open | (opén) Jk 1. suka memerhatikan segala-galanya, cermat, hemat; 2. suka memungut barang-barang yg terlantar; mengopeni 1. memerhatikan, mengendahkan; 2. memungut (mengutip) apa-apa yg terlantar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
open | IB, bp dapur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rutin terbuka(open routine) | Rutin komputer yang dapat disisipkan terus ke dalam rutin utama atau atur cara komputer tanpa menggunakan sebarang kod pautan atau jujukan panggilan. | Kamus Komputer |
kedai terbuka(open shop) | Cara pengurusan kemudahan pengkomputeran yang membenarkan reka bentuk, pembangunan, perjalanan, dan pengujian atur cara dilakukan oleh pengguna sistem sendiri dan bukan oleh petugas bertauliah atau pihak pengurusan sistem yang khusus. | Kamus Komputer |
gelung terbuka(open loop) | Susunan sambungan komputer dan persisiannya yang memerlukan campur tangan manusia. Komputer akan mengawasi pemprosesan dan melaporkannya kepada pengendali manusia untuk membetulkan sebarang kesilapan. | Kamus Komputer |
buka fail(open file) | Tindakan mencapai dan membuka fail komputer di dalam storan untuk dibaca atau ditulis. | Kamus Komputer |
sistem tanpa penghujung(open-ended system) | Sistem yang direka bentuk supaya boleh ditambah atau diubahsuai oleh pengguna. | Kamus Komputer |
sistem gelung terbuka(open-loop system) | Sistem kawalan yang tidak mempunyai kemudahan membetulkan dirinya sendiri apabila tersisih daripada matlamatnya, dan memerlukan campur tangan manusia untuk membetulkan keadaan. | Kamus Komputer |
pengendalian urusan terbuka(open shop operation) | Pengendalian pusat kemudahan komputer dengan membenarkan pengguna sistem mengelolakan sendiri perkakasan dan perisian sistem untuk menjalankan atur cara mereka. | Kamus Komputer |
litar pemungut terbuka(open-collector circuit) | Litar logik yang bahagian outputnya terdiri daripada transistor dengan pemungut jenis terbuka. Litar ini memerlukan perintang penamat yang boleh wujud jauh dari litar sebenar. Litar ini boleh juga digabungkan dengan litar lain melalui sambungan logik terdawai. Litar ini sangat sesuai untuk memacu beban yang menggunakan bekalan kuasa yang tinggi. | Kamus Komputer |