olahan | cara mengolah atau diolah: dgn itu susunan dan ~nya amat penting, agar dapat bahasa itu menjalankan tugas-tugasnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
olahan | suka berperangai, suka bertingkah: seorang laki-laki yg keterlaluan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tesaurus | (tésaurus) buku yg mengandungi senarai kata seerti dan kata yg berkaitan maknanya yg disusun mengikut sistem atau olahan tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saduran | 1. sesuatu yg disadur (emas dll), sepuhan, lapisan (emas dll); 2. ki cerita yg isinya (pokoknya) diambil drpd cerita lain: terjemahan berbeza drpd ~; 3. hasil peng-olahan (drpd penyelidikan dll), ikhtisar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masakan | 1. sesuatu yg dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dll): kalau hari-hari dapat mema-kan ~ yg lazat-lazat spt ini, tentulah gemuk aku nanti; 2. cara memasak: ~ daging; ~ lemak; 3. Id bukan yg sebenarnya, buatan, olahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanah enapan | tanah yg telah bercampur dgn air dan mendak; 2. (Geog) bahan yg terdapat di dasar sungai, tasik atau laut yg terdiri drpd campuran tanah liat, kelodak, pasir, jirim organik dsb; 3. pepejal yg terendap selepas proses endap di loji olahan air atau air sisa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enapan | 1. enap; tanah ~ tanah yg telah bercampur dgn air dan mendak; 2. (Geog) bahan yg terdapat di dasar sungai, tasik atau laut yg terdiri drpd campuran tanah liat, kelodak, pasir, jirim organik dsb; 3. pepejal yg terendap selepas proses endap di loji olahan air atau air sisa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
olah II | ; mengolah mengerjakan sehingga menjadi sesuatu yg lain (yg dapat digunakan, lebih sempurna, dll): getah dan bijih yg dikeluarkan di negeri ini dihantar keluar utk diolah; cerpen yg diolah drpd perbendaharaan lama; ~ bahan mentah mengerjakan bahan-bahan mentah supaya menjadi barang yg boleh digunakan dll; ~ tanah mengerjakan tanah utk ditanami; olahan cara mengolah atau diolah: dgn itu susunan dan ~nya amat penting, agar dapat bahasa itu menjalankan tugas-tugasnya; pengolahan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mengolah: Belanda memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit; kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya dan ~nya yg segar; pengolah orang yg mengolah, alat utk mengolah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enap I | sesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar, endap, endapan; mengenap turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak, mengendap; mengenapkan membiarkan sesuatu turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mengendapkan; enapan 1. enap; tanah ~ tanah yg telah bercampur dgn air dan mendak; 2. (Geog) bahan yg terdapat di dasar sungai, tasik atau laut yg terdiri drpd campuran tanah liat, kelodak, pasir, jirim organik dsb; 3. pepejal yg terendap selepas proses endap di loji olahan air atau air sisa; pengenapan proses mengenap atau mengenapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
olah I | 1. cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku, tingkah: bagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? 2. perbuatan, buatan, kerja: ini sudah tentu ~ anak saya; bukan ~ bukan buatan, bukan main; 3. perbuatan yg aneh-aneh, canda, tingkah: orang tua yg banyak ~nya; olah-olah; bukan ~ bukan buatan, bukan mainan; seolah-olah seakan-akan, selaku, seperti: melangkah indah, ringan, cepat ~ tak berpijak di lantai; berolah 1. berbuat (berperangai) yg aneh-aneh, bercanda, bertingkah: isterinya ~ pula, apa lagi mertuanya; 2. berbuat sesuatu utk mengabui mata, mengenakan tipu muslihat, dll; memperolahkan 1. mempermainkan, memperolok-olokkan, mempersendakan; 2. memperdayakan, menipu; olahan suka berperangai, suka bertingkah: seorang laki-laki yg keterlaluan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |