Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyukai1. menaruh minat (terhadap), suka akan, meminati: indah itu adalah seni dan kerana itu orang ~nya; 2. gemar akan (makanan), menggemari: Minah tidak ~ kuih yg berbau minyak sapi atau mentega; 3. menaruh kasih pd, mencintai, menyayangi: ia disukai gadis-gadis kerana badannya tegap dan sihat serta lawa; 4. menaruh simpati kpd, suka kpd: parti yg memerintah tidaklah boleh membuang kakitangan kerajaan yg tidak disukai mereka;Kamus Dewan Edisi Keempat
menandumengusung dgn tandu: maka Ben­dahara Lubuk Batu ditandu oranglah di­bawa lari, Selamat Gagah nama orang ~nya itu; orang yg cedera itu segera ditandu ke dlm motokar.Kamus Dewan Edisi Keempat
perwarasl gadis yg mengiringi raja (permai­suri): maka Puteri Nila Pancadi itu pun naiklah ke kapal dgn lima ratus orang ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
pemakai1 orang yg memakai atau menggunakan: Bahasa Melayu mempunyai lebih kurang seratus empat puluh juta orang ~nya. 2 orang yg suka menghias diri atau suka berpakaian kemas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memanggil1 menyuruh datang atau kembali dgn meneriakkan namanya: Ibunya ~, “Ali, pulang”. 2 menyilakan datang; menjemput datang; meminta datang: Dia pergi ~ doktor. 3 memberikan gelaran atau julukan; menyebut: Orang ~nya “Ali Pendek”.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menghargai1 memberikan atau menentukan harganya; menilai: Dia tidak mahu menjual keretanya kerana orang ~nya terlalu rendah. 2 memuliakan; menghormati; menganggap penting; mengendahkan: Sbg ~ jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dianugerahi kehormatan “Order of Merit” oleh Raja England dlm tahun 1907. Nasihatnya tidak dihargai orang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
diplomat1 orang yg dilantik utk mewakili negaranya dlm perhubungan rasmi dgn negara lain (spt duta, atase): Malaysia telah menghantar dua orang ~nya ke Manila. 2 orang yg berdiplomasi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merasuk1. masuk ke dlm tubuh manusia (hantu, jin, dll): tiba-tiba keempat-empat mereka ketawa terbahak-bahak bagaikan dirasuk jin tanah; 2. mendalam, menyerap atau meresap benar: apabila melihat orang­nya, tambah ~ lagi keyakinanku kpd ajaran­nya; ~ hati (jiwa) mengganggu atau mengusik (hati), menggodai, menggiurkan (hati): ber­bagai-bagai fikiran datang ~ hatinya ter­utama fikiran hendak men­ceraikan isterinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
rasuk II; kena ~ = dirasuk hantu kemasukan hantu syaitan dll; merasuk 1. masuk ke dlm tubuh manusia (hantu, jin, dll): tiba-tiba keempat-empat mereka ketawa terbahak-bahak bagaikan dirasuk jin tanah; 2. mendalam, menyerap atau meresap benar: apabila melihat orang­nya, tambah ~ lagi keyakinanku kpd ajaran­nya; ~ hati (jiwa) mengganggu atau mengusik (hati), menggodai, menggiurkan (hati): ber­bagai-bagai fikiran datang ~ hatinya ter­utama fikiran hendak men­ceraikan isterinya; rasukan hasil perbuatan merasuk: maka al- Bidaah pun menyebar-nyebarkan ~ syaitan ini; kerasukan kemasukan (hantu, jin, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
tawaperbuatan melahirkan rasa suka (dgn suara terkekeh-kekeh dll): kuat sungguh bunyi ~nya; ~ orang-orang yg sedang berseloroh itu kedengaran lagi; Tuan Haji Fuad men­dengar deraian ~ ratusan muridnya; tertawa melahirkan rasa suka (senang hati) dgn suara terkekeh-kekeh, gelak, tergelak: kemudian ia ~ kuat-kuat; ~ kecil ketawa yg tidak kuat; ~ besar = ~ ter-bahak-bahak ketawa dgn keras dan nyaring; mentertawai 1. tertawa terhadap; 2. meng-hina, mengejek; mentertawakan 1. ketawa (tertawa) akan sesuatu, menggelakkan: murid-murid turut ketawa, walaupun tidak mengetahui apa yg ditertawakan oleh gurunya itu; 2. tertawa terhadap sesuatu: dia ditertawakan kerana kelucuannya; 3. tertawa kerana melihat se-suatu, mengejek, mencemuh: Fakar ~nya menjadikan hatinya semakin marah; dia memutuskan tidak akan lari kerana takut ditertawakan orang dan jadi giatan seumur hidup; tertawaan bahan ketawa: kelakuannya yg kebudak-budakan itu menjadi ~ orang; ketawa tawa; mengetawai mentertawai; mengetawakan mentertawakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas