kemacar | Kl biasa (tidak istimewa), lazim, tidak bernilai tinggi; barang ~ barang biasa; orang ~ orang kebanyakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemaca | Kl biasa (tidak istimewa), lazim, tidak bernilai tinggi; barang ~ barang biasa; orang ~ orang kebanyakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakyat | 1 seluruh penduduk sesebuah negara: ~ Malaysia. 2 orang kebanyakan; orang biasa: balai ~. 3 pasukan perang; bala tentera: Baginda berangkat diiringi seluruh ~, lengkap dgn senjatanya. ~ jelata rakyat biasa. merakyatkan menyebarkan sesuatu ilmu, amalan (baik) dsb secara meluas kpd seluruh rakyat: Usaha dijalankan utk ~ ilmu kebudayaan dan tatasusila. kerakyatan 1 segala sesuatu mengenai rakyat. 2 kewarganegaraan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rakyat | 1 seluruh penduduk sesebuah negara: ~ Malaysia. 2 orang kebanyakan; orang biasa: balai ~. 3 pasukan perang; bala tentera: Baginda berangkat diiringi seluruh ~ lengkap dgn senjatanya. ~ jelata rakyat biasa. kerakyatan 1 segala sesuatu mengenai rakyat. 2 kewarganegaraan. | Kamus Pelajar |
am | 1. berkaitan dgn semua orang (tidak terbatas atau terkhusus kpd orang atau golongan tertentu), umum (lwn khas): hari kelepasan ~; kebajikan ~; orang ~ orang kebanyakan, orang banyak, orang biasa; 2. tidak terbatas atau terkhusus kpd sesuatu bidang (lapangan dsb) tertentu: pengetahuan ~; perkara-perkara ~; mengamkan menyediakan dsb utk orang banyak, mengumumkan (tidak mengkhususkan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakyat jelata | (jembel, marhaen, murba) orang kebanyakan (bukan golongan bangsawan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakyat | 1. seluruh penduduk sesebuah negara (sbg syarat mendirikan sesuatu pemerintahan): ~ Malaysia terdiri drpd berbagai-bagai kaum; dewan ~ dewan yg mewakili suara rakyat dlm sistem pemerintahan demokrasi; wakil ~ ahli dewan rakyat; 2. anak buah, orang-orang sebawahan: setahun sekali penghulu menjamu ~nya; 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa: padang permainan utk ~; ia keturunan ~, bukan keturunan raja; cerita ~ cerita yg diceritakan utk orang biasa; 4. pasukan perang, bala tentera: maka baginda pun berangkat diiringi oleh seluruh ~ lengkap dgn senjatanya; 5. Ph, bp orang asli; ~ jelata (jembel, marhaen, murba) orang kebanyakan (bukan golongan bangsawan); merakyat tersebar luas kpd rakyat: budaya ilmu dan tradisi pengajian telah meluas dan ~, lalu dgn itu pecahlah monopoli pujangga istana sbg elit ilmuwan; merakyatkan menyebarluaskan ilmu, amalan dsb kpd rakyat: ilmu kebudayaan harus dirakyatkan agar ilmu itu tidak menjadi urusan sarjana, kaum elit dan golongan cendekiawan semata-mata; kerakyatan 1. perihal rakyat; 2. demokrasi; 3. ark kewarganegaraan: ~ akan diberikan kpd orang dagang di negeri ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang ramai | orang kebanyakan; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
orang kemacar | orang kebanyakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang kemaca | orang kebanyakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |