Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg diharapkan, orang harapan, pem­bantu (penolong) yg utama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Pandang-pandang kanan dan kiri,
     Melintas jalan berkira-kira;
Kurang ringgit boleh dicari,
     Kurang akal habis bicara.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Melangkah kaki kanan.

Bermaksud :

Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kiri1. lwn kanan; tangan ~ tangan kidal (lwn tangan kanan); ~ kanan a) kedua-dua sisi atau bahagian sesuatu (spt sungai, jalan, dll), kiri dan kanan: di ~ kanan lorong sempit itu, terdiri beberapa buah rumah; orang ~ kanan orang sebelah-menyebelah rumah, jiran; b) = kanan ~nya Jw lebih kurang, kira-kira; 2. cenderung menggunakan tangan kiri apabila membuat sesuatu, kidal; 3. ki kurang baik, malang (sial, celaka, dsb); langkah ~ tidak kena masanya atau tempatnya (perbuatan, tindakan, dll), sial (mendatangkan keburukan dll); 4. miring (cenderung) ke arah faham sosialis atau komunis (bkn pertubuhan atau pergerakan politik dll): parti ~; pihak ~; mengiri menepi (menuju, berundur, dll) ke sebelah kiri; mengirikan 1. mengundurkan (mengalih­kan, meletakkan, dll) ke sebelah kiri; 2. mengetepikan, membiarkan dahulu (kerana kurang mementingkan), mengesampingkan: perkara itu boleh dikirikan dahulu; 3. me­nyingkirkan atau membuang (drpd kumpulan dll): orang yg dikirikan drpd masyarakat; terkiri terletak ke sebelah kiri (ke kiri atau lebih ke kiri dr tempatnya yg sebenar atau yg sepatutnya), berada di sebelah kiri sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
orang kananorang yg diharapkan, orang harapan, pem­bantu (penolong) yg utama;Kamus Dewan Edisi Keempat
orang kiri kananorang sebelah-menyebelah rumah, jiran; b) = kanan ~nya Jw lebih kurang, kira-kira;Kamus Dewan Edisi Keempat
bersilatbermain silat (pencak), berjuang dgn silat: sebelah kanan orang memencak, sebelah kiri orang ~; ~ lidah (kata) ki pandai memutarbalikkan perkataan, pandai berdalih (berhelah);Kamus Dewan Edisi Keempat
tertoleh-tolehmenoleh berulang kali: dia kelihatan asyik ~ ke kanan dan ke kiri menyoroti orang-orang yg hilir mudik;Kamus Dewan Edisi Keempat
liuk; meliuk melenggok ke kiri ke kanan (spt orang menari, pohon ditiup angin). meliukkan melenggokkan (badan dsb) ke sisi. terliuk-liuk bergerak-gerak ke kiri ke kanan; terlenggok-lenggok.Kamus Pelajar Edisi Kedua
liukmelengkung ke kiri ke kanan (spt orang menari, lalang ditiup angin, dll): pandangannya berpusat pd api pelita yg meliuk-liuk di hadapannya; ~-lampai bergerak-gerak spt ular lalu (orang menari dll); ~ lentok gerakan badan atau anggota badan yg terlenggok-lenggok ke kiri ke kanan atau ke depan ke belakang; meliuki mengambil sesuatu (spt wang di tanah dll) dgn meliuk; meliukkan melengkokkan badan (orang menari, mengelakkan tikaman, dll): Zahar yg sedang bercekak pinggang itu ~ badan­nya sebelum mengambil rokok itu; terliuk, terliuk-liuk terlenggok-lenggok (lalang ditiup angin dll): tiang agung terliuk­liuk; pelita minyak yg ~ ditiup angin; liukan hasil atau gerakan meliuk atau meliukkan; peliukan perihal atau perbuatan meliukkan; sepeliuk sejauh orang boleh meliuk (ke kiri atau ke kanan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
terhuyung-huyungbergoyang-go­yang ke kiri dan ke kanan (spt orang mabuk): Orang itu berjalan ~ kerana mabuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terhuyung-hayangterhuyung-huyung bergoyang-go­yang ke kiri dan ke kanan (spt orang mabuk): Orang itu berjalan ~ kerana mabuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
huyung; terhuyung-hayang, terhuyung-huyung bergoyang-go­yang ke kiri dan ke kanan (spt orang mabuk): Orang itu berjalan ~ kerana mabuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas