Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) bp isteri; b) orang yg akan datang (lahir) kemudian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Ikan sengat ikan sembilang,
     Tebuk belakang ambil hati;
Kus semangat abang seorang,
     Tolak belakang ada ganti.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Hati orang yang bodoh itu di mulutnya,
     dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya.

Bermaksud :

Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
orang belakanga) bp isteri; b) orang yg akan datang (lahir) kemudian;Kamus Dewan Edisi Keempat
orang datangketurunan atau angkatan yg akan datang, orang belakang;Kamus Dewan Edisi Keempat
di balik belakang(an)di belakang orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
kemudian1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (se­sudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; mengemudiankan 1. meletakkan (mena­ruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menang­guhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu; terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kokkoKd 1. pikul (budak) di atas belakang; 2. duduk di atas belakang orang yg memikulnya (bkn budak).Kamus Dewan Edisi Keempat
kudianMn kemudian, (ter)akhir, belakang: mereka yg datang ~ tidak mendapat tempat; mengudian berjalan (menyertai) di bela­kang, ikut (turut) di belakang: dia tak pernah datang bersama mereka melainkan ~ saja; mengudiankan 1. mengemudiankan, mem­belakangkan, meletakkan di belakang: orang yg datang lambat dikudiankan; 2. menangguhkan (menunda) pekerjaan; terkudian terkemudian, yg di belakang sekali, yg terakhir.Kamus Dewan Edisi Keempat
dukung; kain ~ kain utk mengendong anak. berdukung duduk bercelapak di pinggang atau di belakang orang: Budak itu tidak mahu berjalan kerana ia hendak ~. mendukung 1 membawa di pinggang atau di belakang: Dia ~ anaknya yg kecil dan memimpin anaknya yg besar. 2 mempunyai sesuatu matlamat dan berusaha utk mencapainya: Pertubuhan itu ~ cita-cita mempersatukan segala kaum. dukungan 1 sesuatu yg didukung: Dia meletakkan ~nya lalu berehat sebentar. 2 tempat mendukung pd tubuh (spt pinggang atau belakang): Bayi itu terlena di atas ~nya. pendukung 1 orang yg mendukung seseorang atau sesuatu; penggendong. 2 orang atau sesuatu pertubuhan, persatuan dll yg mendukung cita-cita dsb: Parti itu merupakan ~ utama cita-cita kerajaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
balik pembelakangandi belakang orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
berdukungduduk bercelapak di pinggang atau di belakang orang: Budak itu tidak mahu berjalan kerana ia hendak ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengudiankan1. mengemudiankan, mem­belakangkan, meletakkan di belakang: orang yg datang lambat dikudiankan; 2. menangguhkan (menunda) pekerjaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas