Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nombor yg berlebih apabila dibahagi dgn dua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nombor yg ber­baki satu apabila dibahagikan dgn dua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nombor (kata nama)
Bersinonim dengan angka, bilangan.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nombor ganjilnombor yg ber­baki satu apabila dibahagikan dgn dua.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nombor ganjilnombor yg berlebih apabila dibahagi dgn dua;Kamus Dewan Edisi Keempat
ganjil1. ajaib, aneh, pelik: kelakuannya agak ~ akhir-akhir ini; 2. tidak genap (bilangan), gasal: nombor bulat yg bukan nombor genap dinamakan nombor ~;mengganjil berlaku ganjil (lain drpd biasa): dia itu selalu ~ saja drpd orang lain;mengganjilkan 1. menjadikan ganjil (tidak genap, ajaib, aneh, dsb); 2. membuat orang menganggap aneh (ajaib dll): pakaiannya yg sungguh ~; keluar tak ~ masuk tak menggenapkan prb hal (orang) yg tidak mendapat perhatian dlm masyarakat; keganjilan perihal ganjil, keanehan, keajaiban.Kamus Dewan Edisi Keempat
nombortanda yg menyatakan bilangan, angka; ~ asas nombor dr 0 hingga 9; ~ atom (Kim) nombor yg menunjukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral; ~ Avogadro (Kim) bilangan molekul, atom, ion, atau elektron dlm satu mol bahan; ~ bercampur nombor yg mengandungi nombor penuh dgn angka pecahan; ~ bulat = ~ penuh nombor yg tidak ada angka pecahan; ~ ganjil nombor yg berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ genap nombor yg tidak berlebih apabila dibahagi dgn dua; ~ induk = ~ pokok Id bilangan daftar dlm buku daftar; ~ lepas Id eceran (surat khabar, majalah); ~ neutron (Kim) bilangan neutron dlm sesuatu nukleus atom; ~ pendaftaran satu siri huruf dan nombor yg terdaftar dgn pihak yg berwajib, mis bagi kereta dan syarikat; ~ pengenalan diri nombor rahsia yg di­per­untukkan kpd seseorang pemegang akaun, biasanya digunakan dgn kad bank utk me­ngeluarkan wang tunai melalui ATM: ~ peng­oksidaan (Kim) bilangan elektron yg perlu ditambah kpd kation atau disingkirkan drpd anion utk memperoleh atom neutral; ~ perduaan (Mat) nombor yg menggunakan sistem pernomboran berdasarkan dua angka asas, iaitu 0 dan 1; ~ perenambelasan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F; ~ perlapanan (Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan lapan angka asas, iaitu 0 hingga 7; ~ plat nombor pendaftaran pd kenderaan bermotor; ~ satu a) angka satu; b) = ~ wahid bp yg terbaik atau terdahulu; ~ siri nombor yg menandakan satu-satu item atau butiran dlm sesuatu siri, mis pd wang kertas; ~ tunggal nombor yg hanya boleh dibahagi oleh nombor itu sendiri dan nombor satu (tanpa berlebih); bernombor mempunyai nombor atau telah dinomborkan; menombori memberi bernombor, mem­berikan nombor (bilangan) kpd; penomboran perihal (perbuatan dsb) me­nombori (sesuatu): ~ bab dibuat berdasarkan jenis dan kategori buku.Kamus Dewan Edisi Keempat
nombortanda atau lambang dlm tu­lisan utk menyatakan bilangan; angka. ~ atom ist nombor yg menun­jukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral. ~ bulat (penuh) nombor yg tidak mempunyai ang­ka pecahan. ~ ganjil nombor yg ber­baki satu apabila dibahagikan dgn dua. ~ genap nombor yg tidak ber­baki apabila dibahagikan dgn dua. ~ perdana (tunggal) nombor yg tidak dpt dibahagikan dgn sebarang ang­ka lain dgn tidak berbaki kecuali dgn angka 1 atau dgn angka itu sen­diri (mis 7, 17, 41). menombori mem­beri bernombor; menjadikan se­­sua­tu bernombor; meletakkan atau membubuh nombor pd: Mereka ~ piring-piring itu lalu menyimpannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nombortanda atau lambang dlm tulisan utk menyatakan bilangan; angka. ~ bulat (penuh) nombor yg tidak mempunyai angka pecahan. ~ ganjil nombor yg berbaki satu apabila dibahagikan dgn dua. ~ genap nombor yg tidak berbaki apabila di bahagikan dgn dua. ~ perdana (tunggal) nombor yg tidak dpt dibahagikan dgn sebarang angka lain dgn tidak berbaki kecuali dgn angka 1 atau dgn angka itu sendiri (mis 7, 17, 41 dsb). menombori memberi bernombor; menjadikan sesuatu bernombor; meletakkan atau membubuh nombor pd: Mereka ~ semua piring itu dgn angka 1 hingga 100 lalu memasukkannya ke dlm sebuah peti.Kamus Pelajar
genap1. cukup, penuh (tidak kurang), lengkap: setelah ~ lima puluh tahun umurnya ia pun meninggal; 2. tidak ganjil (angka 2, 4, 6, dsb): nombor rumah di sebelah kanan ~; dibilang ~, dipagar ganjil prb apa yg nampak pd zahirnya ialah untung tetapi sebenarnya rugi; empat gasal, lima ~ prb tutur kata orang yg bijaksana selalu tersembunyi maksudnya; masuk tak ~, keluar tak ganjil prb orang yg tidak berguna dlm pergaulan masyarakat; segenap seluruh, sekalian, semua: seluruh hatinya dan ~ perasaannya sudah dikuasai syaitan; ~ tempat; menggenapi menambah supaya jadi genap (lengkap, cukup): maka sehidangan itu had empat orang, jikalau tiada tiga tinggal seorang makan juga ia, tiada dapat yg di bawah itu naik ~ dia; menggenapkan mencukupkan, melengkap­kan: perkara anjing patah dipukul itu hanyalah sebab utk ~ bilangan sahaja, ibarat bergantung sudah penuh;penggenap tambahan utk menggenapkan (melengkapkan), pelengkap; barang-barang ~ (Eko) barang-barang utk melengkapkan penggunaan barang lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
angkatanda yg menunjukkan bilangan dlm tulisan; nombor. ~ bulat (penuh) angka yg tidak mempunyai sebarang pecahan atau perpuluhan (spt 1, 2, 8, 11 dll). ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka digandakan. ~ ganjil angka yg apabila dibahagikan dgn angka 2 berlebih satu. ~ genap angka yg dpt dibahagikan dgn angka 2 dgn tidak berlebih. ~ pecahan angka yg mempunyai pengatasnya dan pembawahnya (spt 7/8, 3/4 dll). ~ pembawah angka yg di sebelah bawah pd sesuatu angka pecahan. ~ pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. ~ pengisi angka yg menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih. ~ tunggal angka yg dpt dibahagikan dgn angka itu sendiri dan dgn angka satu saja dgn tidak berlebih. perangkaan 1. cabang ilmu pengetahuan yg menggunakan angka-angka utk menunjukkan sesuatu pernyataan dll. 2. sesuatu pernyataan (spt jumlah penduduk, eksport, import dll) yg ditunjukkan dgn angka. perangkawan orang yg ahli dlm bidang perangkaan.Kamus Pelajar
angkatanda yg menunjukkan bilangan dlm tulisan; nombor. ~ Arab angka yg bermula dr 0 (1, 2, 3) dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Roman. ~ bulat (penuh) angka yg tidak mempunyai sebarang pecahan atau perpuluhan (spt 1, 2, 8, 11, 20). ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka digandakan. ~ ganjil angka yg apabila dibahagikan dgn angka 2 berlebih satu. ~ genap angka yg dpt dibahagikan dgn angka 2 dgn tidak berlebih. ~ pecahan angka yg mempunyai pengatasnya dan pembawahnya (spt , , ). ~ pembawah angka yg di sebelah bawah pd sesuatu angka pecahan. ~ pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. ~ pengisi angka yg menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih. ~ Roman angka yg bermula dr I (II, III, IV) dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Arab. ~ tunggal angka yg dpt dibahagikan dgn angka itu sendiri dan dgn angka satu saja dgn tidak berlebih. perangkaan 1 cabang ilmu pengetahuan yg menggunakan angka-angka utk menunjukkan sesuatu pernyataan dll. 2 sesuatu pernyataan (spt jumlah penduduk, eksport, import) yg ditunjukkan dgn angka. perangkawan orang yg ahli dlm bidang perangkaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
angka I1. tanda (lambang) yg menunjukkan bilangan atau jumlah sesuatu, nombor; 2. Id markah: berapa ~mu utk membaca? ~ abjad (Komp) aksara yg hanya merang­kumi angka dan huruf dlm sesuatu sistem tulisan; ~ Arab angka yg bermula dr 0, 1, 2 dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Rumawi; ~ bulat = ~ penuh angka yg tidak mengan­dungi pecahan atau perpuluhan dan boleh bernilai negatif atau positif; ~ dua tanda nombor 2 (yg tidak digunakan lagi dlm penulisan sekarang) yg menunjukkan sesuatu perkataan itu diulangi keseluruhannya atau sebahagiannya (mis berhenti2, cepat2); ~ ganda angka yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka itu digandakan; ~ ganjil angka spt 3, 5, 7, dan seterusnya yg apabila dibahagi­kan dgn 2 akan berlebih satu; ~ genap angka spt 2, 4, 6, dan seterusnya yg apabila dibahagi­kan dgn 2 tidak berlebih; ~ kandungan hasil drpd mendarab dgn dua atau lebih sesuatu angka lain; ~ pecahan angka yg terdiri drpd pengatas dan pembawah (mis , , dsb); ~ pengisi angka-angka yg boleh menjadi pembahagi sesuatu nombor dgn tidak berlebih (mis 3 dan 5 ialah angka pengisi bagi 15); ~ penuh angka bulat; ~ Roman angka yg bermula dr I, II, III, IV dan seterusnya, yg berbeza drpd angka Arab; ~ Rumawi angka Roman; ~ sial angka yg kononnya membawa kesialan (mendatang­kan sesuatu keburukan dsb); angka-angka 1. = perangkaan; 2. Id bilangan, hitungan dgn angka; berangka-angka, berangka-angkaan ter­menung-menung memikirkan sesuatu; mengangkakan memberi berangka, mem­beri bernombor; perangkaan 1. butir-butir atau maklumat mengenai sesuatu (spt penduduk, hasil keluaran, perdagangan, dll) yg dikumpulkan secara bersistem dgn menggunakan angka, statistik: ~ mengenai penghasilan barang utama; 2. = ilmu ~ pengetahuan mengenai pengumpulan dan penyusunan serta analisis dsb perangkaan, statistik.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas