bersuap | makan dgn bantuan orang lain (orang lain yg memasukkan makanan ke mulutnya): Kerana terlalu uzur, makannya pun terpaksa ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semang I | ; anak ~ a) orang yg menumpang makan dan bekerja pd orang lain; b) orang yg bekerja dgn orang lain kerana terikat (oleh hutang dll); c) orang yg menolong orang lain menjalankan perniagaan dll; induk ~ a) orang yg memberi tumpangan (makan dan pekerjaan) kpd orang lain; b) orang yg memberikan modal (dagangan dll) kpd orang lain utk di-perniagakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak semang | a) orang yg menumpang makan dan bekerja pd orang lain; b) orang yg bekerja dgn orang lain kerana terikat (oleh hutang dll); c) orang yg menolong orang lain menjalankan perniagaan dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempergaulkan | menggalakkan atau membiarkan seseorang bergaul dgn orang-orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semang | ; anak ~ 1 orang yg bekerja pd orang lain (spt orang gaji); orang yg bekerja pd orang lain kerana terikat oleh hutang dll. 2 orang yg menumpang makan dan menumpang tempat tinggal. 3 orang yg diberi modal utk berdagang; orang yg menjual barang dagangan utk orang lain. induk ~ a. orang yg mengambil orang lain utk bekerja. b. orang yg memberi tumpangan (makan minum dll). c. orang yg memberikan modal utk berdagang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hutang | 1 wang dll yg dipinjam drpd orang lain: Dia berjimat kerana hendak menjelaskan ~nya. 2 kewajipan membayar balik apa-apa yg sudah diterima. ~ budi kebaikan orang lain terhadap diri sendiri yg patut dibalas. ~ lapuk hutang yg tidak berbayar. ~ piutang wang yg dipinjam drpd orang lain atau yg dipinjamkan kpd orang lain; berbagai-bagai hutang. ~ keliling pinggang terlalu banyak hutang. berhutang meminjam wang dll drpd seseorang: Dia tidak pernah ~. menghutangi memberikan wang dll sbg hutang kpd: Dia ~ saya seratus ringgit. menghutangkan memberikan pinjaman (wang dll): meminjamkan (wang dll): Saudagar itu banyak ~ wang kpd orang susah. terhutang 1 sudah berhutang. 2 = berhutang sudah menerima kebaikan orang tetapi belum dpt membalasnya: Sampai sekarang saya masih ~ budi kpdnya. perhutangan perbuatan atau hal berhutang. penghutang orang yg berhutang (kpd orang lain). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anak semang | 1 orang yg bekerja pd orang lain (spt orang gaji); orang yg bekerja pd orang lain kerana terikat oleh hutang dll. 2 orang yg menumpang makan dan menumpang tempat tinggal. 3 orang yg diberi modal utk berdagang; orang yg menjual barang dagangan utk orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
segan menurut rundingan orang lain | segan menurut nasihat orang lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aniaya | perbuatan yg dilakukan supaya orang lain menderita (melarat, sakit dsb): Allah mengutuk sesiapa yg berbuat ~ sesama makhluk. menganiaya melakukan sesuatu supaya orang lain menderita; menyeksa dgn tidak semena-mena: Orang-orang kaya dan orang-orang yg berkuasa tidaklah patut ~ rakyat yg lemah. teraniaya diperlakukan dgn sengaja atau dgn tidak sengaja sehingga menanggung derita. penganiayaan perbuatan menganiaya; penyeksaan. penganiaya orang yg menganiaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hutang piutang | wang yg dipinjam drpd orang lain atau yg dipinjamkan kpd orang lain; berbagai-bagai hutang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |