kotel | (kotél) Kl 1. kerdil, tidak subur (bkn orang); 2. sudah tua (bkn nyiur); nyiur ~ nyiur yg sudah tua; 3. hanya, sahaja; cawat ~ cawat sahaja (tidak berpakaian lain); 4. amat, sangat, sekali; kering ~ kering sama sekali (bkn kolam dll); senyap ~ sunyi sepi, senyap sekali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyiur-nyiur | 1. sj ikan laut, Monodactylus argenteus; 2. sj ikan laut, a) Trachinotus bailloni; b) Trachinotus blochii. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gedabang | 1. sj ikan laut, nyiur-nyiur, Monodactylus argenteus; 2. sj ikan laut, Psettus argenteus; 3. = kekek ~ sj ikan laut, kapak, Mene maculata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelongkong | 1. tempurung kelapa yg masih lembut; nyiur ~ nyiur yg masih muda (isinya nipis dan lunak); 2. = kelongkongan buah kelapa yg sudah dimakan tupai; kelengkuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesumba I | 1. sj tumbuhan (pokok yg menghasilkan cat atau pencelup merah), Carthamus tinctorius; 2. = merah ~ merah tua: berbaju ~ berkancing dan berdestar pelangi; nyiur ~ nyiur yg berwarna merah tua; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), berbelak, menarung gajah, Trichospermum kurzii; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), cendarah hantu, julung jantan (putih), kayu katu, lengkung, rambai hutan, sengkuang, Ostodes macrophylla; ~ keling sj tumbuhan (pokok kecil), jarak belanda, kesum, kunyit jawa, Bixa orellana; dikesumba dicelup (diwarnai) dgn warna merah (drpd kesumba). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belungkang | Jw 1. pangkal pelepah nyiur; 2. nyiur muda yg telah terbelah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sungkur II | alat utk menyodok atau utk menggali tanah; penyodok tanah dsb: kereta ~ jentera yg digunakan utk menyodok tanah (menumbangkan pohon dsb): sang ~ babi. menyungkur 1 menyodok atau menggali tanah dsb dgn sungkur atau dgn kereta sungkur. 2 menggali-gali tanah dgn muncung (bkn babi). sungkuran; nyiur ~ nyiur yg masih muda (isinya dpt disodok dgn sudu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kotai | 1. terkelepai, terkulai, tergantung (spt dahan patah); 2. kurus kering (tubuh), tua; tua ~ sangat tua; 3. kering (spt buah yg dijemur); nyiur ~ buah nyiur yg dikeringkan utk dijadikan benih; pinang ~ buah pinang yg tua dan sudah dikeringkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaba-gaba | Id 1. perhiasan drpd daun-daun (terutamanya daun nyiur): jalan menuju ke balai raya itu dihiasi dgn ~ drpd daun nyiur; 2. pintu gerbang kehormatan yg dihiasi dgn daun nyiur dll; 3. atap pondok drpd daun kabung atau rumbia;menggaba-gabai menghiasi dgn gaba-gaba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gading I | 1. taring gajah: keris berhulu ~; 2. = warna ~ warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); aur (buluh, nyiur) ~ aur (buluh, nyiur) yg berwarna kekuning-kuningan; 3. sl sepasang pengapit yg mengiringi pengantin; ~ pd gajah yg sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? prb apa yg ditentukan tidak mungkin diubah lagi; bagai tanduk bersendi ~ prb sepasang yg elok dan padan; pucuk leban ~ gajah, bekerja segan makan gagah prb orang yg malas bekerja padahal ia tidak sakit; spt ~ dilarik prb rupa yg cantik dan bersih; sudah dapat ~ bertuah, tanduk tidak berguna lagi (terbuang tanduk kerbau mati) prb sebab mendapat yg baru, yg lama (atau kurang sempurna) dibuang; tak ada ~ yg tak retak prb tidak ada sesuatu yg betul-betul sempurna;bergading mempunyai gading, memakai gading; telah mati yg ~ prb telah meninggal orang yg berkuasa;menggading 1. menyerupai gading (nyiur yg baru tumbuh); 2. menikam dgn gading. | Kamus Dewan Edisi Keempat |