Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nod] | نود

Definisi : (Komp) 1. titik tumpuan, temuan, atau sambungan dlm rajah, carta, graf, litar, rang­kaian, dll; 2. terminal komputer atau stesen perhubungan dlm rangkaian perhubungan komputer; ~ saudara nod dlm struktur pokok yg berada di bawah cabang yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nod


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gambar rajah keadaan terhingga(finite state diagram)Gambar rajah yang terdiri daripada nod keadaan dan lengkung yang menyambungkan satu nod dengan nod lain. Bermula dari nod mula, pemprosesan berpindah ke salah satu nod terhingga, jika keadaannya wujud. Lebih daripada satu nod boleh ditentukan sebagai nod akhir.Kamus Komputer
mesin keadaan terhingga(finite state machine)Peranti pengkomputeran yang dimodelkan pada struktur yang terdiri daripada nod dan lengkung yang menyambungkan satu nod ke nod lain. Bermula dari nod mula, pemprosesan akan berpindah ke salah satu nod terhingga jika wujud keadaan tertentu, dan jika terdapat lebih daripada satu nod, peranti ini boleh ditentukan sebagai nod akhir.Kamus Komputer
gambar rajah alir data(data flow diagram)Perwakilan grafik bagi sistem perisian komputer yang dapat menunjukkan punca data, lubuk data, storan data, proses yang dilakukan kepada data, dan aliran logik data di antara nod-nod data. Gambar rajah ini digunakan oleh juruanalisis sistem sebagai perkakas grafik untuk menyatakan pengaliran data dalam sesuatu sistem. Singkatan DFD.Kamus Komputer
bintang pasif(passive star)Topologi rangkaian perhubungan data yang mempunyai tatasambung yang terdiri daripada nod luar yang bersambung pada nod pusat dalam bentuk bintang, dengan nod utama bertugas hanya sebagai penyambung rangkaian nod dan tidak bertugas untuk memproses mesej dalam rangkaian .Oleh sebab nod pusat itu pasif, kemungkinan nod pusat gagal adalah kecil dan rangkaian boleh terus berfungsi dalam keadaan biasa.Kamus Komputer
nod saudaranod dlm struktur pokok yg berada di bawah cabang yg sama.Kamus Dewan Edisi Keempat
rangkaian teragih(distributed network)1. Rangkaian komputer bagi sistem pemprosesan data teragih dengan setiap nod yang berada dalam sistem disambungkan secara telekomunikasi untuk membolehkan nod tersebut berinteraksi dengan nod lain. 2. Jalinan penyambungan dan aturan bagi sistem bebas yang berada di tempat berasingan yang jauh supaya dapat bekerjasama untuk melaksanakan suatu fungsi.Kamus Komputer
bintang aktif(active star)Topologi rangkaian perhubungan data yang mempunyai tatasambung yang terdiri daripada nod luar yang bersambung pada nod pusat dalam bentuk bintang, dengan nod pusat bertugas sebagai penyambung rangkaian dan sebagai pemproses mesej dalam rangkaian. Kegagalan nod pusat akan mengagalkan keseluruhan sistem.Kamus Komputer
isihan pepohon(tree sort)Kaedah pengisihan yang dilakukan dengan menukarkan butiran pada ranting sebagai nod untuk pepohon. Apabila sesuatu butiran sampai ke nod akar, butiran itu akan ditukarkan kepada nod daun yang terkecil. Sinonim isihan timbunan.Kamus Komputer
nod(node)1. Titik tumpuan, temuan, atau sambungan dalam rajah, carta, graf, litar, atau rangkaian. 2. Terminal komputer atau stesen perhubungan dalam rangkaian perhubungan komputer.Kamus Komputer
nod saudara(sister node)Buku atau nod dalam struktur pokok yang berada di bawah cabang yang sama.Kamus Komputer
123

Kembali ke atas