orang dapur | bp isteri atau orang perempuan yg menguruskan penyediaan makanan sehari-hari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bandung | dua benda yg dirangkaikan, pasang; dapur ~ dapur kembar (hanya diperbolehkan oleh Yamtuan di Seri Menanti);sebandung sepasang, dua serangkai; ayam ~ dua anak ayam yg keluar dr satu biji telur; rumah ~ dua buah rumah yg dijadikan (bercantum menjadi) satu; telur dua ~, pecah satu pecah kedua prb orang yg satu hati, sehidup semati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sabak II | 1. dapur tempat memasak nasi ketika diadakan kenduri: datanglah orang-orang negeri itu membuat ~, membuat balai, ber-bagai-bagailah permainannya; 2. dapur tempat memasak nira; menyabak memasak nira (utk membuat gula). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelayan | 1. orang yg kerjanya melayan, orang suruhan, pembantu; 2. (Komp) peranti atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dengannya; ~ besar ketua orang suruhan; ~ dapur orang yg bertugas di dapur (spt memasak dll); ~ pejabat budak suruhan (membantu kerja) di pejabat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelayan dapur | orang yg bertugas di dapur (spt memasak dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dapur | 1. bahagian rumah tempat memasak; 2. alat utk memasak (nasi, gulai, dll), tempat membakar (roti, kapur, dll); belanja ~ perbelanjaan utk keperluan makanan sehari-hari; orang ~ bp isteri atau orang perempuan yg menguruskan penyediaan makanan sehari-hari; orang se~ seisi rumah (kaum keluarga); ~ arang dapur yg menggunakan arang sbg bahan pembakar; ~ basah dapur tempat melakukan kerja masak-memasak yg biasanya banyak menggunakan air; ~ elektrik = ~ karan dapur yg menggunakan kuasa elektrik; ~ gas dapur yg menggunakan gas sbg bahan bakar; ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan pembakar; ~ kering dapur yg hanya digunakan utk menyediakan makanan ringan atau menghidangkan makanan (biasanya berkeadaan kering); ~ minyak tanah dapur yg menggunakan minyak tanah sbg bahan pembakar; ~ umum dapur tempat menyediakan makanan utk orang ramai (dlm keadaan darurat dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minta permisi | minta izin (kebenaran), minta diri: Aziz ~ pulang lalu keluar; orang-orang yg ~ bertambah banyak sehingga tambah lama tambah kosong rumah; Wati minta ~ masuk ke dapur dan kembali dgn semangkuk teh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mandur | orang yg mengawasi pekerja-pekerja, kepala pekerja-pekerja; ~ jalan a) mandur yg mengurus orang-orang yg membuat atau membaiki jalan; b) bp orang yg berjalan ke sana ke mari, penganggur; memanduri mengawasi pekerja-pekerja: Mak Som ~ pelayan-pelayan di dapur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dapur umum | dapur tempat menyediakan makanan utk orang ramai (dlm keadaan darurat dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
riuh I | bising, gempar, ramai (bunyi, suara, dll): suara di dapur orang sebelah masih ~; mulut ~ bp bercakap banyak (kuat), suka bercakap; ~-rendah sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk; meriuhkan menjadikan riuh, membisingkan, menggemparkan: suara kanak-kanak menjerit lebih ~ lagi suasana; keriuhan perihal riuh, kebisingan, kegemparan: orang dapat merasakan kehadiran mereka hanya apabila mereka mengadakan parti-parti kerana ~nya mengganggu orang sebelah; tiba-tiba berlaku ~ dan orang ramai pun tergesa-gesa ke arah gereja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |