragam Melayu yg biasanya bermain ketika raja ditabalkan dll. menobatkan menjadikan raja; mena­balkan. penobatan perbuatan atau hal menabalkan raja; penabalan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nobat1 sj gendang besar yg biasanya dibunyikan ketika menabalkan raja. 2 sj pancaragam Melayu yg biasanya bermain ketika raja ditabalkan dll. menobatkan menjadikan raja; menabalkan. penobatan perbuatan atau hal menabalkan raja; penabalan.Kamus Pelajar
gendang nobatgendang yg digunakan dlm nobat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gendang nobatgendang yg dipakai utk nobat;Kamus Dewan Edisi Keempat
gendang I1. sj alat muzik drpd kayu bulat panjang yg berongga dan direntang dgn kulit (pd hujung pangkalnya); ~ nobat gendang yg dipakai utk nobat; ~ perang gendang yg digunakan semasa berperang; juru~ orang yg memukul gendang; 2. langgam (pukulan) gendang sbg isyarat, cara memukul gendang; ~ arak-arakan cara memukul gendang sewaktu berarak; ~ berangkat gendang yg menyatakan raja berangkat; ~ keling = ~ merdangga gendang yg disandang pd leher dan dipukul dgn kayu; ~ kembali gendang yg dipukul sbg isyarat utk menyatakan raja kembali; ~ melela = ~ serama gendang yg sebelah dipukul dgn kayu, dan yg sebelah lagi dipukul dgn tangan; ~ pendengar Id selaput telinga yg menerima suara; ~ perhentian = ~ galanjur gendang yg dipukul sbg isyarat utk menyatakan orang harus berhenti; ~ raya Kd beduk (tabuh); bagaimana bunyi ~, begitulah tarinya prb patuh pd segala perintah; situ juga ~ berbunyi prb sentiasa sama sahaja (tidak berubah); gendang-gendang, gendangan sj selaput, kulit ari; bergendang memukul gendang; ~ paha bersuka-suka kerana penderitaan orang lain; ~ deras prb berkuasa (bermaharajalela); bak ~ ke Sirukam, perut kenyang emas boleh prb keuntungan yg diterima secara berlebih-lebihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
nobat1. sl sj gendang besar: maka berbunyilah ~ nafiri, bersambutan pula dgn bunyi-bunyi­an sekalian; 2. sj pancaragam Melayu yg ber­­main ketika raja ditabalkan dll: setelah sujud tiga kali, maka ~ tabal pun ber­henti­lah; 3. sl duduk di penghadapan, dihadap orang (bkn raja): maka tujuh hari baginda tiada ~ sebab bercintakan Bendahara; naik ~ a) ditabalkan menjadi raja; b) Mn menjadi pengantin (kahwin); menobatkan menaikkan ke atas takhta ke­rajaan, menjadikan raja, memahkotai, me­nabalkan: oleh Sultan Alauddin anakanda baginda itu dirajakan baginda di Kampar, dinobatkan dahulu di Melaka; penobatan perihal atau perbuatan me­nobat­kan, penabalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
naik nobatMn menjadi pengantin, berkahwin;Kamus Dewan Edisi Keempat
balai angkat-angkattempat nobat (bunyi-bunyian) raja;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengutitmeniup (serunai, seruling): maka nobat pun dipalulah dan nafiri pun diutitlah terlalu merdu bunyinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
orang kalauorang yg memainkan nobat;Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas