Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nyiur] | ڽيور

Definisi : sj tumbuhan (palma dan buahnya), kelapa, Cocos nucifera; ~ bawang = ~ manis kelapa yg boleh dimakan dgn sabut-sabutnya; ~ bisu Kl orang tua yg pendiam tetapi berakal; ~ cungkilan = ~ sungkuran buah kelapa yg isinya baru hendak keras; ~ dara pohon kelapa yg belum berbuah; ~ gading a) pohon kelapa yg agak kekuning-kuningan warna pelepah dan buahnya (biasanya ditanam sbg perhiasan), Cocos plumosa; b) Kl anak gadis yg comel-comel (kesayangan ibu bapa); ~ ingusan buah kelapa yg baru hendak berisi; ~ kapal Kl nyiur yg berbatang kecil dan rendah; ~ koman Kl, ki orang yg tidak berguna kpd masyarakat; ~ masam Kl a) nyiur yg busuk kerana rosak; b) perempuan yg tidak berguna; apabila patah tumbuh ~ itu, tumbuh ~ juga akan gantinya prb ganti yg hilang itu mestilah yg sama pula; laksana ~, mumbang dibuat pincuk hendak menghilangkan kelat prb tidak boleh orang yg bukan bangsawan itu disuruh mengatur kedudukan orang besar-besar dlm sesuatu majlis; orang yg bertanam pokok ~, terkadang-kadang tiada makan buahnya prb orang yg menghimpun harta atau berbuat sesuatu itu adakalanya tidak mendapat faedah daripadanya; umpama memerah ~, santan diambil hampas dibuang prb mendengar perkataan orang hendaklah dipilih mana-mana yg baik dan benar, dan yg buruk dibuang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nyiur] | ڽيور

Definisi : nama sj pokok palma atau buahnya (buahnya bersabut dan bertempurung, dan isinya boleh dimakan); kelapa, Cocos nucifera. ~ gading kelapa yg keku­ning-kuningan warna pelepah dan warna buahnya, Cocos plumosa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyiur

Puisi
 

Nyiur manis baru gugur,
     Dibawa nyonya keluar pagar;
Jasad menangis di pintu kubur,
     Menyesal di dunia tidak belajar.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya.

Bermaksud :

Walaupun anak-anak itu daripada seibu sebapa tetapi tabiatnya jauh berbeza.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kotel(kotél) Kl 1. kerdil, tidak subur (bkn orang); 2. sudah tua (bkn nyiur); nyiur ~ nyiur yg sudah tua; 3. hanya, sahaja; cawat ~ cawat sahaja (tidak berpakaian lain); 4. amat, sangat, sekali; kering ~ kering sama sekali (bkn kolam dll); senyap ~ sunyi sepi, senyap sekali.Kamus Dewan Edisi Keempat
nyiur-nyiur1. sj ikan laut, Monodactylus argenteus; 2. sj ikan laut, a) Trachinotus bailloni; b) Trachinotus blochii.Kamus Dewan Edisi Keempat
sungkuran; nyiur ~ nyiur yg masih muda (isinya dpt disodok dgn sudu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
sungkuran; nyiur ~ nyiur yg masih muda (boleh dicungkil isinya).Kamus Dewan Edisi Keempat
gedabang1. sj ikan laut, nyiur-nyiur, Monodactylus argenteus; 2. sj ikan laut, Psettus argenteus; 3. = kekek ~ sj ikan laut, kapak, Mene maculata.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelongkong1. tempurung kelapa yg masih lembut; nyiur ~ nyiur yg masih muda (isinya nipis dan lunak); 2. = kelongkongan buah kelapa yg sudah dimakan tupai; kelengkuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesumba I1. sj tumbuhan (pokok yg meng­hasilkan cat atau pencelup merah), Carthamus tinctorius; 2. = merah ~ merah tua: berbaju ~ berkancing dan berdestar pelangi; nyiur ~ nyiur yg berwarna merah tua; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), berbelak, menarung gajah, Trichospermum kurzii; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), cendarah hantu, julung jantan (putih), kayu katu, lengkung, rambai hutan, sengkuang, Ostodes macrophylla; ~ keling sj tumbuhan (pokok kecil), jarak belanda, kesum, kunyit jawa, Bixa orellana; dikesumba dicelup (diwarnai) dgn warna merah (drpd kesumba).Kamus Dewan Edisi Keempat
sungkuran; nyiur ~nyiur yg masih muda (isinya dpt disodok dgn sudu).Kamus Pelajar
cungkilan; nyiur ~ a) nyiur yg sudah boleh dicungkil (sudah keras isinya); b) yg sudah dicungkil;Kamus Dewan Edisi Keempat
semantan I; nyiur ~ buah nyiur yg sudah cukup tua (boleh mengeluarkan santan).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas