nutrien | ist bahan berkhasiat atau zat dlm makanan, yg menggalakkan tumbesaran, memelihara perkembangan sel dlm badan dsb; zat makanan: Ikan banyak mengandungi ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nutrien | (Bio) bahan makanan berkhasiat, zat makanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
yolka | (Bio) bahan nutrien yg terdiri drpd protein dan lemak yg terdapat di dlm ovum atau telur, dan merupakan simpanan makanan bagi embrio yg akan berkembang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlarut | telah atau dapat larut: nutrien yg ~ mengalir ke permukaan tanah dan dibawa ke tempat lain; kawasan ini mengandungi garam ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
autotrof | ist organisma yg dpt mensintesiskan nutrien organik secara langsung drpd bahan tak organik yg ringkas, spt karbon dioksida dan nitrogen. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
osteotrofi | (ostéotrofi) (Ubat) hal yg berkaitan dgn nutrien yg diperlukan utk pembentukan dan perkembangan tulang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkultur | membiakkan sel tisu, bakteria dsb dlm bahan nutrien: Agar-agar digunakan sbg medium utk ~ bakteria dan kulat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengkultur | membiakkan mikroorganisma, spt bakteria dan sel tisu dlm bahan nutrien: ahli biologi menggunakan agar-agar sbg medium utk ~ bakteria dan kulat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
humus | bahan organik pd lapisan tanah atas berwarna hitam yg kaya dgn nutrien yg terhasil drpd tumbuhan dan haiwan yg reput: jika tanah itu dicampur dgn baja ~, maka semua tumbuhan akan menjadi subur; berhumus ada humusnya: oleh sebab gemburnya tanah ~ ini, maka air yg kita siram itu tidak cepat turun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vilus | (Bio) cuaran pd dinding bahagian dalam usus kecil yg berfungsi utk menyerap nutrien dan cecair. | Kamus Dewan Edisi Keempat |