menenangkan | menjadikan atau menyebabkan tenang; menenteramkan; meredakan: Dia bernyanyi-nyanyi utk ~ hatinya yg runsing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merindu | 1. menjadi rindu, menanggung rindu: spt orang ~ sahaja lagaknya; 2. bernyanyi-nyanyi kerana rindu, bersenandung kerana rindu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyanyi | gubahan muzik yg dilagukan dgn suara: dr jauh terdengar ~ seorang gadis; peti ~ alat utk memainkan piring hitam; bernyanyi, menyanyi melagukan nyanyi, berlagu: maka biduanda yg baik suara pun ~lah; budak itu berlari-lari ke sekolah sambil menyanyi; menyanyikan melagukan (dgn nyanyi): Salmah ~ lagu itu; nyanyian nyanyi penyanyi orang yg menyanyi, tukang nyanyi, biduan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mesin bicara | = ~ nyanyi= ~ ngomong Id peti nyanyi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jundai | ; sijundai Mn ilmu sihir yg dapat menggilakan orang (orang yg kena sihir itu beryanyi-nyanyi); bersijundai bernyanyi-nyanyi tanpa sedarkan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mesin | (mésin) alat atau perkakas yg menggunakan kuasa, spt elektrik dan enjin, utk melakukan sesuatu kerja, jentera, pesawat; ~ bicara = ~ nyanyi= ~ ngomong Id peti nyanyi; ~ cetak mesin utk mencetak (buku dll); ~ faks mesin utk menghantar dokumen melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dsb; ~ frangki alat utk mengecap tanda setem pd surat, bungkusan dsb yg menandakan bayaran pos telah dijelaskan; ~ gerudi mesin utk mengorek lubang; ~ getah alat utk mengepingkan getah yg telah ditakung; ~ jahit mesin utk menjahit (pakaian dll); ~ jahit kaki mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; ~ juruwang automatik mesin atau alat yg membolehkan pengeluaran wang simpanan (di bank dsb) secara automatik (tanpa dilayani pekerja bank); ~ kira = ~ hitung mesin utk menghitung; ~ kisaran padi mesin utk mengisar padi; ~ perakam waktu mesin yg merakamkan waktu seseorang pekerja masuk ke tempat kerja dan pulang selepas bertugas; ~ sinar-X mesin yg memancarkan sinar-X menembusi bahan pejal (spt bahagian dlm tubuh, bagasi dsb); ~ slot mesin utk berjudi dgn memasukkan duit (syiling) ke dalamnya; ~ stensil alat yg digunakan utk mencetak salinan bertaip atau bertulis drpd stensil; ~ taip = ~ ketik Id = ~ tulis mesin utk menulis; ~ tayang wayang gambar alat utk menayangkan filem; ~ tempel Id mesin (enjin) motor sangkut; ~ terbang Id kapal terbang; bermesin dipotong dsb dgn menggunakan mesin: rumput yg sudah tumbuh tinggi di halaman rumah itu masih belum ~; memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: waktu Agus pulang dr ~ getah, tidak ada kuih yg terhidang; pemesinan perihal memesin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyanyi | , = nyanyian gubahan atau ciptaan muzik yg dilagukan dgn suara; bunyi atau suara yg berirama dan berlagu. bernyanyi, menyanyi melafazkan nyanyi; berlagu: Mari kita ~ beramai-ramai. menyanyikan melagukan sesuatu nyanyian: Siapa yg ~ lagu itu? Saya suka ~ lagu-lagu Melayu asli. penyanyi orang yg bernyanyi; tukang nyanyi; biduan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nyanyi | = nyanyian gubahan atau ciptaan muzik yg dilagukan dgn suara; bunyi atau suara yg berirama dan berlagu. bernyanyi melafazkan nyanyi; berlagu: Mari kita ~ beramai-ramai. menyanyikan melagukan sesuatu nyanyian: Siapa yg ~ lagu itu? Saya suka ~ lagu-lagu Melayu asli. penyanyi orang yg bernyanyi; tukang nyanyi; biduan. | Kamus Pelajar |
mesin nyanyi | = ~ ngomong Id peti nyanyi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenang | 1 tidak berkocak atau tidak berombak (ttg air, laut dll); teduh (ttg angin, ribut dll): Air yg ~ jangan disangka tiada buaya. 2 ki tidak berasa gelisah (runsing dsb); aman dan tenteram (ttg keadaan dlm negeri dll): Beliau telah menjawab segala soalan itu dgn ~. Setelah anaknya kembali dgn selamat, barulah ~ fikirannya. ~-lenang sangat tenang. bertenang berbuat sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru). menenangkan menjadikan atau menyebabkan tenang; menenteramkan; meredakan: Dia bernyanyi-nyanyi utk ~ hatinya yg runsing. ketenangan keadaan atau hal tenang; ketenteraman; keamanan. penenang 1 sesuatu (ubat, kata-kata dsb) yg menenangkan. 2 orang yg menenangkan: Anak tunggalnyalah yg menjadi ~ hidupnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |