nyai | 1. perempuan simpanan (terutama oleh orang Eropah), gundik, kendak; 2. panggilan kpd perempuan tua, mak cik; 3. sl adinda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berombak | 1. mempunyai ombak, bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2. berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar belakang tambah mencantikkan rekaannya; rambutnya ~ rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang), sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berombak-ombak | 1. mempunyai ombak, bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2. berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar belakang tambah mencantikkan rekaannya; rambutnya ~ rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang), sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senyum kucing | senyum yg mempunyai sesuatu muslihat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
heliosentrik | (hélioséntrik) (Ast) 1. mempunyai matahari sbg pusat, berpusatkan matahari: sistem ~; 2. berkaitan dgn atau diukur dr pusat matahari: latitud ~; longitud ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sahut | jawapan yg diberikan apabila ditanyai atau dipanggil: “Saya, mak”, ~ Harun. bersahutan, bersahut-sahutan sentiasa ada yg membalas teriakannya dll; saling membalas; berbalas-balasan: Burung-burung bernyanyi ~. menyahut 1 menjawab panggilan dll; membalas: Dia tidak ~ ketika ditanyai gurunya. 2 memberikan jawapan kpd; membalas: Tiada seorang pun yg ~ teriakannya. 3 memberikan reaksi yg positif dan melakukan apa-apa yg diusulkan: Para belia hendaklah ~ seruan kerajaan agar menjauhi dadah. sahutan kata-kata utk menyahut; jawapan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpulau | 1. bertompok-tompok (orang, kampung, dll); 2. mempunyai pulau (lautan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpulau-pulau | 1. bertompok-tompok (orang, kampung, dll); 2. mempunyai pulau (lautan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alkana | (Kim) kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik yg atom-atom karbonnya mempunyai ikatan tunggal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
psikik | (Psi) 1. yg berkaitan dgn jiwa atau fikiran manusia; 2. berkaitan dgn atau mempunyai kekuatan dalaman yg luar biasa, mis telepati; 3. orang yg mempunyai kekuatan dalaman yg luar biasa: benarkah dia seorang ~? | Kamus Dewan Edisi Keempat |