perutusan | 1 kumpulan wakil; orang-orang yg diutus; delegasi. 2 berita dll yg diutus. 3 ucapan orang-orang besar pd hari-hari yg penting; pesanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semang | ; anak ~ 1 orang yg bekerja pd orang lain (spt orang gaji); orang yg bekerja pd orang lain kerana terikat oleh hutang dll. 2 orang yg menumpang makan dan menumpang tempat tinggal. 3 orang yg diberi modal utk berdagang; orang yg menjual barang dagangan utk orang lain. induk ~ a. orang yg mengambil orang lain utk bekerja. b. orang yg memberi tumpangan (makan minum dll). c. orang yg memberikan modal utk berdagang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anak semang | 1 orang yg bekerja pd orang lain (spt orang gaji); orang yg bekerja pd orang lain kerana terikat oleh hutang dll. 2 orang yg menumpang makan dan menumpang tempat tinggal. 3 orang yg diberi modal utk berdagang; orang yg menjual barang dagangan utk orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
syeikh | /syéikh/ 1 = tuan ~ sebutan utk orang-orang alim yg terkenal: ~ Daud al-Fatani. 2 = ~ haji orang yg mengurus hal-hal jemaah haji dgn menerima upah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanya | ; ~ jawab soal jawab (dlm majalah dll); temuramah (dgn orang-orang kenamaan dll). bertanya meminta supaya diberitahu ttg sesuatu perkara; meminta keterangan atau penjelasan ttg sesuatu: Kalau tidak tahu, baik ~. bertanya-tanya berulang-ulang atau berkali-kali bertanya: Ia ~ kalau-kalau ada orang yg tahu akan hal itu. menanyai bertanya kpd: Dia ~ kawannya ttg hal itu. menanyakan 1 bertanya ttg sesuatu; meminta keterangan ttg sesuatu: Dia pergi menemui doktor utk ~ nama penyakit itu. 2 meminta persetujuan seseorang perempuan utk dijadikan isteri; melamar; meminang: Dia menyuruh orang tuanya ~ gadis itu. mempertanyakan menimbulkan sesuatu yg ditanyakan; menjadikan sesuatu sbg bahan bertanya(-tanya); mempersoalkan: Kerana difikirkan tidak menjalankan tanggungjawab, orang ramai ~ peranan pihak berkuasa. tertanya-tanya 1 dlm keadaan bimbang (hairan dsb) dan seolah-olah bertanya-tanya dlm hati: Ia ~ apakah maksud mimpinya itu. 2 selalu bertanya; asyik bertanya: Anak kecil itu sentiasa ~ akan ibunya. pertanyaan 1 perbuatan atau hal bertanya: ~ gurunya itu menghairankannya. 2 sesuatu yg ditanyakan atau yg dipertanyakan: ~ yg sukar. penanya orang yg bertanya, menanyai atau menanyakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
setangga | ; orang ~ orang yg tinggal di sebelah-menyebelah rumah; jiran; tetangga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sesiapa | 1 orang-orang mana: Ada ~ yg dipanggilnya? 2 siapa pun; siapa juga: ~ tidak boleh masuk ke sana. ~ yg didapati bersalah akan dihukum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tahanan | 1 orang, barang dll yg ditahan: Kerajaan membantu dan memberi layanan dgn baik kpd anak dan isteri orang-orang ~ politik. 2 tempat menahan orang; penjara: Dia telah dimasukkan ke dlm ~ selama sebulan. 3 tindakan menahan (dlm penjara dll): Beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah suatu masa dahulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
warga emas | bh orang(-orang) yg sudah tua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siapa-siapa | 1 orang-orang mana: Ada ~ yg dipanggilnya? 2 siapa pun; siapa juga: ~ tidak boleh masuk ke sana. ~ yg didapati bersalah akan dihukum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |