bersubang | memakai subang (di telinga); bak gadis baru (jolong) ~ prb orang hina papa atau miskin yg menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan atau kekayaan; sungguh ~ tidak berdara prb wanita yg sungguhpun berpakaian elok tetapi buruk juga kelakuannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbesan | berhubungan sbg besan: Tak mungkin dia mahu ~ dgn saya kerana saya orang hina lagi miskin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbesan | berhubungan sbg besan: Tak mungkin dia mahu ~ dgn saya kerana saya orang hina lagi miskin. | Kamus Pelajar |
subang I | sj perhiasan cuping telinga perempuan yg berbentuk bulat dll; telinga rabit dipasangkan ~, kaki untut dipakaikan gelang, jari kudung dimasukkan cincin prb canggung sekali; bersubang memakai subang (di telinga); bak gadis baru (jolong) ~ prb orang hina papa atau miskin yg menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan atau kekayaan; sungguh ~ tidak berdara prb wanita yg sungguhpun berpakaian elok tetapi buruk juga kelakuannya; menyubang memotong nipis-nipis dan bulat; ~ tebu mengerat-ngerat tebu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
besan | /bésan/ 1 hubungan kekeluargaan yg terjalin antara ibu serta bapa mentua seseorang dgn ibu bapa sendiri: Pak Mat dgn Pak Ali itu bukan adik-beradik tetapi ~. 2 ibu bapa kpd menantu. berbesan berhubungan sbg besan: Tak mungkin dia mahu ~ dgn saya kerana saya orang hina lagi miskin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kodok I | sj katak, katak puru, kangkung, Bufo bufo; berenang ~ cara berenang; laksana ~ dapat bunga sekuntum prb tidak tahu menghargai (mempergunakan) barang yg baik; laksana ~ ditimpa kemarau prb sangat gelisah (berkeluh-kesah); spt ~ kena air tahi prb orang hina yg berlagak sombong; tertonggeng bagai ~ dlm lubang prb orang miskin yg mendapat kesusahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
besan | /bésan/ 1. hubungan kekeluargaan yg terjalin antara ibu serta bapa mertua seseorang dgn ibu bapa sendiri: Pak Mat dgn Pak Ali itu bukan adik-beradik tetapi ~. 2. ibu bapa kpd menantu. berbesan berhubungan sbg besan: Tak mungkin dia mahu ~ dgn saya kerana saya orang hina lagi miskin. | Kamus Pelajar |
tunjang I | ; akar ~ akar yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menguatkan pendirian pokok); bertunjang 1. ada akar tunjangnya (tumbuh-tumbuhan); 2. ki berpegang teguh (pd), berasas (pd), bersandar (pd): ajaran mereka itu tidak ~ pd agama, tidak bersandar pd logik; ~ kayu ara, ~ pula mali-mali prb orang hina dan miskin hendak menyerupai orang mulia dan kaya; bertunjangkan ki berasaskan, berdasarkan, bersandarkan: Hassan Ali akan mewakili generasinya dlm bidang penulisan cerita-cerita pendek lucu dan menyindir yg ~ jiwa orang Melayu; kenyataan ini ~ fakta bahawa bahasa baku adalah ragam yg dihubungkan dgn suasana rasmi dan formal; menunjang 1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: se-masa aku sekolah, mamakku turut ~ belanjaku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya; tunjang-menunjang saling bantu-membantu: saling bertukar pengalaman, pandangan, dan pendapat serta ~ dlm setiap gerakan dan kegiatan sasterawan; tunjangan bantuan (berupa wang dll) yg diberikan, pertolongan, sokongan: kaum penganggur di sini mendapat ~; penunjang 1. orang yg memberi tunjangan (bantuan dll), penyokong; 2. orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enau | sj tumbuhan (pokok), aren, kabung, Arenga saccharifera; ~ memanjat (mencari) sigai prb perempuan mendapatkan (mencari) lelaki; ~ sebatang dua sigainya prb a) satu pekerjaan dua orang ketuanya, tentu tidak baik jadinya; b) seorang perempuan yg menduakan suami; bagai ~ dlm belukar, melepaskan pucuk masing-masing prb tidak semuafakat dlm sesuatu perbincangan, hanya berpegang pd pendapat masing-masing sahaja; mati ~ tinggal di rimba prb jika orang hina mati, namanya tidak akan disebut-sebut orang lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daif | cacat, hina, lemah: orang yg ~; mendaifkan memandang rendah (hina), menghinakan: tidak guna ~ orang yg lemah; kedaifan perihal daif, kehinaan, kekurangan, kelemahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |